BAB 11

719 54 10
                                    

HUMRA yang sibuk mengemas ruang tamu terus berhenti apabila mendengar bunyi deringan telefon miliknya yang berada di atas meja ruang tamu. Tangan laju mencapai telefon yang masih rancak berbunyi. Bercanrum keningnya apabila melihat nama si pemanggil yang menelefonnya.

Orang kacak

Orang kacak? Elhan? Mimpi apa lelaki itu menelefonnya dengan agak tiba-tiba. Biasanya lelaki itu jarang menelefonnya. Mereka hanya berhubung menggunakan WhatsApp saja. Tapi entah apa mimpi lelaki itu menelefonnya. Walaupun hairan, tetap saja di menjawab panggilan dari Elhan. Telefon di tekap di cuping telinga.

"Mawar! Kau tengah buat apa tu?" Sergah Elhan sebaik saja panggilan mereka bersambung.

"Waalaikumussalam Han. Baiknya awak bagi salam dulu." Sindir Humra sedas. Tiada salam terus sergah.

Elhan berdehem sebaik saja di sindir Humra. "Assalamualaikum." Elhan memberi salam setelah di sindir Humra.

"Waalaikumussalam. Ha kenapa call saya dengan tiba-tiba ni? Dah tak lama lagi ke hidup? Berapa kali jumaat lagi tinggal ni?" soal Humra dengan nada mengusik.

"Eh kau ni! Puakanya mulut kau." Rungut Elhan.

Humra ketawa apabila di gelar lelaki itu mulut puaka. Lama pula tak dengar lelaki itu merungut dekat dia.

"Dahlah tak payah gelak. Aku nak cakap sesuatu ni," gesa Elhan.

Mendengarkan kata-kata Elhan terus Humra berhenti ketawa. Dia berdehem sedikit sebelum berkata sesuatu. "Nak cakap apa?" soal Humra. Dia melabuhkan di atas sofa yang berada di belakangnya.

"Malam ni kau teman aku eh? Teman aku pergi event kawan aku dekat Hotel Magenta. Kau jadi pasangan aku malam nanti. Boleh tak?"

Humra garu kepalanya yang tidak gatal. Serba salah pula dengan ajakkan Elhan. Boleh je dia setuju dengan ajakkan Elhan tetapi dia perlu ada dengan mamanya setiap masa. Kalau dia setuju siapa nak jaga mama? Kalau dia tak setuju kesian pula Elhan. Satu keluhan terbit dari mulutnya. Masih di dalam delima.

"Kenapa saya? Awak carilah orang lain jadi pasangan awak."

Elhan pula mengeluh. "Aku tak nak orang lain jadi pasangan aku. Aku nak kau juga jadi pasangan aku. Bolehlah Mawar, teman aku sekejap je malam nanti." Elhan mula merayu. Berharap gadis itu setuju.

"Tapi..."

"Mesti kau risau tentang mama kau kan?" Cantas Elhan laju tanpa menunggu Humra menghabiskan ayatnya.

"Ya, kalau saya setuju siapa nak teman mama saya dekat rumah. Awak pun tahukan kesihatan mama macam mana kan?"

"Tahu, pasal tu kau jangan risau. Aku dah bagitahu dekat mama aku pasal hal ni. Mama aku dengan senang hati nak teman mama kau dekat sana. Mama aku sendiri yang pelawa nak teman mama kau dekat sana," ujar Elhan panjang lebar.

"Tapi saya tak nak susahkan mama awak untuk jaga mama saya."

"Taklah, mama aku kata tak menyusahkan pun. Dia lagi suka sebab ada orang tempat dia berborak. Tolonglah Mawar, teman aku sekejap je. Aku janji tak lama mana pun," rayu Elhan lagi.

Humra gigit bibir sedikit. Lama dia mendiamkan diri. Masih memikir sama ada mahu merima ajakkan Elhan ataupun tidak.

"Mawar," seru Elhan lembut.

Humra pejam mata sekejap lalu di buka semula. "Saya kena minta izin dekat mama saya dulu. Kalau dia izinkan saya pergi, saya akan teman awak." Putus Humra.

"Baiklah, tapi aku yakin yang mama kau akan setuju."

"Wow yakinnya kamu." Humra menjuih bibir.

"Of course yakin, orang kacakkan."

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now