Chapter 1

15 1 0
                                    

Masya memerhati jam tangannya. Kemudian dia memandang pula pada suaminya, Umar. Sesekali dia kehulur-kehilir. Dia mengigit hujung ibu jarinya. Berdebar apabila kelibat adik bongsunya masih tidak kelihtan. Sekarang pun dia dah fikir bukan-bukan. Macam mana kalau apa-apa terjadi pada adiknya?

"Pemekar hati... kenapa ni? Sabarlah... Syahira tengah ambil bagasi kot..." Masya tersentak apabila suaminya menegurnya. Masya menarik senyuman paksa. Kemudian dia memandang puluhan orang baru keluar berserta bagasi yang dibawa.

Sejujurnya dia risaukan Syahira. Dia tahu, kawannya, Aisya temankan Syahira. Tapi, dia gelisah selagi Syahira muncul depan matanya!

"Aku kata jangan lari!" Masya tersentak apabila mendengar satu suara. Kepalanya ditoleh ke belakang. Anak katanya mengecil apabila melihat aksi kejar mengejar antara seorang lelaki serba hitam dengan wanita tidak henti melibas beg.

"Kenapa rasa macam pernah tengok dia tu?" Masya mengecilkan mata. Sebelah tangannya mencengkam pinggang. Berkedut seribu dahinya melihat figura sedang bekerja tengah-tengah KLIA.

"Jap. Itu bukan ke..." Jeda. Laju saja kepala Masya toleh ke wajah suaminya. Mata Masya dan Umar berkelip-kelip. Rasa macam betul je.

"Carl Kailan! Bagi balik loket aku! Tak kelakarlah!" Rambut Carl dijambak dari belakang. Mata Syahira makin berapi. Berani lelaki itu ambil harta berharganya!

"Carl Dylan! Kau fikir aku apa? Sayur?" Marah Carl. Pandai-pandai je minah ni tukar namanya. Tahulah dah 4 tahun tinggal Itali. Rindu sangat makanan melayu sampai dipaling diri dia ni kailan? Kejam gila!

"Agghhh...!"

Namun, raungan kesakitan bergema kembali apabila rambutnya ditarik lebih kuat. Nak cabut siak kepalanya!

"Syahira! Cabut juga kepala suami orang ni karang!" Masya menjauhkan Syahira dari Carl. Carl ni pun satu. Tak ada barang lain ke selain ambil rantai Syahira? Mana adiknya tak marah?

Memang cari fasal betul Carl ni! Sudahlah itu loket pemberian tunang Syahira, Rizwan. Sudah tentu adiknya marah kalau loket dia diambil dan dibawa lari.

"Bagi baliklah!" marah Syahira lagi.

Carl melepaskan keluhan berat. Sabar sajalah dia dengan Syahira ni. Usik sikit je. Matanya memandang tajam wajah bengis Syahira. Dia mengangkat loket berbentuk berung helang. Cantik juga. Kalau jual ni. Mahu 3k ke atas.

"Kata abang Carl handsome dulu. Kalau tak abang Carl lelong loket ni." Ugut Carl. Siapa suruh panggil dia kailan? Masih marah ni!

Mata Syahira membulat besar. Mulutnya sudah terlopong. Hatinya makin mendidih. Sakitnya hatinya melihat sebelah kening Carl sudah teranggat. Tak payah senyum macam kerang busuklah!

"Boleh bla!" maki Syahira. Melebih pula mamat ni!

"Oh tak nak ye..." Carl berdehem. Nafas ditarik dalam-dalam. Tak lama kemudian

"Lelong! Lelong! Loket silver seribu ringgit je! Premium gutu! Siapa cepat dia dapat!" Asyah yang melihat gelagat suaminya terkedu. Muka Masya berubah pucat. Kemudian dia melihat Syahira dalam pelukannya.

Matilah nak! Syahira dah jadi singa betina!

"Carl Dylan!" tidak dapat menahan kemarahan. Tangan Masya yang memegangnya ditarik kasar. Terkejut Masya apabila adiknya berjaya melepaskan diri.

Masya, Umar dan Asya terkedu melihat Syahira sudah membuka langkah. Masya sudah angkat tangan paras bahu. Dia tak berani halang Syahira. Umar pula buat-buat tak nampak. Asya pula menahan diri dari ketawa.

"Ampun Syahira! Aduh! Sakit!" raungan kesakitan Carl diabaikan. Belakang tubuh Carl dipukul bertalu-talu. Betis Carl ditendang sekuat hatinya. Biar Carl terbaring tengah jalan. Baru puas hatinya!

ASY NURMAIRA Where stories live. Discover now