"Erk... yang kau ni Ratul apa hal pulak? Buang tebiat ke?" soal Ainan. Apa yang dia lihat macam tidak percaya.
Ratul yang melihat diri sendiri dia hanya sekadar berpakaian baju sari versi muslimah yang dia minati tradisional India. Versi yang lebih sopan sedikit untuk dirinya ia tu. Sari yang menutup aurat diri ini. Kerana terlalu banyak sari yang tidak mengikuti citarasa dia.
"Ratul kau serious lah! Tengah panas terik matahari tegak atas kepala macam ni nak pakai baju sari?" balas Ainan.
'Mimpi apa pula budak kecil ni,' bisik hati Ainan.
Ketawa besar, Ratul sahabatnya melihat Ainan.
"Habis kau pulak asal pakai baju kemeja rekaan bentuk lelaki? Siapa punya kau rembat ni? Lepas tu pakai cardigan panjang tengah-tengah panas ni lagi teruk dari aku tahu." perli Ratul sungguh.
"Aku ada sebab pakai macam ni Ratul." jawapan Ainan tidak mudah untuk seseorang bernama Ratul tertipu lagi.
Ratul mengangkat kening sebelahnya, di tayang muka sengih sekilas.
"Ainan kau tengok muka aku ni, haram lah! Aku nak percaya kata-kata kau Ainan."
"Kau tu pakai baju macam tu sebab kau tak ada baju yang elok, yang sopan sikit semua baju kau macam neraka faham..." Ratul seolah-olah membakar suasana di dalam kenderaan itu.
Ainan ketawa lagi hebat dari sahabatnya Ratul.
"Eh eh... nii kau pergi cermin diri kau ratul, sebelum nak borak panjang dengan aku ya." Dia menjeling ke arah Ratul tajam.
"Yelah aku je kena cermin diri Cik Ainan... habis pulak macam mana? Tak cermin diri kau tu?" tanya Ratul tidak main-main dengan soalan gila wanita ini.
"Wah wahhh.... mulut kau Ratul tak ada
insurans langsung erk... tak pandang kiri kanan main belasah je.""Haaa eloklah tu dengan perangai kau macam ni... patutlah kawan dengan aku sahaja." hujung ayat itu di perlahankan supaya sahabatnya ini tidak mendengar perkataan tersebut.
"Ainan tak payahlah aku dengar kau kata apa, ayat terakhir tu berbisa." Ainan mengangkat kening ke arah Ratul.
"Eh? Dengar okay." di tayang muka tanpa riak itu di hadapan sahabat.
Kereta bmw m5 series itu memecut laju di jalan raya meninggalkan area rumah Ratul.
Tujuan mereka berdua ingin berlatih di sebuah tempat yang agak jauh dari rumah.
"Ainan sambil kau bawak kereta ni kan? Aku nak tanya lah." soal Ratul. Ainan tidak melihat malah dia hanya memandang jalan raya di hadapan.
"Ainan kau tak ambil calvin kat airport ke nanti? Aku bukan apa sebab coach suruh aku cakap kat kau yang esok kau kena ambil mamat tu kat thailand."
YOU ARE READING
LINKUNGAN PENDOSA YANG TERHEBAT
ActionKarya ke 3. KISAH BENAR DARI SESEORANG. Nur Ainan Hannah x Calvin Natthawin. Bismillahirrahmanirrahim. Cerita ini mengisahkan seseorang wanita yang penuh dosa dalam dirinya, menuju ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Hidayah itu milik Allah. Maha...