Bab:14

27 12 0
                                    

Selepas mereka berdua memasuki kereta Zafran terus bertanya kepada Kejora
"Kau ada nak makan ke apa apa ke sebelum balik?" Tanya Zafran kepada Kejora
"Saya nak makan ice cream boleh? Awak belanja saya," jawab Kejora sambil merayu kepada Zafran agar dibelikan ice cream untuknya
"Haih kau ni... Nasib comel. Ha yelah yelah aku belikan tapi kau nak ice cream apa?" Tanya Zafran
"Saya nak ice cream strawberi boleh??" Tanya Kejora
"Anything for you, my future wife..." Kata Zafran separuh berbisik agar Kejora tidak mendengarkannya
"Thank you," kata kejora
Zafran Hanya tersenyum dan terus bergerak menuju ke kedai ice cream dan dia pun turun dari kereta dan pergi membelikan ice cream strawberi dan chocolate untuk dia dan Kejora dan kembali ke kereta
"Nah ice cream strawberi kau," kata Zafran dan menghulurkan ice cream strawberi tersebut kepada Kejora
Kejora mengambil ice cream tersebut dan tersenyum kepada Nadim sebelum berkata
"Terima kasih sekali lagi awak," kata kejora berterima kasih sekali lagi
"Eh kau ni, benda kecil je tak perlulah sampai nak cakap terima kasih banyak kali," kata Zafran sambil mula membuka ice cream nya
"Saya cakap terima kasih sebab saya terharu," kata Kejora. Kata kata Kejora tersebut membuatkan Zafran memberhentikan perbuatannya daripada membuka ice cream dan memandang wajah Kejora
"Kalau kau nak tahu... Aku lagi terharu ada kau dekat sebelah aku," kata Zafran dan terus sambung membuka ice cream nya
"Eh ha? Apa?" Kata kejora terpinga-pinga, tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni
Zafran hanya membiarkan sahaja Kejora dalam keadaan terpinga-pinga dan terus memakan ice cream tersebut

Zafran memandang sekilas wajah Kejora yang sedang memakan ice cream tersebut dan melihat ada sedikit kotoran di bibir kejora dan terus membersihkannya menggunakan hujung ibu jarinya.
Kejora yang berada di situasi disitu menjadi bertambah lagi terpinga-pinga
"Eh? Apa ni? Awak buat apa?" Tanya Kejora
"Kau lah makan comot sangat siapa suruh," kata Zafran lalu terus memberinya sehelai tisu
"Nah tisu, kalau nak tunggu aku bersihkan bibir kau tu, tunggu halal dulu baru boleh, sekarang ni haram," kata Zafran lalu tertawa kecil kerana melihat wajah Kejora yang sudah kemerah-merahan
"Apa benda awak merepek ni? Yang bukan bukanlah," kata kejora lalu mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak mahu memandang wajah Zafran
"Comellah kau ni bila malu," kata Zafran lalu tertawa kecil
"Dahlah tu wak nanti saya gigit awak kang," kata Kejora masih lagi dalam malu malu
"Gigitlah, nanti aku gigit kau balik," kata Zafran lalu tertawa sekali lagi
"Eh dahlah jom lah balik nanti ibu kata apa pulak," kata kejora
"Haih... Baru nak spend time masa dengan awek..." Kata Zafran
"Apa? Awek? Apa awek awek, saya bukan awek awak ehh jangan macam macam," kata Kejora
"Kalau kau tak nak jadi awek aku kau jadilah isteri aku, dah tentu halal," kata Zafran dan terus bergerak pulang.
Kejora terus berasa malu atas kata kata Zafran tadi


Setelah mereka sampai kerumah ibu Kejora

"Ibuuu Kejora dah balik," kata Kejora dan terus memasuki rumah. Kaki kejora terhenti apabila dia melihat satu susuk tubuh yang dia tidak mahu lihat lagi sedang berada di dalam rumahnya dan sedang duduk disebelah ibunya

"Miss me Cendana?" Kata susuk tubuh tersebut

Tbc.

Cinta Yang Tak Direstui Where stories live. Discover now