Bab:31

14 9 0
                                    

"Zafran setuju nak kembali dengan Wardiyah." Kata Zafran kepada puan Fadilah
"Dah setuju dah? Alhamdulillah, tak payahlah ibu susah susah nak convince kamu dah," ucap puan Fadilah dengan nada gembira dan tersenyum bahagia.
"Okay, bila nak letak tarikh?" Tanya puan Fadilah
"Jangan letak cepat sangat, Zafran banyak lagi benda nak kena settle kan ni," jawab Zafran
"Bulan depan boleh?" Tanya puan Fadilah
"Boleh," jawab Zafran
"Tapi tak perlulah kot bertunang kan? Lagipun kamu berdua dah pernah bertunang dah kan? Jadinya nikah ajelah terus ya?" Tanya puan Fadilah
"Boleh, kali ni Zafran bagi ibu uruskan semua, dari segi tarikh, baju apa semua, Zafran bagi kat ibu," kata Zafran
"Kalau macam tu, senang aje, ibu dah sediakan semua dah. Sebab ibu yakin yang kamu sendiri tak nak dengan perempuan tak guna tu kan? Jadinya ibu dah buat persediaan awal," kata puan Fadilah
"...baik ibu," jawab Zafran
"Sekarang, kamu pergilah keluar dengan Wardiyah tu, dia dah lama tertunggu-tunggu kamu datang," kata puan Fadilah
"Yelah ibu, Zafran pergi bawak dia jalan jalan," kata Zafran lalu bergerak keluar dari rumah





"Kejora! Ni Dayzen datang ni!" Jerit puan Rosmah di ruang tamu memanggil Kejora
"Ye ibu! Kejap, Kejora datang!" Kata Kejora lalu bergegas ke ruang tamu
"Ha kamu berdua duduklah dulu, ibu nak buat air kejap," kata puan Rosmah dan berlalu pergi ke dapur.
"Ada apa kau datang ni?" Tanya Kejora sebaik sahaja mereka duduk di sofa
"Aku datang nak bagitahu pasal Zafran." Jawab Dayzen
"Pasal apa?" Tanya Kejora
"Bulan depan dia nikah dengan Wardiyah," jawab Dayzen
Kejora terkejut lalu terdiam.


"Cepat betul ya dia lupakan aku?" Tanya Kejora
"Padahal dia tak tahu kebenarannya lagi," sambung Kejora
"Kebenaran apa?" Tanya Dayzen.
"Bukan aku yang bunuh bapak dia," jawab Kejora. Kalini Dayzen pula yang terkejut
"Ha? Bukan kau?! Habis siaoa?!" Tanya Dayzen tidak percaya
"Masa tu, aku mana ada dekat Malaysia. Kan aku sambung belajar dekat United state bidang business. Jadinya syarikat dekat sini arwah ayah aku yang jaga, aku tak tahu apa apa. Tiba tiba je dia fitnah aku tanpa soal selidik, sebab dia fikir syarikat aku yang jatuhkan syarikat dia! Tapi hakikatnya tak! Bukan syarikat aku! Ataupun syarikat arwah ayah aku! Aku tak tahu syarikat siapa, yang penting bukan syarikat aku! Dan yang penting bukan diri aku yang upah orang tentang kematian arwah bapak dia!" Jelas Kejora dengan panjang lebar
Dayzen terdiam dan sedang mencerna apa yang baru sahaja Kejora katakan.
"Jadinya... Kau kena fitnah...? Kenapa kau tak terus terang je yang bukan kau yang bunuh bapak dia?" Tanya Dayzen
"Kau fikir dia akan percaya? Aku takde bukti," jawab Kejora
"Dia ada bukti ke yang bunuh bapak kau tu orang upahan kau?" Tanya Dayzen
"Orang upahan tu sendiri yang mengaku aku ownernya. Walaupun beribu kali aku dah menafikan tapi apa nak kata, dia tak percaya," jawab Kejora
"Nampak sangat semua ni dah dirancang oleh seseorang," kata Dayzen
"Aku dah malas nak fikir, apa nak jadi, jadilah. Aku dah tak peduli," kata Kejora dengan nada yang serius.
"Mana boleh! Engkau kena tegakkan keadilan! Takkan nak beri kemenangan untuk sebelah pihak je? Kena adil! Kalau tak, lama lama nanti lelaki tu akan buat maruah kau jatuh! Dan tak akan sesiapa lagi akan percayakan kau," kata Dayzen
"Aku penat. Aku dah tak larat. Apa nak jadi, jadilah. Lagipun, maruah aku memang dah jatuh lama dah, semenjak arwah ayah aku meninggal, syarikat aku muflis lepastu jatuh dekat tangan orang lain," Balas Kejora
"Jadi? Kau tunggu apa?" Tanya Dayzen
"Aku tunggu dia tahu kebenarannya dari mulut orang yang dia percayai. Mungkin masa tu aku dah tak ada? Mungkin," jawab Kejora
"Tak ada? Kau pergi mana?" Tanya Dayzen
"Aku akan pergi jauh, jauh sejauh mungkin. Biarlah orang nak kata aku ni pengecut ke apa, aku dah penat," jawab Kejora
"Kau tak boleh lari dari masalah kau, Kejora. Kau kena hadapinya juga," kata Dayzen
"Aku tahu, sebab tu aku perlukan masa, aku perlu larikan diri untuk sementara, tak kisahlah dekat mana mana pun asalkan bukan sini," jawab Kejora
"Aku harap kau sabarlah ye Kejora?" Kata Dayzen
"Terima kasih..." Balas Kejora



Tbc.

Cinta Yang Tak Direstui Where stories live. Discover now