KAU BERUBAH

51 1 0
                                    

KAU BERUBAH

izinkan aku sekali lagi
memegang erat tanganmu
kerana aku tak mahu
kehilangan dirimu

mengapa ?
balasan mu semakin ringkas
ayatmu semakin pendek
apa aku sudah tidak bisa
memberimu rasa ?

maafkan aku sayang
jika kerana aku
kau berubah seperti ini
langsung tidak peduli
perihal diriku lagi

aku rindu
engkau yang dahulu
yang lebih mesra
ketika bersamaku

bukan ini yang aku pinta
sewaktu janji-janji kita disemai
janjimu untuk selalu ada
berubah sekelip mata

jika kerana diriku
membuatkan kamu begini
maafkan segala silapku
kerana tak bisa menjagamu

1/3/2023
3.38 pm

RUMAH SINGGAHWhere stories live. Discover now