"Oi pengantin baru! Segak bergaya nampak?" Kata Quaisy pabila dia melihat Zafran yang sedang menyambut tetamu di majlisnya itu
"Eleh kau. Asal kau datang lambat? Majlis dah start 2 jam yang lepas dah. Sampai aku sendiri pergi sambut tetamu kau tak datang datang lagi," Tanya Zafran
"Ohh aku lambat sebab tadi aku pergi hantar Zaisyana balik rumah, dia tak sihat lah pulak sebab tu aku hantar dia balik dulu baru aku datang sini," jawab Quaisy
"Ohh macam tu... Eh kejap kau nampak tak siapa yang aku nampak?" Tanya Zafran
"Nampak apa?" Tanya Quaisy
Lalu Zafran pun memusingkan badan Quaisy menghadap susuk tubuh wanita yang amat dia kenali
"Weh! Kejora weh," kata Quaisy
"Dia buat apa dekat sini?" Tanya Zafran
"Manalah aku tahu, cuba kau tanya dia," suruh Quaisy
"Kau gila? Kalau Wardiyah tu nampak macam mana? Tak pasal pasal dia bagitahu ibu aku. Kau jelah yang pergi," kata Zafran
"Kau lah yang pergi! Aku pulak yang kena, bukan aku yang buat salah dekat dia pun, kau tu ha yang kena minta maaf dekat dia," jawab Quaisy
"Aku malulah," kata Zafran
"Masa kau fitnah dia 15 tahun yang lepas tu tak fikir malu ke tidak, sekarang baru nak malu pahal?" Kata Quaisy
"Sebab aku salah lah aku malu nak pergi jumpa dia minta maaf," jawab Zafran
"Eh dia dah nak balik dah, aduh kau ni Zafran lambat sangatlah," kata QuaisySelepas sahaja Kejora memberikan hadiah kepada puan Fadilah untuk diberikan kepada pasangan pengantin baru itu dia terus berlalu pergi meninggalkan majlis tersebut. Kerana dia perlu pergi ke lapangan terbang untuk menerbangkan dirinya ke luar negara.
Lalu Zafran pun bergerak pergi ke ibunya pabila melihat Kejora memberi sekotak hadiah kepada ibunya dan berlalu pergi
"Ibu? Tadi tu Kejora kan? Eh kenapa ibu... Nangis...?" Tanya Zafran apabila melihat ibunya menangis teresak esak
"Kita ni memang dari dulu jahat kan Zafran? Orang yang tak bersalah pun jadi bersalah... Dihurung rasa bersalah selama lima belas tahun... Kita berdosa, Zafran... Kita punca sebenar. Kita punca sebenar arwah ayah dia meninggal..." Kata puan Fadilah sambil menangis tersedu sedu
"Apa...? Ibu dah tahu...?" Tanya Zafran
"Kejora bagitahu tadi. Kamu pun dah tahu kan? Kenapa tak bagitahu ibu? Kenapa? Kenapa Zafran!" Tanya puan Fadilah
"Tak ada masa yang tepat," jawab Zafran
"Tak ada masa yang tepat? Bukan kamu yang tak ada masa yang tepat. Kamu sendiri yang tak nak percaya benda ni! Kamu menidakkan takdir! Kejamnya kamu, Zafran..." Kata puan Fadilah sambil menangis teresak esak. Quaisy terus menghampiri mereka berdua
"Kenapa ni?" Tanya Quaisy
"Kamu... Quaisy... Kamu pun dah tahu perkara sebenar kan? Kenapa kamu tak bagitahu terus kepada makcik? Kesian Kejora! Patutnya kita kena bertanggungjawab! Tapi kita dah terlambat...." Kata puan Fadilah sambil tertunduk bersalah
"Zafran minta maaf ibu... Zafran bersalah..." Kata Zafran lalu berlutut di depan ibunya
"Kejora... Pergi kejar Kejora... Minta maaf..." Kata puan Fadilah lemah
Zafran hanya mengangguk dan terus mengambil kunci keretanya dan diikuti oleh QuaisyWardiyah yang melihat kejadian itu terus menghampiri Puan Fadilah
"Kenapa ni ibu? Apa yang jadi?" Tanya Wardiyah
"Kenapa kau tipu aku? Kau sendiri yang rancang semua ni kan? Kenapa? Kenapa?!" Tanya puan Fadilah
"Apa yang... Wardiyah buat?" Tanya Wardiyah pura pura tidak tahu15 tahun yang lalu
"Dayzen, kau mabuk ni... Janganlah bawak kereta..." Kata Wardiyah kepada Dayzen yang terlihat mabuk berat
"Ugh.. tak apa.. aku boleh drive lagi ni.." kata Dayzen
"Aku rasa menyesal pulak bagi kau minum banyak banyak, tak pasal pasal kau mabuk berat," kata Wardiyah
lalu Dayzen membawa keretanya itu dan Wardiyah yang sedang berada di sebelahnya. entah bagaimana Lamborghini Veneno nya itu hilang kawalan dan merempuh kereta ferrari V8 yang sedang memandu di sebelah kereta mereka. Kereta itu hancur remuk kerana had laju yang dibawa oleh Dayzen itu sangatlah tinggi dan mereka terbabas memasuki sungai. Tetapi mereka beruntung kerana diberi peluang kedua untuk hidup."Kau tak payah nak pura pura lah! Aku dah tahu semuanya! Kau larikan diri kan? Kau tak nak bertanggungjawab kan? Memang. Memang masa tu kau terlepas. Tapi tidak untuk kalini," kata puan Fadilah lalu memegang kedua-dua belah tangan Wardiyah dan mengikat tangannya dengan tali yang berada disitu dan menyuruh orang ramai untuk memanggil polis.
"Argh! Hancur!" Jerit Wardiyah ketika polis sudah pun sampai dan membawanya ke balai"Assalamualaikum... Makcik!" Zafran memberi salam apabila mereka berdua sampai di rumah puan Rosmah
"Waalaikumussalam... Eh Zafran? Buat apa datang sini? Bukan harini kamu punya majlis ke?" Tanya puan Rosmah apabila melihat Zafran yang sedang berada di hadapan rumahnya berbaju melayu
"Saya nak jumpa Kejora... Saya nak minta maaf... Boleh saya jumpa dia?" Tanya Zafran
"Dia... Tak ada," jawab puan Rosmah
"Dia pergi mana makcik?" Tanya Zafran
"Lapangan terbang... Dia dah nak bertolak ke luar negara.." jawab Puan Rosmah"Apa?!" Kata Zafran terkejut
Tbc.
YOU ARE READING
Cinta Yang Tak Direstui
Romance'jika kehilangan diriku adalah kebahagiaan buatmu aku rela pergi' "Tak sangka kan? Orang yang kita cintakan selama ni lah orang yang bunuh kita dalam diam." "Takdir yang membawa kita kesini dan hari ini kita berada disini." Kejora Cendana yang seday...