•BAB 6•

9 0 0
                                    

Pantas saja jari jemari wanita itu menekan-nekan nombor yang akan dia dial. Dia merasakan rindu yang teramat kepada seorang insan yang jauh disana.

Tutt..

Tutt..

"Assalamualaikum abang.. Adik ni, abang apa khabar?"

"Waalaikumsalam adik abang, abang sihat walafiat Alhamdulillah.. Kenapa adik call abang ni?"

"Adik rindu lah kat abang, berapa lama lagi abang kerja kat Perak tu? Adik sensorang lah kat sini. Adik tak biasa sorang-sorang."

"Kalau macam tu nanti abang minta tolong kawan abang tengok-tengokkan adik ye? Adik jangan risau, kawan abang tu baik dan taat setia. Masih single pulak tu!" kedengaran abangnya ketawa terbahak-bahak.

"Ishh.. Ape pulak abang ni. Abang tu dah ade calon ke?" sengaja perkataan calon itu ditekan oleh Evva.

"Calon tu takde lah tapi kalau nak mencari calon, hah abang dah ade target."

"Hah iyelah. Btw sape kawan abang tu?"

"Abang rasa adik kenal kot. Satu sekolah kita dulu. Nama dia Adam El Ziqriz."

"Hah? Tuan Adam?! Sejak bila abang berkawan dengan dia tu??"

"Aik? Tuan Adam? Kenapa? Adik bekerja dengan dia ke? Pasal tu, abang dah berkawan dengan dia sejak zaman sekolah lagi. Dah, dah. Abang masih banyak kerja ni. Ada masa abang yang call adik yer? Bye adikku sayang."

"Abang!" belum sempat dia memanggil sudah duluan panggilnya diputuskan.

"Ishh kenapa asyik jantan tu eh? Geram naw aku!" omelnya sendiri.

***

"Dean, pergi jumpa Evva. Bagitahu dia yang aku nak jumpa dia. ASAP!"

"Asal tetiba lak ni? Aku tengah santai kot." Azdean mengerutkan dahinya. Tak serik-serik nak berjumpa je dengan minah tu.

"Once I said, I don't want to repeat it again. You're not stupid to understand my direction Azdean Farukh."

"Yo chill Mr. Boss, I will call her."

Sementara Azdean dalam perjalanannya, dari jauh lagi dia sudah melihat susuk tubuh wanita tersebut. Makin laju lah langkahnya.

"Evva!" dari jauh dia memanggil.

Evva yang melihat Azdean melambai-lambaikan tangannya segera ia balas. Dia melintas dengan cepat sementara tiada kereta yang lalu-lalang.

"Awak pergi mana? Puas saya cari awak di merata tempat. Asal lambat masuk kerja ni? Nanti kalau tuan Adam tau, dia marah macam mana?"

"Saya call abang saya tadi. Tak tahu pulak dah lambat. Masa call dah mati baru saya perasan yang saya dah lambat! Maafkan saya tauu.." dia menyatukan tangannya memohon maaf.

"Hah yelah, yelah. Mari ikut saya. Tuan Adam nak jumpa awak tu."

Gadis itu menggaruk pipi dengan jari telunjuk. Apa lagi mamat tu nak?

Tok!

Tok!

Tok!

"Tuan Adam, Evva dah ada sini. Saya minta diri dulu." Azdean terus berganjak pergi dari situ. Mungkin malas dia mahu bersua muka lagi dengan bosnya.

"Assalamualaikum tuan.." perlahan-lahan dia membuka pintu.

"Kenapa kau balik hari tu kau tak kejutkan aku?" ujarnya nada yang bergetar seperti menahan marah. Seram sejuk sahaja aura ofisnya.

"S-saya tak sampai hati nak kejutkan tuan.. Tuan nampak penat sangat jadi saya biarkan tuan rehat and saya pun terus naik teksi pulang." suaranya separuh bergetar. Gadis itu takut kalau jejaka dihadapannya sekarang meletus. Boleh bahaya nyawanya.

"Aku tanya kenapa kau tak kejutkan aku?! Hah! Kau fikir rumah aku tu apa?! Takde tuan rumah?? Aku tanya kau balik, kenapa. kau. tak. bagi. kejut. aku?"

Terhinjut bahu gadis itu dek kerana teriakan margasatwa di hadapannya.

"Sa-saya minta maaf.. Saya takut awak tahan saya kat dalam bilik awak. Sebab tu saya pulang tak kejutkan awak.." dia tertunduk menahan air mata. Tolong lah air mata jangan kau jatuh sekarang nii.

"And what time you go home?" dia menanyakan dengan ekspresinya yang bengis. Sungguh dia tidak tahu kalau ada apa-apa yang berlaku dengan buah hatinya pada malam itu jika tidak di ekori oleh orang suruhannya.

"Pukul 11 malam. Saya minta maaf tuan.."

"Kau tahu tak yang kau buat aku risau? Kat luar sana macam-macam boleh jadi, malang tak boleh dihidu dan tak boleh kita lihat. Kalau ada apa-apa yang berlaku kat kau malam tu apa yang aku nak jawab kat abang kau? Aku rasa kau tahu kan gaya abang kau tu si Zaqif? Kalau dia tahu aku tak hantar kau pulang dari rumah aku, apa yang aku nak jawab hm?" dia mendekatkan dirinya kepada Evva. Dia melihat saja kepala gadis itu menunduk kebawah.

"Hey pandang aku." Adam menarik dagu Evva keatas. Mata mereka bertentangan. Kesian pula dia tengok tubir mata gadis itu sudah bergenang air mata.

"Dah, dah. Jangan nangis.. Aku minta maaf sebab tengking kau tadi. Untuk pengetahuan kau, abang kau dah amanahkan kau dekat aku masa first time kau bekerja kat sini. Jadi aku kena jaga amanah tu. Tolong jangan buat perkara ikut kepala kau yang kecik tu ya? Ada aku, kau boleh minta tolong aku." dia mengusap air mata gadis itu. Makin jatuh cinta dan kasih lah dia terhadap gadis itu.

Flashback

"Tidur pun mamat ni, punya lah susah nak tunggu dia tidur. Dari pukul 5 petang aku kat sini sampai 11 malam gila ke apa? Aku ni dah lah ada peliharaan kat rumah, tak ke kebuloq cayang-cayang aku kat rumah tu sebab nak jaga dia ni je haish!" Evva mengemaskan bekas bubur di atas meja sambil berleter. Dia tidak tahu macam mana keadaan kucing-kucingnya di rumah. Mesti diaorang cari mama diaroang kan?

Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik jejaka itu. Lepas saja dia menutup pintu, dia menari dengan kejayaannya yang mampu keluar tanpa jejaka itu terbangun. Dia terus berlari keluar dari rumah tersebut dan menahan teksi untuk pulang.

Dari arah balkoni, sudah ada seseorang yang tingginya dalam 179cm sedang yang memerhati. Dia hanya mampu menggelengkan kepala sebelum melompat turun kebawah untuk menutup pagar.

"Tak sopan langsung. Dah lah pergi tinggalkan tuan rumah, pagar pun tak reti nak tutup." gumamnya.

End of flashback

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tuan Adam El: Duri RinduWhere stories live. Discover now