BEBAS
rupanya
merpati bertenggek di pohon
cuma sementara
kerana dirinya
inginkan kebebasan yang sejahterakau inginkan bebas di awangan
tanpa ada tangan yang melawan
biar sejati bersama awan
supaya bebas bersama impiandoaku tidak lagi dikabulkan tuhan
cinta yang sementara
membawa durjana pada hati
yang setia selama inisemuanya punah
habis diratah sehingga patah
remuk hati & jiwaku
tak ada lagi kata cintaselama ini
kau hanya terikat dengan janji
yang membawa kau hingga ke sini
penat lelah cuma kau ketahuijanji manisku
penyebab kau cemburu
akan masa-masa mudamu
yang kelam dibelenggu rindujanji manismu
yang telahku telan dibawah mendung
buatkan awan cairkan tangisan
tanpa sedar air mata bercucurankau bukan lagi
merpati yang setia menanti
walau sakit-hati
kau sudah berlalu pergisemoga kau berjumpa dengan merpati
yang lebih suci cintanya
mampu berterbang bebas bersama
denganku
patah sayapmu untuk terbang di angkasa30/4/2023
1.59 am
YOU ARE READING
RUMAH SINGGAH
Poetrysegala rasa yang telah dibukukan. semoga ada sinar baharu hari esok. 100 buah puisi hati.