Rendang Daging (2)

7 0 0
                                    

"Hey wassup wassup wassup! Ni aku Guys! Diddy Deddy Dudduuu. Hahahaha. Selamat datang sekali lagi aku ucapkan untuk semua ke Channel aku 'Diddy, Wachudu?'. Thanks sebab masih setia bersama channel aku guys. Yang mana baru jumpa channel ni, jangan lupa like, subscribe, dan share ya guys!"

"Alright guys. Ingat lagi tak dalam video lepas aku ada selit satu klip pasal sorang aweks cantik guys. Ingat? Well, dia meniaga rendang rupanya guys. Masa aku sampai kat tempat tu, aku terus sapa dia guys. Aku kata la aku nak try dulu kan? Then, aku beli la tiga guys. Tiga guys. Nak test punya pasal kan? The best part is, aku siap dapat free ketupat palas tu guys. Kakakakakka. Power guy aweks ni."

"Alright guys, malam ni, disebabkan aku dah beli benda rendang ni, so, aku akan buat lah food tasting sikit kan? Nak tengok berapa per berapa boleh aku bagi untuk rendang daging ni? Stay tuned stay put! Jangan lupa like, share and subscribe tau. Ahahaha."

Klik. Punat rakam ditekan. Rakaman dihentikan.

"Hmmm. Macamana nak start eh. Makan terus atau buat video start dari buka bekasnya. Buat start buka la." Monolog.

Punat rakam ditekan kembali.

"Mari kita lihat guys apa ada dalam bekas ni. Sambil sambil tonton, sambil like, subscribe dan share ya guys. Target kita hit untik video ni. Mungkin saya akan terus buat kerja amal untuk membantu bisnes lokal kita ya."

"Let's dig in." Penutup bekas dibuka.

Aroma remdang yang begitu mempersona merebak ke serata penjuru bilik Rosdi. Bau rempah ratusnya begitu menusuk dan menyelerakan. Aroma serai, bawang, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut menambah seri bauan rendang itu.

"Wow guys! Buka saja penutup bekas ni, semerbak terus guys. To be honest ya guys, aku bukanlah penggemar makanan kampung macam ni. Aku tau la rendang tu apa tapi. Cumanya bukan penggemar. Tapi yang ni lain guys bau dia. Ok, kita try rasa dia pulak. Tadi dia ada bagi ketupat palas. Hope sedap lah kan? Hahahahaha." Celoteh Rosdi tak henti henti.

"Ermmmph. Ya tuhan. Sedap betul. Daging well cooked.  Tak liat. Sedap betul ni. Tak oily sangat. Worth repeat nanti. Ketupat ni guys. Betulnya aku makan rendang dengan ketupat segera je guys. Ahahaha. Memang lain lah makan tradisional kita ni. Rasa best. Nanti kita serbu kedai aweks tu lagi guys. Kita kasi borong! Ahahahahaha."

Begitu gelojoh Rosdi menjamah ketupat palas dengan rendang daging yang dibelinya siang tadi. Rasanya sangat berbaloi. Dah la cantik si penjualnya. Masak sedap pula tu. Rugi ni kalau tak didekati. Fikir hatinya Rosdi.

+++++++++++++++

Siang tadi.

"Mak. Imah sudah balik. Mak sudah lapar? Imah ada bawa balik makanan ni." Kata Rahimah seraya dia membuka dedaun pintu di dapur.

Masa masa begini biasanya emaknya akan sibuk di dapur menyediakan makan malam mereka.

"Lapar lah sikit. Tadi mak ada lah jamah rendang. Masa tengahari tadi." Jawab si emak. "Apa kamu bawa balik hari ni?" Emaknya meneruskan soalan.

"Imah bawa balik sesuatu yang istimewa hari ni. Ini dia." Rahimah menyerahkan satu plastik pembungkus berwarna hitam kepada emaknya.

Emaknya menyambut baik bungkusan yang diberikan. Diintainya apa yang ada di dalam.

"Wah. Sedap ni. Bagaimana Imah dapat benda ini? Sekarang bukan musim dia" Emaknya bertanya dalam keterujaan.

"Tadi masa balik Imah sengaja ikut jalan lain. Masa Imah lalu di satu kampung tu, Imah nampak ada orang kampung sedang sibuk sibuk seperti mahu kenduri. Di situlah Imah dapatkan benda ini mak." Terang Rahimah.

"Bagus anak mak ni. Nanti kita makan sekali ya nak." Balas emaknya ringkas.

"Mak, mak. Tadi mak kan. Ada seorang pemuda datang membeli rendang kita. Imah tengok pemuda itu macam calon yang paling sesuai lah mak. Imah pun dah lama sangat membujang." Rahimah menyambung ceritanya.

"Pemuda? Apa sudah tiba masanya nak?" Tanya emaknya.

"Sudah mak. Ketupatnya pun Imah berikan." Rahimah membalas soalan emaknya.

"Buatlah apa yang patut nak. Emak akan sentiasa bersedia." Emaknya.

"Assalamualaikum! Oh Assalamualaikum! Mak Temah oh Mak Temah." Kedengaran suara dari laman.

"Ah. Siapa pula tu. Imah, tolong tengokkan sebentar. Emak mahu ke bilik air." Pinta emaknya Rahimah, Hatimah.

+++++++++++++++++

"Makan dah. Edit video dah. Semua dah. Masa untukkkk... Tidurrrr! Yieha. Bestnya hidup bila semuanya ikut plan. Tapi betullah. Sedap betul rendang tadi tu. Esok aku pegi lagi. Silap betul beli sikit. Patut baki duit tu aku tambah je bekas lagi dua tiga bekas." Bebel Rosdi seraya ke bilik air untuk menunaikan hajat.

Seraya badan dilabuhkan ke atas tilam, Rosdi turut cuma melelapkan matanya terus. Lima belas minit berlalu. Tidurnya seakan tidak. Masih kedengaran bunyi halus pendingin hawa. Masih kelihatan cahaya dari jam digitalnya. Masih terhidu bau rendang yang sebelum tidur tadi dinikmatinya. Tangannya masih terasa merayap rayap bergesel dengan selimut. Semuanya masih seperti dia terjaga.

Dibuka semula matanya. "Dah buat hal pulak. Tak boleh nak tidur macam ni kalau rasa dia. Apa yang tak kena eh?" Monolognya sendiri.

Badannya dirasakan sungguh tidak selesa. Nak kata panas, pendingin hawa sudah maksima. Nak kata sejuk sangat, suhunya dirasakan biasa. Nak kata bising, hanyalah deru angin dari pendingin hawa. Takkanlah cahaya dari lampu jam digital boleh jadikannya tidak selesa. Padahal dia dah biasa pun dengan cahaya sebegitu. Semuanya serba tak kena.

Rosdi kemudian bingkas bangun. Rokok elektronik dicapai. Perasa Grape Bubblegum.

Hsssssssss..fuhhhhhhh....hssssssssssss..ffuuuuuuuuuuuuuuuuuh..

"Apasal pulak takde rasa apa apa ni? Dah habis ke? Ish. Takkan lah kot. Dua belas ribu puff kot. Baru tiga hari beli." Disedutnya lagi. Pun sama. Hanya asap yang keluar. Tiada bau tiada rasa.

"Kuat sangat rasa rendang tadi kot. Tenggelam habis rasa vape ni. Ahahaha. Sikit hal lah. Takleh tidur kalu, kita layan game sampai lebam. Apa ada hal." Rosdi lalu mencapai telefon pintarnya dan terus menekan aplikasi Mobile Legend.

Asap rokok elektronik dihembus bertalu talu. Asap lalu merebak berserakan ke seluruh bilik tidur. Pemandangan biasa biasa. Di luar tingkap. Tingkat 20 kondominium mewah itu, ada seekor lalat hijau yang melekat pada daunnya. Yang merakam dan memerhati segala gerak geri di dalam bilik tersebut. Tanpa langsung disedari.

Bersambung...

One ShotWhere stories live. Discover now