"Jom masuk F.O.S, aku nak beli baju untuk Kirana. Esok birthday dia," kata Khadijah kepadaku. Siti Kirana ialah adik kepada Khadijah dan dia berumur 15 tahun.
"Oh ye lah, birthday dia kan esok. Jomlah, aku memang nak beli baju baru juga," jawabku. Kemudian, kami berdua berjalan menghala ke kedai F.O.S.
"Khad, kau nak beli baju apa kat..." Belum sempat aku habiskan ayat, aku terpandang seseorang yang sangat aku kenal bersama seorang wanita yang cantik penampilannya. Jantungku berdegup kencang, memori lama berputar dalam fikiranku.
"Kau tanya apa tadi, Ayra? Habis kanlah ayat kau dulu," kata Khadijah sambil membelek baju blouse di dalam kedai itu.
Khadijah memandangku dengan wajah pelik kerana tidak mendapat jawapan daripadaku.
"Kau okay tak ni, Ayra?" tanya Khadijah sambil menggenggam erat tanganku, seolah-olah ingin menyalurkan kekuatan kepadaku. Terus aku terhenti dalam lamunan yang lama itu. Aku memandang Khadijah semula dan tersenyum kecil.
"Hey Ayra, kenapa mata kau berair ni? Kau okay tak?" tanya Khadijah sekali lagi, kebimbangan jelas terpancar di wajahnya. Terasa air mata mengalir perlahan, seolah-olah mengkhianati usaha untuk berpura-pura kuat.
"Aku okay je la, kau ni," jawabku dengan yakin, walaupun dalam hati aku tahu bahawa semuanya tidak baik-baik saja. Perlahan-lahan, aku mengelap air mata yang mengalir di pipi.
"Kenapa kau nangis?" tanya Khadijah, suaranya penuh perhatian. Aku tersenyum kecil, berusaha menutup rasa sedih yang mengganggu.
"Takde la, masuk habuk lah weh," jawabku, cuba untuk menipu walaupun aku tahu jawapan itu tidak logik. Dalam keadaan begini, kadang-kadang lebih mudah untuk berbohong.
"Aku kenal kau dah lama, Ayra. Mana ada habuk kedai ni. Memandai je kau ni," jawab Khadijah, melihat ke dalam mataku dengan penuh ketulusan. Dia tahu aku sedang cuba untuk menipu diri sendiri dan dirinya.
"Khadijah, jom pergi tempat lain. Bukan F.O.S je kan kedai baju? Banyak lagi," kata ku pada Khadijah, cuba mengalihkan perhatian.
"Lah, mamat tu ke?" tanya Khadijah pada ku. Dia juga nampak lelaki tersebut bersama seorang wanita yang bertudung labuh. Cantik orangnya. Aku hanya mengangguk kepala, hati ini terasa bergetar.
Khadijah sudah agak kenapa air mata ku boleh gugur begitu saja di public. Dia hanya mengangguk kepala dan tersenyum, seolah-olah memahami perasaanku.
Kami berdua melangkah keluar daripada kedai F.O.S dan mencari kedai pakaian yang lain. Sempat aku memandang ke arah lelaki itu semula. Dia terlihat sangat bahagia bersama perempuan itu, senyumannya membuatkan aku terasa seolah-olah terasing dalam dunia yang penuh warna-warni. Hatiku seolah-olah tercabut, dan aku berharap dapat melupakan detik yang menyakitkan ini.
"Jom, Ayra. Kita cari baju lain," kata Khadijah, memecah kesunyian. Aku mengangguk, berusaha untuk kembali fokus pada hari yang sepatutnya ceria ini.
Hari sudah semakin gelap. Mama dan papa masih belum pulang ke rumah. Selepas sahaja aku keluar dengan Khadijah, mama dan papa memberitahuku bahawa mereka ingin pergi ke pasar raya sebentar. Biasalah orang tua, cakap nak pergi satu jam, tahu-tahu sudah lima jam. Janji Melayu, sama seperti Khadijah.
Aku menatap langit yang gelap dengan perasaan yang tidak dapat aku nafikan. Aku tak tahu mahu sedih, gembira, atau kecewa. Yang aku tahu, hati aku sakit.
"Kenapa aku tak dapat lupakan kau? Kenapa dan kenapa? Dah sepuluh tahun berlalu, tetapi hati aku masih pada kau. Dah lama aku tak berjumpa kau, dah lama aku tak dapat berita tentang kau. Tapi kenapa hari ini kau muncul dengan seorang perempuan? Aku cuba untuk redha dan ikhlas tentang kau. Tapi aku gagal. Aku penat, Ya Allah. Kau buanglah perasaan ku kepada dia, Ya Allah," tanpa aku sedar, air mataku mengalir dengan lajunya.
YOU ARE READING
Dia cinta terakhirku
RomanceAku seorang wanita berumur 23 tahun dan bersifat pemalu. Aku mencintai seorang lelaki yang 12 tahun lebih tua dariku. Selama 10 tahun, aku menaruh harapan kepadanya, namun semuanya sia-sia. Benarlah kata orang, "mencintai tidak semestinya memiliki."...