"Okay sekarang kau belikan aku ice cream," pinta Kejora kepada Zafran
"Yelah yelah aku belikan, tapi kau kena janji dengan aku kau dah tak boleh marah aku lagi dah, sebab dah settle kan?" Kata Zafran
"What? Siapa kata dah settle? Kau tak ingat ke apa yang aku kata haritu?" Kata Kejora
"Aku ingat tapi aku tahu, yang kau pun suka aku juga kan?" Teka Zafran
"M-mana ada! Aku tak suka kau pun," kata Kejora tersekat sekat
"Yeke...?" Kata Zafran lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Kejora
"Heh! Kau nak buat apa ni?" Tanya Kejora seraya mengelak dari memandang wajah Zafran
"Saja... Nak tengok kau suka aku ke tak..." Jawab Zafran sambil menatap mata Kejora yang sedang mencuba mengelak dari ditatap
"Kau ni gila kau tau tak? Kau mesti dah pernah masuk hospital gila kan?" Kata Kejora dengan nada separuh geram.
Lalu Zafran tertawa pabila Kejora bersungguh sungguh mengatakan dirinya gila
"Aku gila? Aku yang gila ke kau yang gilakan aku?" Kata Zafran lalu memandang wajah Kejora yang sudah memerah
"Eh dahlah! Dari aku melayan orang gila macam kau ni baik aku pergi mall pergi shopping," kata Kejora dan mula bangun dari kerusinya
"Sorry to say this but your brother told me to take care of you these days," kata Zafran lalu memaut lengan Kejora agar berhenti dari berjalan
"Ha? Sejak bila pula abang aku suruh kau jaga aku hari ni? Dia tak bagitau aku pun?" Tanya Kejora
"Sebab abang kau tahu kalau dia bagitau kau mestilah kau tak nak sebab kau tak nak jumpa aku, sebab tu dia tak bagitau kau so kau dah tak boleh mengelak dah," jelas Zafran
"Memang betul betul gila kau ni." Kata Kejora lalu menjeling Zafran
Zafran tertawa sekali lagi"So, kita nak pergi mana ni?" Tanya Kejora
"Kau kan dah dapat ice cream kau kan? Apa kata sekarang ni kau ikut aku pergi tengok wayang?" Tanya Zafran
"Wayang? Cerita apa?" Tanya Kejora
"Apa apa jelah janji pergi tengok dekat wayang, aku bosan ni," jawab Zafran
"Eh Quaisy mana?" Tanya Kejora tiba tiba
"Oh dia, dia ada kerja sikit dekat office," jawab Zafran
"Oh ye ke? Kalau ajak dia kan best, takdelah bosan sangat sebab kita berdua je," kata Zafran
"Eh dah ada aku pun dah cukup bagus kau tau tak?" Kata Zafran
"Takde kau pun bagus juga," jawab Kejora selamba
"Eh tak, kenapa kau tanya pasal Quaisy eh? Kau suka dia ke?" Tanya Zafran
"Kenapa pun kalau aku suka dia? Takde kena mengena dengan kau pun kan?" Jawab Kejora bergurau
"Eh kau ni, takde takde, kau tak boleh dengan dia, kau dengan aku je," kata Zafran tegas.
"Kau cakap macam ni macam dah yakin sangat aku kahwin dengan kau," kata Kejora
"Cause i'll make sure you will be mine." Kata Zafran
Kejora terdiam membatu pabila mendengar apa yang Zafran katakan sebentar tadi dan melihat Zafran terus menapak ke dalam panggung wayang untuk membeli tiket."Zafran, aku tanya ni kau marah tak?" Tanya Kejora
"Buat apa aku marah? Tanya ajelah," jawab Zafran
"Kenapa kau suka aku? Eh no, kenapa kau tak suka aku masa zaman zaman aku pegang syarikat tu?" Tanya Kejora. Zafran terdiam memikirkan jawapan yang selamat untuk diberikan kepada Kejora
"Sebab kau punca bapak aku meninggal." Jawab Zafran
"Ha?..." Kata Kejora terpinga-pinga
"Ya, sebab syarikat kau tu buat syarikat arwah bapak aku tu muflis sebelum ni. Maklumlah, bersaing kan?" Kata Zafran. Kejora terdiam seketika
"Tapi kenapa?" Tanya Kejora
"Nyawa dibalas nyawa." Jawab Zafran15 tahun yang lalu
"Ayah? Kenapa ayah nampak pucat je ni?" Tanya Zafran kepada ayahnya iaitu tuan Zarfin
"Pucat ke? Ayah rasa ayah ok je," jawab tuan Zarfin
"Yeke? Tu ayah tengah buat apa?" Tanya Zafran sambil melihat tuan Zarfin yang sedang membelek belek kertas
"Oh ni ayah tengah tengok surat surat pasal masalah syarikat kita tu," jawab tuan Zarfin
"Apa? Syarikat yang seberang sana tu cuba buat apa lagi kalini?" Tanya Zafran
"Jatuhkan syarikat kita." Jawab tuan Zarfin
"Ha? Mana boleh! Mentang mentang syarikat dia besar, megah, mewah apa semua lah, ingat dia boleh suka suka jatuhkan syarikat orang?" Kata Zafran tak berpuas hati
Secara tiba tiba tuan Zarfin mendapat satu panggilan dari asistennya.
"Ya Arif? Ada apa call saya malam malam ni?" Tanya tuan Zarfin
"Tuan! Syarikat kita disahkan muflis! Syarikat yang seberang tu dah jatuhkan syarikat kita!" Kata Arif kepada tuan Zarfin
"Apa?! Saya datang sekarang!" Kata tuan Zarfin
"Jangan tuan! Orang orang diorang dekat luar sana tu ramai tuan! Silap silap apa apa jadi dekat tuan macam mana?!" Jerit Arif di dalam panggilan tersebut
"Tak! Saya tetap akan datang! Demi menyelamatkan syarikat yang saya bangunkan selama ni!" Jawab tuan Zarfin dan terus bergegas keluar rumah diikuti oleh Zafran
"Ayah! Ayah nak pergi mana!" Tanya Zafran yang melihat ayahnya sudah pun memasuki kereta dan menggerakkan keretanya keluar dari perkarangan rumahnya dan membelahi jalan rayaKetika tuan Zarfin sedang memandu dijalan raya tersebut. Ada sebuah kereta yang mengikuti kereta tuan Zarfin iaitu kereta Lamborghini Veneno yang sedang mengikuti rapat kereta ferrari f8 milik tuan Zarfin dan tak semena-mena kereta Lamborghini Veneno tersebut menghimpit kereta ferrari f8 milik tuan Zarfin dan menyebabkan kereta ferrari f8 milik tuan Zarfin itu terbabas dan terbalik akibat himpitan dari kereta Lamborghini Veneno tersebut. Dan tuan Zarfin disahkan meninggal dunia disitu juga.
"Zafran? Kau dengar tak aku panggil ni? Kita punya turn dah boleh masuk dalam dah," kata Kejora apabila melihat Zafran mengelamun
"Eh ha? Oh yeke?" Terus mati lamunan Zafran dan Zafran bangun dari kerusi tersebut dan memasuki ke dalam panggung wayang tersebut dan diikuti oleh KejoraSejak dari tadi Kejora perhatikan Zafran hanya mendiamkan diri lalu Kejora membuat keputusan untuk menegur Zafran.
"Zafran? Kau ok tak ni?" Tanya Kejora
"Eh? Ya aku ok, kenapa?" Tanya Zafran kembali
"Takdelah, aku tengok kau dari tadi macam senyap aje, ada masalah apa apa ke? Kalau ada masalah boleh share dengan aku... Kot?" Kata Kejora sedikit ragu ragu
"Eh tak, aku takde masalah pun, aku penat sikitlah fikirkan pasal syarikat aku tu," jawab Zafran
"Oh kalau macam tu, kau baliklah hotel. Pergi rehat, biar aku kat sini jalan jalan," kata Kejora
Belum sempat Zafran berkata sesuatu dia terlebih dahulu disapa oleh seseorang"Putra? Awak buat apa dekat sini?" Tanya perempuan tersebut
Zafran tergamam ketika melihat wajah perempuan tersebutTbc.
YOU ARE READING
Cinta Yang Tak Direstui
Romance'jika kehilangan diriku adalah kebahagiaan buatmu aku rela pergi' "Tak sangka kan? Orang yang kita cintakan selama ni lah orang yang bunuh kita dalam diam." "Takdir yang membawa kita kesini dan hari ini kita berada disini." Kejora Cendana yang seday...