Ternganga mulutku melihat restoran yang berada di depanku ini.
"Weh Khadijah! Kau gila ke bawa aku datang sini?!" tanyaku sambil memukul lengan Khadijah. Mana taknya, dia bawa aku ke Qasar Balqis Restaurant. Bukan tidak suka, tapi harga satu nasi di sini pun sudah mencecah dua puluh ringgit ke atas. Membazir duit aje. Baik makan kat rumah. Free!
"Haah, aku gila. Kenapa?" jawab Khadijah sambil gelak. Mendengar jawapan selamba Khadijah, aku terus menjelingnya.
"Oi, jom lah duduk. Kau berdiri tengah jalan ni kenapa? Nak jadi gila sekali ke?" tanya Khadijah. Aku menjelingnya buat kali kedua sebelum kami melangkah ke arah satu meja yang telah siap ditempah oleh Khadijah, si biul ni. Sebelum datang ke sini , harus booking online awal-awal. Kalau tidak , full.
"Hi, miss, what do you want to eat?" tanya salah seorang waiter yang baru sahaja berdiri di tepi meja kami.
"Hi, I want one vegetable soup, one mushroom soup, two lamb soup with rice, four basbousa, and two orange juices. That's all, sir. Thank you," jawab Khadijah. Aku ternganga lagi melihat betapa banyaknya dia order.
"Welcome," jawab waiter itu dengan ramah.
"Kau buang tebiat ke, Khad? Siapa nak habiskan makanan tu semua?" tanyaku selepas waiter yang mengambil order kami berlalu pergi.
"Mana ada buang tebiat. Aku order banyak sebab aku lapar," jawab Khadijah selamba.
"Membazir lah kau, mahal-mahal. Baik makan kat rumah aku je. Free! Sedap pula tu," kataku. Khadijah tersenyum lebar.
"Bukan selalu aku belanja kau makan, Ayra. Yang mahal pula tu kan? Bersyukurlah kau dapat kawan yang baik ni," kata Khadijah sambil memuji diri sendiri.
"Perasan," jawabku dengan perlahan. Namun, masih dapat didengari oleh Khadijah.
"Oi, kau ingat aku pekak ke?" tanya Khadijah, sedikit terkejut.
"Ouh, aku lupa kau telinga tebal!" jawabku selamba sambil memandang telefon. Malas nak layan si Khadijah ni. Kang jadi benda lain pulak. Satu hal pula nak kena pujuk.
"Ish," itu sahaja reaksi Khadijah. Geram la tu. Padan muka kau.
_________________________
Selepas sahaja makan, Khadijah pergi ke kaunter untuk membayar makanan yang sudah masuk keperut tadi. Aku mengekori Khadijah dari belakang, terkejut dengan harga yang tertera.
" Two hundred and sixteen ringgit, miss," kata pekerja perempuan yang jaga di kaunter itu. Ternganga mulutku mendengarkan harga makanan yang kami makan tadi.
Khadijah yang perasan kelakuanku, cepat-cepat memukul lenganku.
"Thank you for coming to our store," kata pekerja itu dengan senyuman yang cukup ikhlas.
"My pleasure, miss," jawab Khadijah dan tersenyum manis. Aku juga mengukir senyum kepada pekerja itu sebagai tanda terima kasih.
Seusai sahaja membayar, kami melangkah keluar dari kedai dan menuju ke arah kereta milik Khadijah.
"Thank you, Khadijah. Sayang kau ketat-ketat," ucapku selepas kami masuk ke dalam kereta.
"Welcome, weh. Untuk kau, semua aku sanggup," jawab Khadijah. Terasa terharu di hati mendengar kata-katanya.
"Heh kau, ingat gentlewoman la cakap macam tu?" kataku, sengaja mahu mengusik si biul ini.
"Ishh!!!" Marah Khadijah sambil memukul lenganku. Aku tergelak bahagia. Siapa tak bahagia? Dapat makan mahal-mahal, duit member pula tu, dan lepas tu dapat mengusik member lagi, kan? Rezeki sangat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia cinta terakhirku
RomansaAku seorang wanita berumur 23 tahun dan bersifat pemalu. Aku mencintai seorang lelaki yang 12 tahun lebih tua dariku. Selama 10 tahun, aku menaruh harapan kepadanya, namun semuanya sia-sia. Benarlah kata orang, "mencintai tidak semestinya memiliki."...