Hari yang cerah dan indah, udara terasa sejuk dan segar. Waktu yang tepat untuk memulakan sesi pembelajaran dengan baik dan tenang supaya otak dapat mencerna ilmu dengan lebih matang. Matahari sudah pun terbit dan memancarkan sinarnya. Terasa terik apabila terkena dikulit seorang gadis yang sedang berjalan kaki untuk sampai ke detinasi.
"Takpe, kejap lagi dah nak sampai. Bukannye jauh sangat pun setakat nak berpeluh sikit. Takdelah baju sekolah aku ni ghosak ke ape." dia berdialog dengan dirinya sendiri sebelum ia terserempak dengan geng mat rempit.
"Eh, Evva! Apahal jalan kaki je ni? Tak rasa penat bila jalan kaki ke sekolah?" soal seorang mat rempit yang sedang hisap rokok sambil duduk di atas motor kesayangannya. Semua mata memandang ke arah Evva.
"Eh abang Adi.. Takdelah rasa penat, dah biasa juga hari-hari jalan kaki bila pergi ke sekolah. Kalau dah takde ape Evva minta diri dulu. Assalamualaikum." Evva berikan sekuntum senyuman.
"Ha yelah jalan elok-elok tau! Waalaikumsalam." Adi pun menghidupkan enjin motor dan beredar dari kawasan tersebut. Semua gengnya pun ikut sekali meninggalkan kawasan itu. Kedengaran sayup-sayup suara mereka yang bersorak sambil membuat aksi mengangkat satu biji tayar motor kedepan.
"Abang Adi, abang Adi.. Bila nak berubah gaya tu.." gumamnya sendiri sebelum memulas kembali kepalanya ke hadapan.
***
Kringgg!
Bunyi loceng menandakan sesi pembelajaran sudah dimulakan. Sibuk para guru lalu lalang untuk masuk ke dalam setiap kelas dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran subjek pertama. Murid kelas 2 Cendikiawan mengeluarkan buku teks Sejarah bagi tujuan untuk merujuk apa yang diajarkan oleh guru mereka di hadapan.
"Err, Assalamualaikum cikgu Firdaus. Saya kesini nak bagi tahu yang kelas ni ada murid baru yang akan masuk. Ade kerusi dan meja lebih ke untuk pelajar baru tu nanti?" belum sempat mereka memulakan sesi pembelajaran, cikgu Asmawi sudah terpacak pegun di depan pintu kelas yang waktu itu dia baru sahaja selesai sesi berbicara kepada ibubapa pelajar baru tersebut di bilik Penolong Kanan 1.
"Waalaikumsalam.. Ha ade ni kerusi dan meja lebih. Mana pelajar tu? Tak masuk sekarang ke?" cikgu Firdaus yang baru sahaja ingin memulakan sesi pembelajaran tapi terbantut dengan kemunculan cikgu Asmawi. Dia harap pelajar tu masuk waktu subjek dia. Dia pantang sekali kalau waktu subjek dia ada yang mahu ke tandas. Dia tidak suka kalau waktu pembelajaran subjeknya ada tertinggal sedikit pun.
"Dia tak masuk sekarang. Dia masuk kelas ni sebelum waktu rehat." muka cikgu Asmawi yang tenang bak air Tasik Kenyir itu menutur bicara.
"Oh kalau macam tu takpelah.. Budak tu terlepas subjek sejarah untuk hari ni aje." cikgu Firdaus dengan tenang mengatakan hal itu. Padahal dia tidak suka subjeknya dipandang sekilas dan tak di ambil endah oleh pelajarnya begitu saja. Subjek sejarah wajib lulus ketika semua pelajar menduduki SPM nanti.
"Okey lah. Saya minta diri dulu. Maaf mengganggu." cikgu Asmawi terus beredar dari kelas tersebut.
5 minit masa berbaki sebelum pembelajaran subjek Sejarah itu berakhir. Seorang demi seorang murid menghantar kerja mereka ke hadapan di atas meja cikgu Firdaus.
"Okay class semua buat kerja dengan baik dan sempurna. Well done! Cikgu suka gaya dan perangai kamu yang patuh arahan. Harap-harap dengan semua guru pun kamu macam tu ye jangan dekat cikgu sorang je mentang-mentang cikgu garang!" cikgu Firdaus berdehem sambil membetulkan tali lehernya yang agak senget. Nak nampak segak dan tegas ler tu!
"Baik cikgu!" semua murid merespon.
YOU ARE READING
Tuan Adam El: Duri Rindu
General Fictionadam El Ziqriz adalah lelaki yang disukai oleh Evva Salehah dan menjadi pujaannya selama Evva di Sekolah Menengah. Semuanya berubah apabila Qayyum muncul dihidup Evva setelah ia menyatakan cintanya kepada Evva. Bukannya cinta diterima, malah ditolak...