Rendang Daging (5)

6 0 0
                                    

Ketiga tiga pemuda tercengang apabila mendengar pertanyaan pelik dari wanita cantik itu. Mereka berpandangan antara mereka.

"Kakakakakakaka." Dol Sibat ketawa memecah kebingungan.

"Cik memang tak tahu atau saja tanya macam tu?" Rosdi bertanya untuk kepastian.

Rahimah masih kelihatan bingung. "Pasal apa tu ya?" Rahimah masih lagi bingung.

"Oh. Takpelah. Kita abaikanlah soalan tu. Biar saya perkenalkan diri kami dulu. Saya, Usin. Yang budak besar ni Rosdi. Yang pegang benda tu Dol. Boleh tahu nama cik?" Usin segera memotong menukar topik. Kelihatannya seperti kebingungan itu akan berterusan jika topik dipanjangkan lagi. Lagipun, Dol Sibat kelihatan masih ketawa tanpa boleh dihentikan buat masa ini.

"Rahimah. Mak panggil Imah." Rahimah masih bingung. "Mengapa dia masih tertawa?"

"Abaikan si sibat ni cik. Dia ni pelik." Sekali lagi Usin menukar topik sambil tangannya digerakkan ke kiri dan kanan di bahagian leher menunjukkan isyarat untuk berhenti dari ketawa. Dol Sibat akur. Kemudian, Usin melirik mata ke arah Rosdi untuk teruskan dengan rancangan mereka.

"Ehemmmm.. ok macam ni cik Mah.."

"Imah"

"Ok..Cik Imah..semalam saya ..errr.. abang saya.. bagi cuba rendang tu. Jadi hari ni kami cadang buat kerja amal lah. Kami akan beli semua rendang daging cik Imah ni dan bagi kat semua orang yang ada kat sekitar sini." Rosdi mula sedikit petah.

"Semua sekali?" Rahimah sedikit terkejut.

"Ya. Semua. Cuba cik Imah kira berapa semua? Saya bayar." Rosdi.

"Baiklah." Rahimah mula mengira bekas rendang daging yang ada. "Ada 20 bekas kesemuanya."

"Ok. Kita akan bagi kepada semua orang sekitar sini secara percuma." Rosdi.

Rahimah akur. Dia masih lagi ingin melihatkan apa yang sedang dirancang oleh tiga pemuda tersebut.

Kesemua rendang daging diberikan secara percuma kepada orang ramai yang lalu lalang di sekitar kawasan itu. Kurang 10 minit, kesemua bekas rendang daging selesai diedarkan lepada orang ramai. Sepanjang proses pemberian direkodkan Dol Sibat tanpa henti.

Mereka kemudian kembali semula ke tempat Rahimah berniaga.

"Baiklah cik Imah. Kita dah selesai dengan tugasan kita. Ini duitnya." Rosdi mengeluarkan beberapa not 50 kepada Rahimah. "Dan ini ada sedikit hadiah untuk cik kerana sudi beri kerjasama untuk projek amal ni." Rosdi lalu menyerahkan satu sampul surat kepada Rahimah.

Rahimah menerima kedua duanya dengan ucapan terima kasih.

"Cik Imah buka lah sampul tu." Desak Rosdi.

Tanpa berkata apa-apa, Rahimah membuka sampul surat berkenaan. Beberapa not 100 dikeluarkan dari sampul.

"Apa ni? Kenapa bagi duit lagi?" Rahimah bingung sekali lagi.

"Oh. Inilah tujuan kami buat projek amal ni. Selain semua orang dapat rasa rendang daging cik Imah, cik Imah juga kami berikan sedikit modal tambahan. Untuk cik Imah tambah lagi menu lain ke apa ke?" Rosdi memberitahu tujuan projeknya. Itu zahirnya.

+++++++++++++

"Aku ingat nak buat macam ni guys. Nanti kita gi sana, kita bagitau lah dia yang kita nak buat projek amal. Kita beli semua rendang tu dan bagi kat orang lalu lalang kat situ. Si Dol ni nanti rekod la semua tu. Nanti edit buat lah background muzik sikit. Letak nasyid ke apa ke. Nampak islamik sikit kan? Viewer kita ni senang je manipulate kan? Pastu, aku hulur la sampul ni. Dalam ni ada la dalam 5 rat. Acah acah kata bagi modal. Pastu, lepas habis rekod semua tu, kita mintak la balik sampul tu, kata tersilap bagi sampul. Patutnya sampul ni. Dalam ni ada la doploh ringgit. Kata la sampul yang dia dapat tu untuk bagi kat masjid. Konten dapat. Modal pun tak banyak sangatkan?" Rosdi menerangkan strategi mereka dengan panjang lebar.

"Mak aih. Tunggang habis ni." Dol Sibat.

"Nak hidup maa. Lagipun, minah tu tak rugi apa pun. Kita still beli jualan dia." Rosdi.

"Betul juga kata Di tu. Takde lah tunggang mana pun. Cuma part sampul tu je la twist sikit. Orang pun takde lah gigih nak gi cari minah tu tanya pasal sampul tu kan? Ok ok. Faham faham." Usin.

"Tapi tapi tapi guys. Ada next plan pulak. Dua tiga hari lagi, kita pegi balik jumpa minah tu, tanya pasal bisnes dia. Konon buat lawatan pulak la kan? Then, kita try la ajak dia tunjuk rumah dia. Aku bet minah ni mesti kekampungan sebab dressing dia macam tu. Naik motor pulak tu. Mana ada perempuan cantik sekarang pandai bawak motor kan? Bagi kita rapat sikit dengan dia, lepas tu barulah senang kita nak cucuk jarum." Rosdi meneruskan penerangannya.

"Ko nak cucuk jarum lagi? Nak sambung projek lama ke? Kan projek tu kita dah on hold? Kang sangkut tak pasal semua ke lokap bhai." Usin.

"Alah. Bukan masa terdekat ni. Kita umpan lah dulu. Tabur sikit sikit. Sampai dia rasa terhutang budi dengan kita. Sampai dia rasa serba salah nak tolak. Masa tu lah baru kita start." Rosdi terus menekan Dol Sibat dan Usin.

"Aku tukang rakam je. Aku tak kisah pun. Janji ko bayar part aku, aku on." Dol Sibat menyatakan persetujuannya.

"Dol on aku pun on lah." Usin menyambung.

"That's it. Macam tu la kawan. Dah sekarang ni aku dapat jackpot pulak badan ketak ketak secara magik ni. Lagi senang kita nak buat kerja mengumpan ni. Kakakakakaka." Rosdi seakan puas dengan pelannya. "Dah jom gerak. Nanti lambat sampai, takut minah tu dah habis meniaga pulak."

+++++++++++++++++++

"Terima kasih sudi bantu Imah ya saudara semua. Tak tahu macammana Imah nak balas." Jawab Rahimah dengan muka sedikit sayu. "Sejak ayah Imah meninggal dunia, emak saja yang berkerja untuk kami berdua terus hidup." Tanpa diminta, Rahimah terus mula bercerita hal keluarganya.

"Sekarang ni emak pun dah tak berapa larat sangat nak buat banyak kerja. Jadi Imah lah yang gantikan tempat emak." Muka Rahimah kelihatan semakin sayu.

"Tak mengapa cik Imah. Ujian kita kan berbeza beza. Hari ni, kami bantu cik Imah. Mana tahu nanti kami pula yang susah. Mungkin cik Imah pula yang bantu kami. Kan Usin kan?" Sambung Rosdi. "Lagipun, tak perlu lah bersaudara saudara dengan kami ni. Panggil saya Di je. Yang ni panggil Usin. Dia tu Dol." Sekali lagi Rosdi memperkenalkan diri mereka.

Seraya itu, Rosdi mengeluarkan isyarat supaya rakaman video dihentikan.

"Err.. sebenarnya ada sesuatu saya lupa beritahu cik Imah." Rosdi tergaru garu kepalanya yang tidak gatal.

"Apa tu cik Di?" Rahimah bertanya.

"Sebenarnya saya tersilap beri sampul. Sampul yang cik Imah pegang tu untuk diberikan kepada masjid. Yang ini sampul untuk cik Imah." Rosdi mengeluarkan sekeping lagi sampul surat yang sama.

"Oh. Baiklah. Saya terima juga. Sebenarnya tidak perlu pun cik Di nak berikan sampul ni semuanya. Jualan saya dah habis pun saya dah sangat gembira." Rahimah tersenyum.

"Terima kasih sebab memahami. Apa apa pun, kalau perlukan apa apa, bolehlah hubungi kami." Rosdi memberikan kad namanya kepada Rahimah. " Sini ada nombor telefon saya. Kalau perlukan apa apa, beritahu saja. Nanti kami bantu." Begitu teratur sekali permainan kata Rosdi.

Rahimah menerima kad nama dengan sedikit malu malu.

"Oh. Sebelum saya terlupa, cik Imah ada IG ke, FB ke, Tiktok ke untuk kami konsikan dengan penonton kami nanti?" Tanya Rosdi.

"Ah. Apa pula semua tu cik Di? Imah ni telefon pun tiada. Aiji tu apa pun Imah tak tahu. Ini pun Imah nak cari siapa siapa yang boleh beritahu Imah onain itu apa? Orang taman beritahu lebih senang nak membeli beli barang onain. Emak pun tak tahu onain tu apa." Panjang lebar Rahimah membebel.

"Oh. Cik Imah tak tahu? Kalau macam tu nanti kami datang semula ajar cik Imah. Itupun kalau cik Imah tak keberatan lah." Rosdi menyusun semula strategi.

"Imah berbesar hati sangat kalau ada orang nak ajar Imah. Terima kasih banyak banyak ya cik Di." Rahimah menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

"Tak apa. Benda kecil. Hehehehe." Rosdi ketawa kecil sambil menjeling dua sahabatnya. "Kami minta diri dulu ya Cik Imah. Nanti kami datang semula."

Mereka bertiga lalu berlalu meninggalkan Rahimah menuju ke kereta. Dalam perjalan ke kereta, ketiga tiga pemuda itu tersenyum lebar memikirkan betapa naifnya si Rahimah ni. Manakala dari belakang, Sambil melihatkan ketiga tiga pemuda itu berlalu pergi, Rahimah juga tersenyum sinis.

Bersambung.

One ShotWhere stories live. Discover now