PELANGI PETANG
menitis awan yang berlalu
sejambak bunga aku berikan
sebagai hadiah menjadi teman
setia hingga hujung nyawaengkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya
namun kau berseri
cukup buat hati iniindah hujan selepas mendung
mencairkan tangisan
membuatkan bumi berdoa
pada yang Esa
tentang bahagia21/4/2023
3.53 pm
YOU ARE READING
RUMAH SINGGAH
Poetrysegala rasa yang telah dibukukan. semoga ada sinar baharu hari esok. 100 buah puisi hati.