BUAT KAMU

9 0 0
                                    

BUAT KAMU

sepi yang bertandang
membuatkan aku tersenyum
akan kemanisan bersamamu
waktu aku sendirian

manis yang melekat
tiada tandingan
bukan bertanding
saling berganding

buta mata melihat dunia
tiada sisi buruk
yang kelabu itu masa
menyatukan kita

duduk & bertasbih
mulut tak henti membisik
berdoa pada yang esa
akan kesetiaan bersamamu

aku tak nampak
jalan keluar dari sini
kerana aku sudah
cair sendiri

29/3/2023
12.51 am

RUMAH SINGGAHWhere stories live. Discover now