•BAB 2•

17 1 0
                                    

30 minit sebelum loceng rehat berbunyi. Semua murid di dalam kelas 2 Cendikiawan itu tertanya-tanya akan pelajar baru yang di maklumkan oleh cikgu Asmawi kepada cikgu Firdaus.

"Mana budak baru tu? Aku nak tengok la lelaki ke perempuan? Kalau dia perempuan, helok rupa confirm aku punya. Tapi kalau dia lelaki memang dia bergeng dengan budak-budak bandar je, aku tau mesti macam tu!" ujar Zaqwan dengan penuh nada keyakinan.

"Amboi yakinnya kau boleh dapat kalau budak baru tu perempuan! Muka pun macam pantat kuali! Gelap sangat! Nampak gigi engkau je Wan itu pun kuning!" pecah ketawa Jihan lepas dia menghambur bait katanya.

"Sedapnye mulut, ketawa sakan kamu berdua dibelakang tu yer? Berdiri kat luar kelas sambil angkat kerusi kat atas kepala. Cikgu kat sini pot pet mengajar, kamu boleh nak berketawa sakan kat belakang yer. Hah! Berdirilah kat luar tu sampai loceng rehat berbunyi!" cikgu Fizah bercekak pinggang sambil mengerling Zaqwan dan Jihan melewatinya.

"Assalamualaikum cikgu Fizah. Ni murid baru yang akan masuk dalam kelas ni.." cikgu Asmawi yang entah dari mana muncul terpacak didepan pintu.

"Eh cikgu Mawi.. Bila sampai? Tak call pun bagi tahu nak pi sini. Biarkan je budak tu masuk. Nanti saya suruh perkenalkan diri." cikgu Fizah yang sudah tersipu malu kerana baru saja bertentangan mata dengan cikgu Asmawi. Suka sangat dia tengok figura jejaka itu. Tampan, segak, bergaya, semua lah yang menjadi citarasanya ada pada cikgu Asmawi.

"Haa.. Kalau macam tu okeylah. Assalamualaikum." terus cikgu Asmawi pergi dari kelas itu.

'Waalaikumsalam' jawab cikgu Fizah dalam hati.

"Kamu murid baru ke? Segaknye kamu ni! Macam orang nak pergi ofis saja." seloroh cikgu Fizah yang bersahaja.

"Hehe.. Terima kasih puji saya cikgu. Err.. Assalamualaikum semua. Saya Adam El Ziqriz. Asal dari Melaka tapi parents saya bawak pindah gi sini. Saya harap kita boleh jadi kawan baik ya semua."

Sesetengah murid menjawab salamnya dan ada juga yang menjawab dalam hati. Semua mata murid perempuan melihat figura Adam El Ziqriz. Ada yang tersipu malu, ada juga yang memberikan senyuman manis.

"Kamu semua berkawan baik ye dengan Adam. Ha Adam.. Kamu boleh duduk di meja sana, bersebelahan dengan Evva Salehah." cikgu Fizah menunding jari tepat ke arah Evva.

"Baik cikgu." Adam terus melangkah kearah Evva. Dia meletakkan beg sekolahnya di tepi meja lalu mengeluarkan buku latihan Bahasa Melayu.

"Er.. Hai, nama saya Adam. Boleh kita berkawan?" Adam mula membuka topik perbicaraan.

"Hai, boleh. Nama saya Evva Salehah. Awak boleh panggil saya Evva." Evva hanya memberikan satu garis senyuman.

"Boleh saya share buku teks BM dengan awak? Saya belum dapat lagi apa-apa buku teks dari sekolah ni.." Adam menunjukkan muka simpati.

"Oh.. E-err boleh. Nah awak sebelah saya sebelah." Evva terus berkongsi buku dengan Adam. Dia merasakan selesa saja berada disamping Adam. Tak macam murid lelaki yang lain. Dahlah kuat mengacau, tak sopan lagi bila bercakap. Hush! Sungguh dia tak suka.

***

Kringgg!

Loceng waktu rehat pun berbunyi. Semua murid pergi ke kantin dan koperasi untuk membeli makanan.

Adam yang melihat Evva yang baru saja menuruni tangga, segera ia datangi.

"Evva terima kasih tau sudi kongsi buku teks dengan saya tadi. Ni sebagai tanda saya berterima kasih sangat kat awak." dia menghulurkan susu strawberry DutchLady dengan Chocopie kepada Evva.

"Eh awak ni.. Takpayah lah susah-susah nak belikan saya ni." Evva mencuba untuk menolak pemberian daripada Adam.

"Eh, ambiklah. Saya ikhlas. Lagipun saya takde kawan, saya bagi awak ni tanda saya berterima kasih dan tanda kita dah berkawan. Betul tak?" Adam menghulur sekali lagi pemberiannya kepada Evva.

"Err, okeylah kalau macam tu saya terima pemberian awak. Terima kasih Adam." Evva memberikan Adam seulas senyuman manis, sehingga menampakkan lesung pipit pada pipi Evva.

"Ye sama-sama. Makan tau Chocopie tu! Saya rela beratur panjang demi nak beli tu. Awas kalau awak tak makan, saya tak nak kawan dengan awak nanti." Adam memberikan amaran tapi dalam nada yang lembut.

"Iye-iye." jawab Evva singkat.

Sesi pembelajaran dengan subjek terakhir mereka, subjek Matematik. Ramai murid di dalam kelas 2 Cendikiawan itu kurang minat dengan subjek tersebut.

"Evva.. Oh Evva. Boleh ajar saya yang ini tak? Saya tak berapa faham lah yang cikgu Asrul terangkan kat depan tadi. I can't brain it. Please?" Dia satukan kedua telapak tangannya memohon untuk diberi tunjuk ajar.

"Oh yang ini senang je ni. Satu perpuluhan dua, darab dengan x perpuluhan y, nanti awak bawak pindah x ni kesini y ni kesana lepas tu awak try bahagi dengan cara macam ni. Hah kan dah dapat jawapan." Evva tersenyum bangga dengan keberjayaannya melakukan jalan kerja soalan tersebut.

"Uish pandainya awak! Saya pun kalah kalau nak bersaing dengan awak ni." Adam menepuk tangan tanda gembira kerana Evva dapat menyelesaikan soalan yang susah baginya itu dengan mudah."

"Ah takdelah.. Biasa aje." Evva merendahkan diri. Padahal nak saja dia ketawa jahat disana sebab dapat menguasai matematik. Rata-rata pelajar dalam kelas itu tidak dapat menguasai subjek Matematik kecuali Evva. Setiap kali ujian, hanya Evva saja yang boleh mencapai target markah seratus peratus.

***

Tahun berganti tahun. Evva sekarang sudah pun tingkatan 5 dan tidak lama lagi akan menduduki ujian trial SPM pada bulan 10 ini. Impiannya disimpan dan disematkan dalam hatinya rapat-rapat. Dia bercita-cita untuk menjadi Chef.

"Ewah, syok sangat ke termenung tu Evva?" Zaura menegurnya lalu melabuh punggung di sebelah rakan karibnya itu.

"Eh Zaura. Mana ade aku termenung. Biasalah memandang jauh disana terfikir pasal masa depan." ujarnya.

"Yelah tu.. Atau kau teringatkan pujaan hati kau tu, Si Adam?" dia tergelak kecil

"Ha itu lagi lah mengarut! Merepek je kerja kau ni en awal-awal pagi macam ni." dia hanya tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba suasana kembali sunyi. Evva dan Zaura masing-masing membuang pandangan ke arah sawah padi.

"Zaura."

"Hm? Ape dia?"

"Kalau aku confess kat Adam yang aku dah lama suka dia amacam? Kau setuju tak?" soal Evva yang waktu itu masih memandang sawah padi milik tokwannya.

"Haa... Kan aku dah agak, kau memang ade something to say kan?"

"Haah. Dengan kau je ni aku cakap, kau jangan nak bagi tahu orang lain atau Adam pulak!" Evva memberikan tanda amaran.

"Kalau ye pun suka cakap lah, jangan simpan perasaan kau tu Evva! Nanti pujaan hati kau kena ngap dengan perempuan lain, hah! Tak ke naya kau sensorang." Zaura yang lantang terus memberikan idea yang bernas. Bernas tak bernas, mahu kah Evva Salehah nyatakan perasaannya kepada Adam El Ziqriz?

"Alah.. Tak nak lah, belum sampai masa dia kot. Nanti lah aku fikir masak-masak dulu. Kang nak fikir masak-masak kena cari bahan dia dulu betul tak?"

"Haa.. Yer betul lah tu." Zaura menjawab acuh tak acuh.

Ni first story aku, sorry lah kalau ayat aku tunggang langgang😔

Tuan Adam El: Duri RinduWhere stories live. Discover now