KIBLAT II

83 1 0
                                    

KIBLAT II

kedatangan yang dinanti
tak sangka begini kau pergi
tak rasa-malam hari ini
tercengang penduduk bumi

berakhirnya salam kiri
suara-suara angkasa didengari
melaungkan perasaan
merasai kenikmatan

tangisan para hamba menjadi saksi
rindunya diri kepada Tuhan
berlalu pergi tanpa berita
percintaan tak terhingga

hadir fajar membawa cerita
bergema suara di angkasa
sepuluh jari disusun rapi
zahir & batin diharap mati

semoga Tuhan jodohkan kita lagi
kerana kau, aku disini

1 SYAWAL 1443
11.58 pm

RUMAH SINGGAHWhere stories live. Discover now