"Nikmatnya udara hari ini," kataku sambil menghirup udara di tepi pantai. Sekarang, aku berada di kampungku, iaitu di Johor.
"Ayra," panggil sepupuku.
"Ermm," aku hanya berdehem.
"Kau tak rasa nak kahwin ke? Kesian aku tengok kau, asyik fikirkan si dia je. Move on lah, berapa kali Firas cakap kat kau yang dia tak nak kau," kata sepupuku. Dah kenapa tiba-tiba sebut tentang Firas? Firas adalah cinta pertamaku selepas ayahku. Dia seorang yang baik. Namun, aku selalu mengatakan bahawa aku dan Firas tidak ditakdirkan bersama.
"Kenapa tiba-tiba kau masuk topik tentang Firas ni? Tak pernah pun kau buka cerita pasal dia," kataku dengan pelik. Mana tak peliknya? Selepas kejadian 10 tahun lepas, sepupuku tidak pernah bertanya tentang Firas.
"Bukan apa, aku cuma sedih tengok kau. Dulu kau orang yang ceria. Setiap kali kita jumpa, mesti kau orang paling ceria dan kuat gelak. Tapi lepas kejadian kau dengan Firas, aku dah jarang nampak kau gelak ketawa," jawab sepupuku.
"Yana, jangan risau lah. Sekejap je ni. Kalau aku tak move on sekalipun, apa aku boleh buat? Dia memang takde hati kat aku. Takkan lah aku nak paksa dia untuk suka aku? Lambat laun aku move on juga. Jangan risau lah, Yana. Aku okay je," terangku pada Yana dengan yakin. Nurul Iyana Nadirah adalah sepupuku yang paling rapat sejak kecil. Umur kami hanya berbeza dua tahun. Dia berumur 25 tahun dan aku 23 tahun.
"Tapi Ayra..."
"Stop, Yana. Aku tak nak bercakap pasal dia," marahku.
"Erm, sorry Ayra," ucap Yana dengan rasa serba salah.
"Dah, jom balik. Hari dah nak gelap, tak elok duduk kat luar," ucapku, kemudian bangun dari duduk dan menuju ke arah kereta. Yana turut mengekoriku dari belakang.
Keesokan harinya,
"Papa, kita nak pergi mana ni?" tanyaku kepada Tuan Faziq, ayahku. Tuan Faziq ialah seorang pesara tentera darat yang kini bekerja sebagai pembina rumah.
"Ayra nak pergi mana? Papa ikut Ayra je," jawab Tuan Faziq kepadaku.
"Ermm, Ayra tak tahu lah, Pa. Apa je yang menarik kat Johor ni? Rasa macam dah pergi semua tempat, naik muak pula," jawabku dengan jujur. Aku betul-betul tak ada idea ke mana hendak pergi.
"Kalau macam tu, kita pergi rumah Maklang lah. Okey?" cadang Tuan Faziq.
"Okey," jawabku ringkas.
"Amboi, rumah Maklang je terus okey. Mentang-mentang anak-anak dia kacak-kacak belaka," usik Puan Daimmah, ibuku yang seorang suri rumah dan sangat penyayang.
"Ish, Mama ni, tak baik tau cakap macam tu. Bukan sebab kacak pun. Lagipun anak-anak dia semua dah kahwin kan?" jawabku, cuba untuk mengelak daripada dikelirukan oleh ibuku. Bagiku, anak-anak Maklang biasa-biasa saja, mungkin sebab dah selalu jumpa.
"Yelah tu, ada lagi dua orang belum kahwin. Masih ada peluang," sambung Puan Daimmah, terus mengenakanku. Aku hanya mengabaikan usikannya.
"Ayra, anak Maklang kau yang mana satu?" tanya Yana, sepupuku yang turut serta pada hari itu. Kebetulan dia cuti, jadi aku ajak dia bersama-sama.
"Ermm, yang kau selalu usha tu," jawabku ringkas. Memang benar, setiap kali Yana bertemu anak Maklang, matanya tak berkelip, seperti cinta pandang pertama.
"Oh! Tak sabarnya!" Yana terus teruja. Mana tidaknya, lelaki kacak kot.
"Kenapa kau excited sangat ni?" tanyaku, walaupun aku sudah tahu sebabnya. Sekadar nak berbual.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia cinta terakhirku
RomantikAku seorang wanita berumur 23 tahun dan bersifat pemalu. Aku mencintai seorang lelaki yang 12 tahun lebih tua dariku. Selama 10 tahun, aku menaruh harapan kepadanya, namun semuanya sia-sia. Benarlah kata orang, "mencintai tidak semestinya memiliki."...