PASAR SENI
lukisan-lukisan tertera
aku menyembah seni
halus seperti hantu
tak dinilai dari rupasentimentalnya bermakna
tak ada yang mampu meneka
kehebatan para artis
dalam menghasilkan karyapungguk melihat awan
datangnya pada malam
merindukan bulan
purnama di malam birusesuatu yang tak boleh diungkap
kau umpama merdeka
bebas aku dari neraka
kerana dia
aku ke syurgaseni tempatku beradu
mengadu saat luka
saat dewa-dewa memuja
aku di mata manusiatak ada aku tanpa seni
aku melihat karya agung
yang nantinya
aku teragung25/2/2023
9.45 pm
YOU ARE READING
RUMAH SINGGAH
Poesiasegala rasa yang telah dibukukan. semoga ada sinar baharu hari esok. 100 buah puisi hati.