Pagi ini, suasana di kampus terasa lengang. Langit mendung menambah sayu di hatiku yang sedang berusaha untuk melupakan dia. Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke bangunan fakulti, cuba menumpukan perhatian pada kuliah hari ini. Namun, bayangannya tetap menghantui setiap langkahku.
Setibanya di kelas, aku duduk di tempat biasa di barisan belakang. Kelas mulai dipenuhi dengan suara-suara pelajar lain yang ceria, berborak tentang aktiviti hujung minggu dan tugas yang perlu disiapkan. Aku hanya diam, merenung kosong ke arah papan putih di hadapan.
Pensyarah masuk dan kuliah bermula. Seperti biasa, aku cuba fokus, namun fikiranku kerap melayang kepada kenangan bersama dia. Mana tak nya ? Orang yang aku mahu lupakan ada di depan. Sudah berapa kali aku katakan pada diri untuk melupakan? Namun, ingatan itu tetap kembali.
Setelah sejam berlalu, aku tersentak ketika mendengar namaku dipanggil. Firas mengajukan soalan, namun aku tidak sempat menangkap sepenuhnya. Dengan gugup, aku cuba menjawab tetapi jelas, aku tidak fokus.
"Kamu okey tak Ayra ? Kenapa pucat je muka ?" tanya Firas dengan lembut, mungkin menyedari kegelisahanku dan mukaku yang pucat
Aku hanya mengangguk dan tersenyum nipis, namun hatiku masih tenggelam dalam persoalan yang lebih besar-bagaimana cara untuk benar-benar melepaskan dia?
"Kalau awak tak sihat , saya izinkan awak balik" kata Firas dengan prihatin.
"Tak apa, Prof. Saya okay, biasalah tak sedap badan sikit je," jawabku dengan beradab.
Aku memandang muka Firas, dan dia hanya tersenyum padaku sebelum bergerak semula ke arah meja pensyarah.
Hujan mulai turun rintik-rintik di luar tingkap, mencipta alunan yang mendamaikan tetapi juga memerangkapku dalam nostalgia. Aku berusaha keras untuk tidak teringatkan dia, tetapi setiap bunyi hujan seolah-olah mengiringi irama hatiku yang kacau. Kuliah diteruskan, namun kata-kata Firas hanya berdesir di telinga tanpa makna. Fikiran masih melayang jauh, berputar-putar pada perbualan terakhir kami.
Selepas kelas tamat, aku segera keluar. Udara lembap menerpa wajahku, dan aku melangkah laju, tidak tahu ke mana tujuan sebenarnya. Kampus yang selalu menjadi tempatku merasa bebas kini terasa sempit. Lebih-lebih lagi ada si dia yang mengajarku. Rakan-rakan berjalan dalam kumpulan, ketawa riang, tetapi aku hanya mampu memerhati dari jauh. Hari ini Khadijah tidak dapat menemaniku kerana demam akibat hujan semalam.
Langkahku terhenti di hadapan perpustakaan. Aku memutuskan untuk masuk, mencari tempat yang sunyi. Dalam hiruk-pikuk kehidupan kampus, perpustakaan selalu menjadi ruangku melarikan diri. Aku memilih satu sudut yang jarang dilalui orang. Buku-buku di rak tampak berbaris seolah menantiku, tetapi aku tidak berminat untuk membaca.
Aku duduk di sana, berjam-jam lamanya. Berusaha mencari ketenangan dalam kesunyian, tetapi bayang-bayang masa lalu terus menghantui. Telefon bimbitku bergetar. Aku melihat nama yang terpapar di skrin-seorang rakan sekelas, mengingatkanku tentang projek kumpulan yang perlu kami disiapkan. Namun, aku tidak mampu memberikan perhatian sepenuhnya.
Hati kecilku meronta, ingin melepaskan perasaan yang terpendam ini, namun bagaimana? Mungkin masa akan menyembuhkan. Mungkin.
Setelah beberapa saat, telefon itu berdering. Akhirnya , telefon aku berhenti berdering.
Emosiku bercampur baur. Sama ada kecewa, marah, sedih, atau gembira, aku juga tidak tahu. Kini, aku harus tetap berfikiran positif dan cuba melupakan apa yang telah berlalu.
Sedang leka aku mendengar lagu melalui earphone, tiba-tiba seorang lelaki menghampiri meja yang sedang aku duduki dan dia menyapaku.
"Seorang je ke?" tanya lelaki tersebut. Aku mengangkat kepala dan melihat gerangan yang menyapaku. Alangkah terkejutnya aku apabila Firas ada di depan aku. Bukankah dia sudah balik?
Cepat-cepat aku menyimpan barangku untuk pergi dari situ. Namun, apabila aku mahu mengambil begku, Firas menahan begku dengan tangannya.
"Apa ni?! Orang tengok lah!" marahku. Di sini bukan aku seorang, namun ada beberapa lagi pelajar lain yang khusyuk membaca buku. Pada mulanya, tempat yang aku duduk ini adalah tempat yang tiada orang, tetapi apabila sudah menganjak petang, makin ramai pelajar yang datang ke perpustakaan ini untuk mengulang kaji. Alang-alang final exam sudah hampir.
"Please sit down first," itu sahaja yang keluar dari bibir Firas. Mukanya agak merah padam. Tahan marah agaknya.
Tanpa segan silu, aku pun duduk semula di kerusiku.
"Ye? Nak apa? Saya nak balik," kataku.
"Aik, nak balik dah? Tapi waktu awak seorang kat sini, tak nampak macam awak get ready nak balik pun. Apa yang mengacau fikiran awak ni, Ayra?" tanya Firas kepadaku. Dia boleh tanya?
Sudah tentu dia yang kacau fikiran ku pada saat ini sehingga aku tidak dapat fokus dengan pembelajaran.
"Sir," jawabku ringkas dan padat. Aku perasan Firas mengerutkan dahinya.
"Sir yang kacau fikiran saya," jawabku lagi. Aku tahu dia tidak faham dengan apa yang aku maksudkan.
"I see. What should I do supaya saya tak ganggu fikiran awak?" tanya Firas.
"Jauhkan diri dari saya," jawabku ringkas lagi. Memang itu yang aku mahu.
Bagaimana aku mahu melupakan dia kalau dia adalah pensyarah aku?
"That's all?" tanya dia lagi. Ugh, banyak tanya la mamat tua ni!
Aku hanya angguk mengiyakan.
"That's too hard for me," jawab Firas. Aku dah dapat agak jawapannya.
Cepat-cepat aku ambil beg, mahu pergi. Malas layan mamat macam ni! Buat sakit hati je.
Sekarang sudah tepat pukul 4:45 petang. Sebelum aku pulang ke rumah, aku mahu singgah ke rumah Khadijah terlebih dahulu untuk melawat kawanku yang gila itu.
“Tu la kau, aku dah cakap jangan mandi hujan semalam,” marahku pada Khadijah. Perangai seperti kanak-kanak, tetapi umur sudah 23 tahun.
“Halah, bukan selalu, Ayra. Macam la kau tak kenal aku. Jarang sakit, sekali sakit. Menteri pun turut bersimpati,” jawab Khadijah sambil gelak-gelak. Sakit-sakit macam ini pun, boleh fikir begitu.
"Banyaklah kau. Menteri pun tak tahu kau wujud dalam dunia ni," jawabku. Di Malaysia bukan berpuluh sahaja rakyat dalam ini, tetapi ada 34.1 juta orang. Yang penting, Khadijah dikecualikan. Khadijah hanya gelak apabila mendengar jawapanku.
“Hari ini macam mana, Ay? Okay tak kelas? Sorry lah, tak dapat teman kesayangan aku ni,” kata Khadijah dengan nada suara yang manja. Menyampah betul.
“Not bad,” jawabku dengan malas.
“Macam tak ikhlas je kau jawab. Ada apa-apa jadi ke?” tanya Khadijah kepadaku. Dia sudah masak dengan perangai ku. Kalau aku jawab acuh tak acuh, pasti ada perkara yang terjadi.
“Tak ada apa lah,” jawabku ringkas.
“Dah la, aku nak turun, nak ambil makanan kau,” jawabku lagi. Cari idea nak lari dari si Khadijah ni. Dia ni sama je macam Firas. Banyak tanya.
“Rajinnya kawan aku ni. Mentang-mentang aku sakit, nak buat baik lah tu,” jawab Khadijah. Aku hanya menjeling Khadijah dengan tajam.
“Yela, mak kau suruh kau turun tadi. Tapi tengok kau ni, macam nak kena dukung je. Baik aku pergi ambil sendiri,” jawabku. Hamik kau! Padan muka. Kisah pula aku.
“K.” Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Khadijah. Puas hati aku.
Aku keluar dari bilik Khadijah dengan perasaan bangga. Dapat juga aku kalahkan seketul itu. Rasa puas melihat dia yang selalu bertanya dan mengganggu, akhirnya terpaksa diam. Perasaan ini seolah memberi semangat baru untuk menghadapi cabaran yang seterusnya.
Tapi, di sebalik semua itu, aku juga tahu Khadijah adalah kawan baik yang sentiasa ada di sisiku, walaupun kadang-kadang perangainya membuatkan aku geram. Hubungan kami penuh dengan kenangan dan gelak tawa, dan aku bersyukur kerana dia ada dalam hidupku.
![](https://img.wattpad.com/cover/356193889-288-k950407.jpg)
YOU ARE READING
Dia cinta terakhirku
RomanceAku seorang wanita berumur 23 tahun dan bersifat pemalu. Aku mencintai seorang lelaki yang 12 tahun lebih tua dariku. Selama 10 tahun, aku menaruh harapan kepadanya, namun semuanya sia-sia. Benarlah kata orang, "mencintai tidak semestinya memiliki."...