Bab:25

25 11 0
                                    

"Kanser otak? Stage 2? Macam mana boleh jadi macam tu doktor?" Tanya Nadim
"Kanser otak merupakan ketumbuhan sel kanser yang tidak normal atau tumor pada otak. Terdapat dua jenis kanser ini iaitu: Kanser primari, ia jarang berlaku dan bermula dari otak. Kanser sekunder, juga dipanggil metastatik yang bermula pada bahagian badan yang lain dan merebak ke otak serta selalu berlaku," jawab Doktor tersebut
"Simptom kanser otak ialah Sakit kepala di waktu pagi.
Loya dan muntah.
Perubahan pada keupayaan untuk bercakap, mendengar atau melihat.
Masalah dengan keseimbangan atau berjalan.
Masalah dengan memori atau berfikir.
Rasa letih dan mengantuk.
Perubahan pada mood atau tingkah laku," sambung doktor itu lagi
"Cik Kejora ada mengalami simptom simptom tersebut ke?" Tanya doktor perempuan tersebut atau dikenali sebagai doktor Fina
"Haritu, masa dekat rumah, dia ada jugaklah muntah muntah lepastu dia selalu juga lupa bila orang tanya dia baru je tadi orang tanya dia dah lupa dah, sebab sebelum ni pun dia ada kemalangan juga, dan mengakibatkan ada banyak darah di otak dia, pendarahan di otak lah kiranya," jawab Nadim
"Oh kalau macam tu, mungkin akibat dari kemalangan tersebut menyebabkan cik Kejora ni mengalami kanser otak, tapi encik Nadim jangan risau, jika dikawal dari sekarang atau dipantau dari sekarang kemungkinan besar cik Kejora akan sembuh seperti sediakala," jelas doktor Fina tersebut
"Berapa lama tempoh nak sembuh tu doktor?" Tanya Nadim
"Tak mengambil jangka masa yang lama JIKA cik Kejora makan ubat, tolong ya beri dia makan ubat dan selalu check up dekat hospital ya?" kata doktor Fina tersebut
"Baik doktor, bila ye dia boleh keluar?" Tanya Nadim
"Ni dia dah boleh keluar lah ni, lepas je bagi makan ubat boleh dah dia keluar," jawab Doktor Fina
"Dan lagi satu, ada satu tumor yang tumbuh dekat otak dia, tolong hati hati ya? Jika semakin teruk simptom simptomnya tolong segera bawa ke hospital untuk rawatan lanjut," sambung doktor Fina
"Baik doktor... Terima kasih, saya pergi dulu," kata Nadim dan beransur keluar dari bilik doktor tersebut


"Kejora... Sampai hati tak bagitau aku yang kau sakit..." Kata Nadim sambil mengusap kepala Kejora yang sedang tidur akibat suntikan bius
"Apa aku nak cakap dengan ibu nanti?" Tanya Nadim lebih kepada diri sendiri
"Kenapa benda penting macam ni kau tak bagitau aku Kejora? Kenapa Kejora?" Kata Nadim dan sedikit demi sedikit air matanya gugur
"Cepat sembuh Kejora..." Kata Nadim lalu keluar dari wad tersebut dan pergi ke kafeteria untuk makan

Selepas sahaja Kejora sedar dari tidur, Kejora melihat sekeliling kawasan yang dia berbaring tersebut dan berkata
"Aku kat hospital ke? Mana Nadim..." Tanya Kejora seorang diri
"Ha aku kat sini, ni ha aku belikan makanan untuk kau, kau makanlah dulu sebelum balik, nanti kau masuk angin pulak," kata Nadim lalu memberikan Kejora roti sandwich
"Ini untuk sementara, nanti berhenti dekat rnr kita makanlah nasi ke apa," sambung Nadim
"Oh okay... Thanks belikan," kata kejora sambil tersenyum
"Ha nanti kau bayar balik, kau tak bayar siap kau," kata Nadim mengusik
Terus mati senyuman Kejora
"Kau ni, berkira betul, sandwich je pun bukannya kau belikan aku chicken chop ke lamb chop ke apa itupun nak berkira," kata Kejora sambil menjeling Nadim
"Aduh kau ni, request yang macam macam pulak, kau tu sakit buatlah cara sakit. Mulut kau tu becok betul," kata Nadim sambil membukakan bungkusan sandwich untuk Kejora
"Eleh, aku sakit sakit pun still boleh bercakap, bukan bisu pun. Yang sakit dekat tempat lain, mulut aku ni ok aje," jawab Kejora sambil mengambil sandwich yang baru sahaja Nadim bukakan bungkusannya
"Eh dah dah kau makan sekarang," kata Nadim
"Yelah yelah," jawab Kejora

"Dah jom," kata Nadim dan bersiap sedia untuk memasuki kereta
"Alah tapi... Aku tak puas nak jalan jalan lagi... Jom lah jalan jalan sebelum balik rumah," pinta Kejora separuh merayu
"Kau tahu tak yang kau sakit sekarang ni? Kalau jadi lagi macam mana?" Tanya Nadim
"Aduh, bolehlah. Please...?" Rayu Kejora
"Haih, yelah yelah. Nak pergi mana?" Tanya Nadim
"Pergi mall jom? Beli oleh-oleh untuk mak boleh?" Tanya Kejora
"Yelah yelah jom," kata Nadim dan terus memasuki kereta diikuti oleh Kejora dan bergerak ke mall terdekat


"Kejora, kau nampak tak apa yang aku nampak?" Tanya Nadim ketika melihat Zafran bersama Wardiyah
"Nampak apa?" Tanya Kejora
"Tu kat sana tu dua orang tu laki perempuan," jawab Nadim
"Ha?" Kata Kejora terus melilau mencari sumber yang dituju oleh Nadim tadi
"Oh..." Kejora terdiam ketika melihat dua susuk tubuh tersebut
"Aduh Nadim, aku jealous lahhh," kata Kejora sambil berselindung di belakang Nadim
"Aik? Jealous ek? Haa baru kau tahu apa yang Zafran rasa," kata Nadim
"Ish kau sendiri tahu kan yang aku tak tahu nak luah perasaan aku ni macam mana," kata kejora
"Lain kali, kau kena belajar dengan aku supaya boleh meluahkan perasaan kau tu," kata Nadim lalu menjentik dahi Kejora
"Aduh kau ni, sikit sikit jentik sikit sikit cubit. Tak tahu sakit ke?" Tanya Kejora tanpa mereka sedari Zafran dan Wardiyah menghampiri mereka berdua

"Eh korang berdua? Ada lagi kat sini?" Tanya Zafran
"Oh ha ada je kat sini, si Kejora ni ha nak beli oleh oleh sebelum balik," jawab Nadim
"Oh. Tapi jap, boleh tak aku nak cakap sesuatu dengan Kejora?" Tanya Zafran meminta izin kepada Nadim
"Ha bolehlah. Kau Kejora, pergilah ikut Zafran tu. Apa tah dia nak tanya kau," suruh Nadim kepada Kejora
"O-oh yelah..." Kata Kejora dan mengikuti Zafran

"Kau nak cakap apa?" Tanya Kejora
"Boleh tak esok aku datang rumah kau lepastu aku ajak kau date?" Tanya Zafran

Tbc.

Cinta Yang Tak Direstui Where stories live. Discover now