Syahira berpeluk tubuh. Sempat dia menjeling tajam Carl disisinya. Umar yang sedang memandu mengerling sekilas cermin belakang. Kepalanya tergeleng melihat perang dingin yang dilancarkan oleh Syahira. Nampak sangat pengenang Rizwan sangat kuat. Sampai bengkak wajah Carl dikerjakan oleh Syahira. Makin garang ye adik iparnya!
"Apa jeling-jeling? Lesing karang." Marah Carl.
Syahira tertawa sinis. Kedua-dua tangannya sudah digenggam. Timbul urat-urat di kekura tangannya. Kalau tangan ni singgah balik dekat wajah buruk Carl. Mahu Carl menyesal seumur hidup!
"Lesinglah kalau berani." Cabar Syahira pula.
Masya menepuk dahi. Kepalanya tergeleng. Boleh pula dua orang berdua gaduh tengah-tengah dia ni. Dia sangkakan kes dekat KLIA dah habis. Rupanya sambung pula dekat kereta dia?
"Boleh tak berhenti gaduh? Aku kahwinkan juga dua orang ni karang." Marah Masya.
"Bini aku nak campak mana?"
"Asy aku nak campak mana?"
Syahira dan Carl tersentak. Mereka memandang sesama sendiri. Bagai ada dua aura gelap memenuhi ruangan kereta. Mata Syahira menikam tajam mata dingin Carl. Ingat dia takut ke?
"Gaduh lagi?" Asyah pula bersuara. sabar sajalah dia dengan suaminya. sehari tak cari fasal dengan Syahira memang tak sah. Tak serik lagi ke kena belasah dengan Syahira? perangai kepala batu suaminya memang tak boleh bawa bincang langsung.
"Carl. Umur kau bukan 11 tahun tau. Mengalah boleh tak? Aku yang memandu ni pun tak tenang tau." Sampuk Umar pula.
"Bawak jelah kereta tu! Sebuk je hal aku. Suka hati akulah nak mengalah ke apa? Dasar doktor gila!" Marah Carl. Carl memandang Umar dengan pandangan angkuh.
Tangan yang mengawal stereng kereta semakin kuat Umar genggam. wajahnya sudah merubah merah menahan kemarahan. gigi diketap hingga terbentuknya rahang. matanya menjeling tajam cermin belakang. mendidihnya hati dia bila Carl panggil dia doktor gila... mentang-mentang dia kerja sebagai doktor psychology!
"Umar! kau nak bunuh aku ke?" nada suara Carl naik seoktaf.
Mukanya berubah pucat tak berdarah apabila Umar memotong semua kenderaan yang ada di hadapan. dengan lori-lori sekali Umar potong. Ingat nyawalah oi! tahulah kau bekas juara lumba kereta waktu kau bujang. Tapi agak-agaklah...
vroommm...!
Makin pucat wajah Carl apabila Umar meningkatkan lagi kelajuan keretanya. Syahira dan Masya hanya santai. ala... dulu sebelum Syahira sambung belajar ke Itali dah main kejar mengejar dengan mafia paling dikehendaki polis. Masya pun dah biasa dengan Umar. setiap kali Umar marah. memang Umar bawa kereta macam orang lupa peraturan. Walhal Umar ni undercover polis!
Shriihhhh...!
"Aaaagghhhh...!" Carl menjerit sekuat hatinya.
Tangan menggenggam roof armrest sekuat hati. nafasnya makin sesak. Umar belok mengejut. Tak ada signal. Terus masuk lorong. Carl rasa, Umar kena masuk balik kelas memandulah! Nak kata lesen Umar P. Tak juga. Dah sepuluh tahun kot Umar bawa kereta!
Umar berhentikan keretanya di bahu jalan. badannya dipusingkan ke belakang. Carl tersentak melihat wajah dingin Umar. makin tajam pula pandangan Umar. apa salah dia? kenapa Umar marah sangat dengan dia? seram gila muka Umar bila marah. lagi seram, bila Umar marah tanpa pakai kaca mata!
"Sayang. pegang kaki dia. abang pegang kepala mamat ni. teringin sangat nak duduk tengah-tengah highway ni kan?" dingin saja nada suara Umar.
muka Masya merona merah. hatinya berbunga melihat wajah serius suaminya. huh! hot juga suaminya!
YOU ARE READING
ASY NURMAIRA
Action"Kau tak faham bahasa lagi ke? Aku tak cintakan kau!" Perubahan tunangnya cukup mengejutkan bagi Rizwan Asyrizal. Baru dua minggu dia berjumpa dengan tunangnya, Nur Maisara Syahira. Gadis itu sangat gembira menjumpainya. Di saat dua hari lagi mereka...