"FAMILY DINNER? Kau yakin nak pergi?" Soal Hans tenang seraya memandang wajah Amanda. Berada didalam satu ruang yang sangat Amanda benci. Amanda cukup bersedia kah untuk itu?
Amanda anggukkan kepala. "Ini peluang Amanda untuk jumpa dengan Megat Darrius," balas Amanda juga dalam nada yang sama.
"Kalau kau dah cakap macam tu..." bicara Hans terhenti. Mata yang tadi hanya memandang Macbook diangkat kearah Amanda yang sedang mengunyah anggur sambil sebelah tangan menggesek-gesek skrin Ipadnya.
Terasa diri diperhatikan, Amanda memandang kearah Hans. Kening dijungkitkan pada lelaki itu tanda menyaoal.
"Aku harap kau happy dengan apa je yang kau buat sekarang. Kalau semua ni mengingatkan kau pada kematian mama dan buat kau sakit, kau tak perlu teruskan... biar aku yang tolong kau," ujar Hans buat keseribu kalinya.
Dia boleh balas dendam bagi pihak Amanda, mungkin cara mereka untuk balas dendam itu tak sama tapi dia tetap akan buat keluarga itu bayar balik derita Amanda Vierra dengan cara Hans Iskandar.
"Terima kasih, Hans tapi Amanda okay. Terima kasih sebab selalu buat yang terbaik untuk Amanda... abang Hans..."
Amanda tertawa kecil bila wajah Hans mula berubah bila dia panggil lelaki itu dengan gelaran 'abang'.
Hans memang pantang Amanda panggil dia dengan panggilan abang. Amanda masih ingat kali terakhir dia memanggil Hans dengan gelaran itu lebih 9 tahun sewaktu Amanda baru beberapa harintinggal sebumbung dengan Hans.
Terus diugut untuk tinggalkan Amanda bawah jambatan. Katanya, nama dia- Hans Iskandar terlalu kacak untuk orang panggil dia dengan gelaran lain. Lagi-lagi abang. Huh, pantang betul dia.
Amanda gelengkan kepala dan tumpuan kembali pada Ipad di atas riba. Amanda kembali menyelak laman Instagramnya. Ternyata memang betul sudah tiada langsung kontroversi yang melibatkan dia, Megat Daniel dan Emylia Rose. Komen-komen di gambar yang dia pernah hantar pun tak ada komen baru ditinggalkan berkaitan dengan hal itu. Apalah agaknya Megat Daniel dan Hans Iskandar dah buat?
Amanda keluar dari profil sendiri ke bahagian dm... mesej yang beratus tak pernah dibuka dipandang sepi sebelum dia buka ke halaman lain pula. Bobby dah pesan, kalau tak nak dapat tekanan perasaan jangan buka DM dulu dan dia sebagai anak ikan Bobby, dia kena akur.
Tiba-tiba, jari Amanda berhenti dari menyelak. Di laman explore kini terpampang wajah Emylia Rose yang dia post di lamannya sendiri hampir 8 bulan lalu. Gambar wanita itu berpelukan dengan Megat Daniel. Mereka tampak mesra.
Kepsyen dibaca... happy anniversary for us baby! ❤️ many more years to cherish with you
Macam mana hantaran semacam ini boleh lalu di laman Instagram dia? 8 bulan lalu pula tu. Kalau iya pun pergi lah ke profil orang lain. Amanda tekan 'view all 1,059 comments' di hantaran itu dan matanya rawak membaca beberapa komen yang rata-rata mengidolakan hubungan cinta mereka.
Ada yang mahu pasangan sehebat Megat Daniel.
Ada yang cemburu kedua-dua mereka yang sempurna bergandingan. Dunia tak adil katanya. Huh, kalaulah manusia itu tahu betapa tak adilnya dunia lebih dari hubungan cinta pasangan sempurna ini.
Ada yang mendoakan kepanjangan jodoh mereka.
Dan ada juga yang komen meluat dengan ugutan yang berbunyi... Expose bahagia bukan main tahu-tahu break sebab orang ketiga lol 😂
Tawaan dihujung ayat itu... tawaan itu buat bibir Amanda terlorek senyum. Lama kelamaan senyuman bertukar tawa kecil.
Masin mulut pemilik Instagram bernama @neelofaceluptepung itu... tapi Amanda tak dikategorikan sebagai orang ketika. Dia kan hadir lepas aje Megat Daniel sah berpisah dengan Emylia Rose kan? Hurm.
Apa agaknya perasaan Emylia Rose kan? Amanda cebikkan bibir. Dia bersimpati dengan perpisahan tak rela Enylia Rose dan Megat Daniel lagi-lagi lepas post terbaru Emylia Rose yang berkepsyenkan 'meant to be' baru-baru ini. Nampaknya hubungan mereka adalah not meant to be.
Bukan niat Amanda nak rosakkan hubungan cinta orang. Siapa tahu Emylia Rose memang benar-benar jodoh Megat Daniel tapi ini peluang emas buat Amanda. Dia tak terlalu baik untuk undurkan diri dari rancangan sendiri hanya kerana nak hubungan dua manusia itu berhasil ke jinjang pelamin.
No! No!
Wajah Megat Daniel muncul dalam mindanya. Senyuman sinis yang entah dari mana datang mula memudar bila dia teringatkan memori Daniel bawa dia ke pulau yang jauh dari realiti.
Realiti kita...
Semalaman bersama dengan Megat Daniel. Amanda langsung tak jangka dia akan rasa apa yang dia rasa waktu itu bila bersama Megat Daniel. Dia rasa aman seperti dendam yang selama ini hidup dalam diri hilang disebalik kabus. Ada tetapi ditutupi.
Dia rasa tak mahu pulang ke realiti. Walaupun malam itu tak ada apa yang istimewa...
ada... galeri berdindingkan buluh itu...
Ianya adalah hal yang paling istimewa. Amanda tak akan lupa tempat paling indah itu walaupun dia tahu itu adalah kali pertama dan terakhir dia ke sana.
Dan selain itu, tiada yang lebih istimewa. Mereka hanya duduk dan luahkan apa sahaja yang bermain di fikiran. Daniel banyak mendengar sementara dia banyak berbicara.
Bila luahan lelahnya didengari dengan ikhlas, Amanda rasa setiap satu momen itu bermakna. Amanda tahu malam itu dia dah khianati dendamnya sendiri... dia juga dah pesan banyak kali sepanjang malam itu tapi hatinya memaksa untuk nikmati perasaan itu.
Hanya malam itu.
Luar dari realiti mereka.
Amanda bukan jenis yang suka meluahkan perasaan. Tak kisahlah pada Hans, Jenny mahupun kawan baiknya, Gina... tapi Daniel terasa berbeza. Bersama lelaki itu Amanda rasa mahu lepaskan semuanya.
Tapi cukup hanya malam itu... kini mereka sudah kembali ke realiti. Amanda tak akan leka dengan perasaan yang dia rasa dalam hanya satu malam.
Mata yang tadi ke arah dinding kembali diturunkan ke Ipad. Nama instagram Emylia Rose ditekan dan lama wanita itu terpapar di dada Ipadnya. Ada hantaran terbaru dia Emylia Rose kurang 24 jam yang lalu. Amanda tekan gambar itu, ruangan komen ditutup.
Tulip merah dan mawar hitam.
Huh...
Ada sebab kenapa Amanda sangat bencikan bunga. Baginya, bunga yang cantik itu semuanya memendam pengkhianatan.
Tahukah mawar merah yang melambangkan cinta dan romantis itu juga melekat seribu keburukan pada dirinya yang sering dibenci kerana sentiasa menjadi keutamaan? Ia juga dibawa ke permakaman dengan simbol kesedihan dan kehilangan.
Lily of the valley- bunga yang manis untuk dicium wangiannya namun tahukah ia adalah bunga yang sangat beracun dan juga membawa makna kematian dan rasa sakit?
Dan nak tahu apa pula makna tulip merah dan mawar hitam selain kecantikannya yang tampak sangat eksklusif?
Tulip merah melambangkan kemarahan dan bahaya sementara mawar hitam adalah bunga yang sangat sinonim dengan dendam dan kebencian yang tersembunyi.
Hmm... dendam dan kebencian yang tersembunyi.
Amanda amati mawar hitam itu didalam gambar itu. Mulai hari ini, mawar hitam adalah bunga kegemaran Amanda. Dendam dan kebencian yang tersembunyi.
Tapi... apa pula maksud dua bunga itu pada Emylia Rose? Adakah dia juga maksudkan yang sama? Amarah, dendam dan benci yang tersembunyi.
Bzzz...
Telefon yang berada di sisi pehanya dipandang. Megat Daniel, nama yang tertera di skrin. Amanda pejamkan mata sekilas sebelum tangannya menjawab panggilan.
"Hello handsome!"
"Hello, beautiful... You tengah buat apa tu?" Soal lelaki itu di hujung talian.
"Tak buat apa pun, you pula?"
"I baru habis meeting. Nak ikut I cari hadiah mama?"
tbc
Mawar hitam atau tulip merah?
Love, Rose
![](https://img.wattpad.com/cover/139119763-288-k81101.jpg)
YOU ARE READING
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...