Bab 4

2 0 0
                                        

"Ayra minta maaf, ma," ucapku pada mama, merasakan hatiku berdebar. Risau aku melihat wajah mama tadi ketika masuk ke dalam bilikku. Jelas di raut wajahnya, mama sedang rungsing. Aku merasa bersalah kerana aku, Fisha yang kena tempias.

Aku hanya menunduk kepala ke bawah, takut dimarahi mama. Mama ni kalau sudah marah, harimau pun takut tau!

"Tak apa, Ayra. Mama faham. Ayra pun kebelakangan ini nampak tak sihat," ucap mama sambil tersenyum manis. Aku membalas senyuman mama, walaupun hatiku masih dilanda rasa bersalah.

"Mama janganlah cakap macam tu. Ayra yang salah. Main telefon tapi tak jaga Fisha dengan betul," kataku perlahan, suara aku hampir bergetar. Di dalam lubuk hati, rasa bersalah itu semakin menebal.

"Tak apa, Ayra. Perkara kecil je ni," kata mama, tetapi aku tidak dapat menahan perasaan. Perkara kecil? Sampai benjol di kepala Fisha! Masih kecil, dan aku seharusnya lebih bertanggungjawab.

"Mama turun dulu. Ayra rehatlah," sambung mama apabila aku terus membisu. Aku hanya mengangguk kepala, walaupun senyumanku terasa hambar. Kemudian, mama berlalu keluar dari bilikku.

"Kau ni kenapa, Ayra? Kenapa kau macam ni?" tanyaku pada diri sendiri sambil meraut wajah.

'Cuai la kau ni,' bisik hati kecilku, penuh rasa kesal.

Aku melangkah ke birai katil dan tanpa disedari, air mataku perlahan-lahan menetes, membasahi pipi.

'Ya Allah, kuatkan hambamu ini,' doa ku dalam hati, berharap agar aku dapat belajar dari kesilapan ini dan menjadi seorang kakak yang lebih baik untuk Fisha.

Aku mengambil nafas dalam-dalam, bertekad untuk memperbaiki kesilapan dan memastikan Fisha sentiasa selamat di bawah jagaan ku.


















Selesai sahaja solat Isyak, aku melipat sejadah dan telekung dengan penuh khusyuk. Setelah itu, aku meletakkan keduanya di tempat yang telah disediakan.

Aku pergi ke birai katil dan mencapai telefon yang berada di sebelah.

"Haih, letihnya hari ini. Apa yang aku buat pun tak tahu," kataku, mengeluh. Memang benar, hari ini aku sangat letih seolah-olah baru selesai mengangkat barang berat, padahal hanya membantu mama di dapur. Itu pun tidak banyak.

Aku membuka telefon dan mendapati tiada sebarang notifikasi.

"Haih, takde notifikasi pun. Rasanya dari pukul 5 aku tak sentuh telefon. Apa aku nak buat ni?" tanyaku pada diri sendiri, merasakan kebosanan yang melanda.

"Eh, jap! Chat siapa tadi? Terlepas pandang ke?"

Aku buka balik aplikasi WhatsApp dan terkejut apabila melihat satu nombor yang tidak dikenali telah menghantar mesej kepadaku. Mesej itu dihantar tiga jam yang lalu.

Unknown number

Assalamualaikum

"Lah, siapa pula ni? Tak pernah-pernah nombor yang tak kenal chat aku?" Tanyaku dalam keadaan bingung. Aku membuka chat tersebut dan membalas.
______________________________________

Unknown number

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Maaf bertanya, siapa ni?


Sir ni. Kenapa Ayra tutup call sir tadi?

Untuk apa saya teruskan panggilan tu?


Sir nak ajar kamu berborak.

Saya taknak berborak dengan sir.


Tapi kenapa?

Dia cinta terakhirkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang