"Pernah dengar pilihan jalan hitam. Ya aku memilih jalan yang sungguh jauh dari, Jalan yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Jauh dari kata mengenal Allah." -Ainan-
"Ainan bangun solat Subuh nak cepat nanti habis waktu susah. Kena Qadar solat pula nanti Ainan?" di ketuk pintu lalu tolak.
"Astaghfirullah al-aziim kunci pula budak bertuah ni. Mesti balik malam tadi entah pukul berapa lepak sana, sini balik pun lewat. Apalah nak jadi dengan anak aku yang sorang ni." bicara puan Arwaa-az Qaira perlahan.
"Nur Ainan Hannah bangun solat subuhhh!!!" jerkah Arwaa.
"Ya ya bangunlah ni! Mama ni bisinglah pagi-pagi buta nak tidur pun susah sibuk je..." desis Ainan di dalam tidurnya.
Dia menutup telinga mengunakan bantal. Lalu masih lagi ngomel dengan hati yang panas.
"Semak bising!" desis geram Ainan.
"Nanti Ainan bangun ya 6:20 pagi sayang dengar tak ni?" soal Arwaa ibu kepada Ainan.
"Hmmmlah dengar nanti bangunlah." balas Ainan tenang tetapi menyakitkan hati ibunya tanpa dia sedar.
Rumah sunyi sepi selepas solat subuh Pelik hairan dia mana anak perempuan dia soal Dian leez di dalam hati.
"Sayang mana anak perempuan kita?" tanya Dian.
"Haa abang dia kat atas tu... tengah bersiap kot, nanti turunlah tu. Tadi kejut kata bangun. Macam biasalah anak awak tu." balas Puan Arwaa.
"Baik tak apalah saya naik kejutkan dia mesti tak bangun lagi dengan bantal busuk dia tu sayang faham-fahamlah." di senyum ke arah isteri yang sedang memasak sarapan pagi.
Dian menaiki anak tangga. Sampai di depan pintu di ketuk dengan penuh tertib.
"Ainan anak ayah bangun sayang." di tolak pintu bilik lihat anak perempuan dia tertidur dengan kain telekung solat sejadah tidak di lipat lagi.
Apa nak jadi anak aku yang perempuan ni bersepah bilik mengalahkan jantan. Adoiiilah perangai memang dah jantan main pula 3 sukan ke sukaan. Muay thai silat, memanah tambah satu lagi, selalu keluar hari minggu pasti tembak latihan itu memang hobi dialah Ainan. Bisik hati Dian Leez.
Di usap kepala anak perempuannya diri lihat pakaian yang cukup dia tidak gemar. Pakaian yang tak cukup kain mata turut sakit melihat semua ini.
"Ainan bangun." sapa Dian.
"Hmmm eh! Waled dah balik masjid." balas Ainan dengan terkejut.
Dengan pantas Ainan bangun menanggalkan kain telekung di ikat rambut panjang yang terjurai itu. Ayahnya hanya lihat tanpa membicara l pantas Ainan mengemas barang barangan yang bertaburan di lantai bilik.
Selesai mengemas dia duduk di birai ranjang. Dian leez hanya tersenyum melihat anak perempuan dia.
"Kenapa lambat bangun Ainan?" Digaru kepalanya.
YOU ARE READING
LINKUNGAN PENDOSA YANG TERHEBAT
ActionKarya ke 3. KISAH BENAR DARI SESEORANG. Nur Ainan Hannah x Calvin Natthawin. Bismillahirrahmanirrahim. Cerita ini mengisahkan seseorang wanita yang penuh dosa dalam dirinya, menuju ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Hidayah itu milik Allah. Maha...