Baldi dah, iron dah, kasut dah, baju kurung dah, apa lagi barang yang aku perlu bawa eh? Maklumlah aku ni jenis orang yang semua kena ada, sebab aku ni tak suka kongsi barang dengan orang. Kalau boleh aku nak angkat rumah ni sekali, biar mak ngan abah duduk sama ngan aku. HAHAHAHA.
" Dhia! Cepat sikit nanti lambat!" Jerit mak dari bawah.
" Iya,iya! Dah ni!" Mak ni kan, tak sabar langsung, benda boleh daftar sampai petang nanti.
Aku nak jadi hulk jap, nak angkat barang-barang ni turun, kang mak membebel je nanti, kata lambat lah, tak sempat lah. Nasib aku sayang mak aku sorang ni.
Lepas tiga kali turun naik tangga dan abah pula tolong letak barang kat bonet, kami pun bergerak untuk pergi ke Universiti Teknologi MARA. Habis je SPM dulu, kira-kira banyaklah Universiti yang ku mohon, last-last dapat ini. Nak kata aku ni pandai, takdelah pandai sangat, hangat-hangat taik ayam je. Apa-apa pun aku bersyukur juga dapat belajar dekat Universiti ni, semester lepas dapat dean list lagi, bangga sikit aku, sekarang aku dah jadi senior dah, semester dua.
Lepas tiga jam kereta abah menyusuri jalan raya, akhirnya kami pun sampai juga. Aku keluar dari kereta, "Mak, abah, tunggu sini jap, Dhia nak pegi daftar sana jap." Aku pun terus melangkah kaki ku yang panjang ini ke arah dewan yang dipenuhi oleh lautan manusia. Biasalah budak semester satu daftar dengan mak ayah diaorang. Teringat dulu masa first daftar aku tak tau apa-apa, aku sesat tak tau bilik ku kat mana. Duhal aku salah block, aku masuk kolej lelaki. Mantap.
" Selamat pagi, nak daftar untuk bilik ni." Aku menyerahkan kertas booking untuk nombor bilik ku yang telah aku print semalam kepada pekerja yang berada di kaunter pejabat kolej. Pekerja itu mengambil kertas tersebut dan mengecopnya untuk menadakan bahawa aku telah mendaftar.
Dia menyerahkan kepada aku kunci bilik. "Okay, ini kunci adik, Block Bunga Mawar 2A0204." Aku memberikan senyumanku yang manis serta mengucapkan terima kasih kepada pekerja itu. Aku terus keluar dan menunju ke tempat parking kereta di mana mak dah abah menunggu tadi. "Nasib baik block 2A,kat bawah tu ada kedai runcit kecik bolehlah ni makan mee cup malam-malam." Kataku sambil membelek-belek kunci bilikku.
"Tempat daftar dekat sana aunty." Suara tu, suara yang aku rindui nak dengar sepanjang cuti semester. Aku dapat rasakan getaran di hati ku. Aku menoleh ke arah suara itu, betullah sangkaan ku, itu dia, Kak Iman.
Kalau korang nak tau, Kak Iman ni ialah salah sorang komander dan juga senior yang mengajar batch kami berkawad dulu. Kursus HBU111 yang wajip untuk disertai oleh semester satu setiap hari rabu. Aku minat gila dengan dia, sebab dia confident and dia caring sangat dengan kami dulu. Dia selalu check untuk bahagian kemasan which is kuku kena pendek, baju kena tuck in, takleh pakai make up, rambut kena sanggul and tali kasut kena masukkan ke dalam. Setiap kali kalau turn aku, tangan aku mesti getar-getar and basah berpeluh sebab nervous, lagi-lagi kalau dia tersentuh tangan aku semasa check kuku.
Aku tercegat dekat situ melihat Kak Iman berborak dengan mak cik yang menanyakan arah di mana tempat untuk mendaftar pelajar baru. Lama juga aku dok termenung melihat Kak Iman senyum sampai menampakan lesung pipinya yang berada di sebelah kiri. Kak Iman memakai pakaian badan berunifrom Kesatria Negaranya, fuh hensem plus cantik, untunglah siapa yang dapat Kak Iman nanti, semestinya bukan aku. Tiba-tiba pandangan kami berdua bertembung.
" Shit, dia datang, apa aku nak buat!" Mula lah aku gelabah bila dia berjalan ke arah ku. Astaga macam mana ni. Dah lah tengok anak dara orang macam nak tebus kepala. Malu nyee. Perlu ke aku terjun dalam longkang ni ? Ke aku patut pecut lari, aduhhh bodoh nye lah kau Dhia.
"Hi, is there anything i can help you?" Kak Iman senyum ke arah ku.
" Saya nak lari, tak maksud saya, takde apa-apa, saya dah daftar dah, hehe." Aku menggaru tengkuk ku yang tidak gatal kerana menahan malu. Janganlah macam ni Kak, iman aku tak kuat ni kak, jauh sikit, jangan dekat sangat.