5 tahun kemudian...
Seorang gadis sedang berjalan di lorong kedai sambil meninjau-ninjau kertas yang dilekatkan pada dinding kedai. Dia membawa sebuah harapan untuk mencari kerja jika ada yang memberi tawaran melalui kertas yang dilekatkan pada dinding kedai.
Tiba-tiba langkahnya terberhenti. Dia melihat satu kertas yang agak kusam.
JAWATAN KOSONG COMPANY ATAFFUR SDN.BHD
UMUR: 20-26
STATUS: BELUM BERKHAWIN ATAU SEDANG DALAM IKATAN PERTUNANGAN
BOLEH CONTACT NO HP YANG TERTERA: 01139225782Gadis itu terus menelefon no hp tersebut.
tutt.. tutt. tutt..tutt.
"Hello? Err.. Saya Evva Salehah. Saya ada nampak iklan kertas yang Company Ataffur Sdn.Bhd ada jawatan kosong dan sedang mencari pekerja, betul ke?"
"Ya cik. Company Ataffur Sdn.Bhd sekarang masih ada jawatan kosong dan sedang mencari pekerja. Cik berminat?"
"Ya saya berminat sangat!! Bila agaknya interview ye?"
"Pengambilan pekerja ni tak perlu interview. Just datang company dan boleh start kerja."
"Okay baik."
"Nanti saya hantar location company. Nombor cik ni ada Whatsapp?"
"Ada-ada. Nanti awak pm saya location ya."
"Okey."
Perbualan pun tamat. Gadis itu merasakan sangat gembira setelah hampir setahun menganggur selepas 4 tahun dia bekerja di sebuah restoran.
"Kalau aku dapat kerja ni aku tak bagi tinggal punya!" gadis itu bercekak pinggang sambil berjalan meninggalkan tempat itu.
***
2 hari selang selepas perbicaraannya dgn PA di Company Ataffur itu. Gadis itu sekarang sedang berdiri di hadapan syarikat tersebut. Besar dan tinggi mencakar langit bangunan itu. Sungguh dia tidak sangka.
Gadis itu memulakan langkah untuk masuk ke dalam syarikat tersebut. Kehadirannya disambut ramah oleh PA syarikat itu.
"Assalamualaikum, selamat datang. Sebelum cik mulakan sesi bekerja cik, perkenalkan saya adalah PA di syarikat ini dan nama saya Azdean Farukh. Cik boleh panggil saya Dean."
Lelaki yang ada kacukan arab itu pun segera memperkenalkan diri.
"Waalaikumsalam. Saya Evva Salehah. Boleh panggil saya Evva." dia hanya tertunduk-tunduk malu sambil memperkenalkan dirinya kerana boleh tahan kacak juga jejaka di hadapannya sekarang ini.
"Tak perlu lah nak malu-malu. Saya makan nasi juga tak makan orang. Anggap je kita ni dah berkenalan selama sebulan. Tak perlu awkward sangat." Dean mengenyitkan matanya sebelum ia mengarahkan seorang perempuan untuk mengiring Evva berjumpa dengan bos syarikat.
Tok
Tok
Tok
"Bos, saya dah bawakan pekerja tu. Saya minta diri dulu." terus wanita itu berganjak pergi dari tempat ia berdiri.
Evva yang waktu itu terpinga-pinga dengan kelakuan wanita tersebut masih berfikir yang dia ni perlu masuk ke atau berdiam diri saja.
YOU ARE READING
Tuan Adam El: Duri Rindu
General Fictionadam El Ziqriz adalah lelaki yang disukai oleh Evva Salehah dan menjadi pujaannya selama Evva di Sekolah Menengah. Semuanya berubah apabila Qayyum muncul dihidup Evva setelah ia menyatakan cintanya kepada Evva. Bukannya cinta diterima, malah ditolak...