Bab 2

4 0 0
                                    

"Ish, mana Khad ni? Lamanya! Dah 30 minit aku tunggu ni. Janji Melayu betul lah perempuan ni," marahku sambil melihat jam dinding. Hari ini, aku dan Siti Khadijah merancang untuk keluar ke Melawati Mall. Kami sudah merancang untuk keluar sejak minggu lepas, tetapi terlalu banyak halangan. Akhirnya, hari ini baru ada peluang untuk kami berseronok.

Khadijah adalah kawan baikku sejak zaman sekolah lagi. Dia banyak membantuku dan mengajarku tentang subjek yang aku tidak mahir. Selain itu, dia seorang yang peramah dan sentiasa berfikiran positif, menjadikannya sahabat yang menyenangkan. Aku selalu berasa tenang setiap kali bersamanya.

Ping! Ping!

Kedengaran hon kereta milik Khadijah. Hari ini aku menumpang Khadijah saja; malas mahu memandu. Dengan cepat, aku berlari ke arah mama dan papa untuk menyalam tangan mereka.

"Mama, papa, Ayra pergi dulu. Khad dah sampai tu," ucapku sambil tersenyum.

"Okay, hati-hati, Ayra," kata papa sambil menatapku penuh kasih. Aku hanya mengangguk dan memberikan senyuman manis.

"Nanti kirim salam kat Khadijah, ye sayang," kata mama sambil mencium dahiku lembut. Rasa kasih sayangnya membuatku berasa lebih bersemangat untuk keluar.

"Baik, ma," jawabku dengan ceria. Kemudian, aku terus menuju ke arah pintu keluar.

"Assalamualaikum, mama, papa," sempatku ucapkan salam sebelum melangkah keluar dari rumah. Di luar, aku melihat Khadijah sedang menunggu di dalam keretanya, melambai-lambai ke arahku. Senyuman di wajahnya membuatku tidak sabar untuk memulakan hari yang menyeronokkan ini.

"Jom, Ayra! Kita nak pergi shopping!" serunya dengan penuh semangat. Aku cepat-cepat melangkah ke arah keretanya, membayangkan semua keseronokan yang menanti di hadapan kami. Tapi aku masih marah kerana dia datang lambat ye !





















"Assalamualaikum wahai sahabatku yang jelita, manis, dan menawan," ucap Khadijah selepas aku masuk ke dalam kereta.

"Waalaikumussalam, kau jangan buat muka tak bersalah boleh tak?" marahku. Siapa je tak marah? Tiga puluh minit kena sidai. Memanglah normal dalam kalangan orang Melayu. Tapi bagi aku, itu tak normal; aku jenis yang tepati masa, okay! Bak kata peribahasa, masa itu emas!

"Kau kenapa emo semacam ni? Period ke? Adui, kalau tak emo, bukan Ayra la," kata Khadijah. Ini mesti dah serik; setiap kali jumpa, mood aku pasti angin semacam.

"Mana tak emo, kau tu ha..." belum sempat aku habiskan ayat, Khadijah cepat-cepat menekup mulutku.

"Shush-shush. Diam, kau kasi aku drive dengan tenang please. Ini kalau kau bebel, sampai esok pagi belum tentu habis," kata Khadijah. Ish!

Aku mengerutkan kening dan menolak tangan Khadijah jauh daripada mulutku. Kemudian, Khadijah melihat pada telapak tangannya.

"Euw, air liur kau! Geli lah," kata Khadijah dengan wajah yang menjijikkan. Padan muka kau, kacau lagi aku nak membebel.

"Padan muka kau, tekup lagi mulut aku. Lepas ni sekali dengan hingus aku melekat kat tangan kau," jawabku dengan geram.

"Uekkk!" Khadijah membuat muka seperti mahu muntah. Kemudian, dia cepat-cepat mengelap tangannya yang basah ke bajuku.

"Kau ni kenapa?" marahku.

"Apa? Air liur kau kan? Takkan kau geli dengan air liur sendiri?" jawab Khadijah. Eyy, perempuan ni, ada je benda nak cari gaduh dengan aku.

"Kau bawak kereta sekarang sebelum aku start membebel. Silap-silap, sampai Maghrib kita duduk kat luar ni je," kataku. Aku dah bersedia nak membebel ni.

Dia cinta terakhirkuWhere stories live. Discover now