Bab:22

25 11 0
                                    

"Aduh, kenapa aku kena jumpa dia dekat sini? Aku baru nak tenangkan fikiran, bila aku nampak muka dia balik terus otak aku tak berfungsi," kata Kejora seorang diri selepas menghempaskan badannya ke katil. Selang beberapa minit Kejora tertidur

"Aku nikahkan dikau dengan Kejora Cendana binti Darhin Tauriq dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai," kata tok kadi tersebut kepada Zafran
"Aku terima nikahnya Kejora Cendana binti Darhin Tauriq dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai," kata Zafran kepada tok kadi tersebut
"Sah?" Tanya tok kadi tersebut
"Sah!" Kata orang ramai
"Ok sekarang bolehlah pergi ke sesi pembatalan air wudhu," kata tok kadi tersebut dan mengarah Zafran untuk bergerak pergi ke Kejora
"Assalamualaikum bidadari abang..." Zafran memberi salam kepada Kejora
"Waalaikumussalam syurga saya..." Kejora menjawab salam yang diberi
"Dah sedia nak menempuhi segala perkara dengan abang?" Tanya Zafran
"Dengan izin Allah, Kejora bersedia," jawab Kejora


Kejora terbangun dari tidurnya apabila terdengar akan ketukan pintu biliknya
"Huh? Astagfirullahaladzim, apa yang kau mimpi ni Kejora? Haishhh," kata kejora seorang diri dan terdengar sekali lagi pintu biliknya diketuk
"Ye kejap!" Kata Kejora dan terus menyarungkan tudungnya dikepala.
Lalu Kejora pun pergilah ke pintu biliknya dan membukanya. Dia terkejut kerana yang mengetuk pintu biliknya itu ialah Zafran.
"Nak apa? Nadim takde," kata Kejora
"Tak, ni Nadim suruh aku ajak kau makan dekat restaurant terdekat sebab dia kata kau tak makan dari pagi tadi, betul ke?" Kata Zafran
"Kalau betul sekalipun kenapa?" Tanya Kejora.
"Kau tu kena jaga kesihatan, jangan sakit sakit, dah jom turun pergi makan," kata Zafran
"Japlah, aku nak tukar baju, tak lawa," kata Kejora
"Bagi aku dah lawa, dahlah jom jelah pergi makan je pun," kata Zafran
"Haihh yelah yelah," kata Kejora dan mengikuti langkah Zafran memasuki ke dalam lif.

Ketika mereka sedang menjamah makanan di restaurant, Zafran melihat susuk tubuh wanita yang amat dia kenali iaitu bekas kekasihnya yang haritu dia temui di kampung halaman Kejora. Tyara Wilani
Zafran terus memalingkan mukanya dari melihat Tyara agar dia tidak diketahui oleh perempuan tersebut.

"Kejora..." Bisik Zafran memanggil Kejora
"Apa?" Tanya Kejora
"Tu tu," kata Zafran lalu menunjuk ke arah Tyara. Kejora pun memandang ke arah yang ditunjukkan tersebut
"So what?" Tanya Kejora
"Please?" Rayu Zafran
"Takde takde, pandai pandai kau lah," kata kejora
"Kalau kau jadi aku punya fake girlfriend for second time, aku bayar semua ni, aku belanja kau ice cream nak?" Kata Zafran
"Wah! Boleh boleh, janji eh bayar semua lepastu belikan ice cream?" Tanya Kejora untuk kepastian
"Ye betul, aku belikan dengan bayarkan," jawab Zafran
"Okay," kata Kejora ringkas. Lalu Zafran menarik kerusi Kejora untuk mendekati dirinya
"Sat still." Kata Zafran tegas kepada Kejora
Kejora hanya mengangguk dan sambung makan makanannya




"Zafrannnn, oh gosh we meet again!!" Teriak Tyara pabila melihat Zafran
"Eh, diam boleh tak? Bising kau tahu tak?" Kata Zafran dengan nada menyampah
"Mana boleh! I jumpa my future husband kott mana boleh tak bising!" Jawab Tyara
"Asal kau yakin sangat aku bakal laki kau huh? Tak tahu malu betul, ni ha sebelah aku ni tunang aku, ada hati lagi nak cakap aku bakal suami kau? Huh jangan mimpi," kata Zafran sambil menyuap makanannya kepada Kejora
"Ugh, i will make sure you will be mine again!" Kata Tyara dengan nada yang sedikit tinggi
"Try it," kata Zafran lalu menyuap makanannya ke mulut sendiri. Kejora sedikit terkejut apabila dia melihat Zafran makan makanannya menggunakan sudu yang dia suapkan untuk dirinya sebentar tadi. Tetapi Kejora hanya buat buat tak tahu
"Baik kau baliklah, aku tengok muka kau je dah menyampah," kata Zafran
"Sampai hati you halau i Zafran?" Kata Tyara
"Aku dengan kau dah takde apa apa. So please sedar diri, jangan dok sibuk tergedik gedik dengan aku," kata Zafran
"Fine!" Jawab Tyara lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Automatik Kejora menjauhkan dirinya dari Zafran dan berkata
"Tukarlah sudu tu, kau dah guna untuk suapkan aku," kata Kejora
"Apa salahnya rasa bakal isteri sendiri," jawab Zafran
"Ugh, siapa nak jadi bakal isteri kau?" Kata Kejora
"Kaulah siapa lagi, takkan minah tadi tu pulak," jawab Zafran
"Ew tolonglah," kata Kejora lalu menjulingkan matanya ke atas

"Comelnya..." Monolog Zafran sendiri di dalam hati pabila dia melihat tingkah laku Kejora yang comel bagi dia dan terus sambung makan makanannya menggunakan sudu yang dia gunakan untuk menyuap kejora sebentar tadi.

Tbc.

Cinta Yang Tak Direstui Where stories live. Discover now