"I know you know,
That I love you so,
Everything mundane,
You make it harder to explain."Lagu favourite ku "I know you know" by CHSKA aku mainkan dari airpod ku sambil mataku tekun menenung skrin laptop. Aku ni jenis yang kena dengar lagu kalau belajar sebab kalau sunyi sangat aku takde semangat nak belajar, last-last nanti aku tidur. Minggu depan nak quiz dah jadi aku kena belajar awal sikit. Aku bertekad nak jadi pelajar dekan lagi untuk sem ini. Aku ambil nota yang berwarna-warni yang telah ku buat minggu lepas, membaca kembali isi penting yang perlu difahami dan dihafal. Hafal cukup-cukup je, jangan hafal mati-mati. Nanti tak keluar jahanam juga, sia-sia je hafal sampai jem trafik kat otak.
Aku menghidupkan lockscreen phone ku yang ada gambar mochi, kucing kesayanganku yang dah takde, jam telah menunjukkan pukul 4:45 petang. Lama juga aku belajar, aku start pukul 12 tadi sampai petang. Good Dhia good, terer doh kau! Aku menepuk dadaku dengan bangga. Tak salah pun nak bangga lebih dengan diri sendiri kan.
" Dah-dah lah tu belajar, taulah nak jadi budak dekan, tapi kenalah rehatkan otak kejap. Jom teman aku gi training main bola baling." Aku pandang Aliya yang sudah berpakaian sukan mengikat tali kasutnya. Macam ayah je si Aliya ni, orang dapat result tak bagus marah, orang terperap kat bilik nak belajar pun nak marah, tak sihat katanya.
Aku memusingkan badanku untuk melihat Aliya dan menggaru kulit kepala yang tak gatal, mengeluh menunujukkan muka malasku. Aku ni bukan orang yang bersukan sangat, naik tangga tiga tingkat pun dah macam nak mati dah, tercungap-cungap cari oksigen. Kalau lima tingkat macam mana, jangan-jangan dah arwah dah aku. " Malaslah nak bersukan ni, lagipun aku ni mana pandai main bola baling."
Aliya berjalan menghampiriku dan menarik tanganku untuk berdiri. "Halah takpe nanti aku ajarlah. Gi tukar baju cepat." Dia menolak badan ku ke arah almari, menyuruhku untuk menukar baju. Paksa-paksa lak budak ni. Dengan hati yang terpaksa bukan rela aku ikutlah kehendak si roomate yang tersayang.
" Yalah-yalah, sabarlah." Boleh juga ni rehatkan otak aku sekejap, nanti esok sambung balik. Aku memakai baju sukanku dan menyanggul rambutku yang panjang itu. Bak kata orang putih, " blow away the cobwebs."
________________________________________________________________________________
"Baling sini Dhia!" Wany, kawan Aliya plus senior kami menjerit memanggil namaku. Aku apa lagi terus baling lah bola tu dekat dia. Dengan sempatas kilat, Wany menyambut bola itu dan membaling bola tersebut ke arah tiang gol. Masukkk! "Yeahh!" Aku berlari ke arah Wany dan kami berdua berpelukan meraikan kemenangan. Aku menjelirkan lidahku kepada Aliya yang tak puas hati kerana kalah, tulah siapa suruh ejek team aku tadi, HAHAHAHA! Kan dah kalah.
" Hmp nasib kau baik sebab ada Wany, kalau takde dia kau dah kalah dah tadi." Aliya melipat tanganya di dada dan memutarkan matanya. Amboi mata tu. " Eleh, cakaplah kau tak pandai main." Aliya membulatkan matanya, aku terus pecut lari sebab dia nak tampar lengan aku. Wany tergelak kecil melihat gelagat aku dan Aliya. Mulalah aksi kejar mengejar antara aku dan Aliya dekat gelanggan bola baling tu.
Mula-mula tu seronok sebab dapat ejek si Aliya tu. Yang tak seronoknye aku tak sengaja terlanggar orang dan aku tumpahkan air dia. Ni mesti karma sebab aku ejek si Aliya tu. " Aduh!" Aku mengerang kesakitan. Aliya menghampiriku dengan nada yang risau. " Weh Dhia kau okay tak?"
Aku menganggukkan kepala dan mengelap sisa air yang tumpah di lengan ku dengan menggunakan baju. Aku pandang ke depan, terpaku. Dalam banyak-banyak orang kenapa aku knea langgar Kak Iman astaga." Oh shit! Kak Iman!" Aku bingkas bangun dan membantu dia untuk berdiri. "I'm sorry Kak Iman, akak okay?" Aku berasa bersalah sebab telah melanggar dia dan menumpahkan air milonya.
"Kau takde mata ke!" Lelaki di belakang Kak Iman menengkingku membuat ku terkejut dan mengundur selangkah dari Kak Iman. Benda macam ni senang buat aku nangis dan panik, aku memegang dadaku yang mula rasa memberat. Siapa laki tu, kenapa dia marah sangat dengan aku. Perasaan gementar dan takut menyelebungi diriku.