6

753 59 8
                                    

Hari ini cuaca agak sejuk sebab hujan je memanjang and because of this aku terlanjur tidur dari petang sampai pukul 7:00 malam. Kalau hujan-hujan ni memang tidur mati lah jawapnya lagi-lagi kalau dah penat nak mampus. Aku pandang sebelah, I miss my roomate. Aliya kena balik sebab ayah dia masuk hospital semalam jadi selama dua hari ni aku sorang -sorang je. So sad.

Aku buka phone ku. " Hm dah lewat, laparlah, nak mandi dulu ke nak pergi makan?" Selepas berperang  dengan fikiranku sendiri aku memutuskan untuk pergi mandi dulu lepas tu baru pergi dewan makan kolej. Aku bangun dari katil lalu mengambil baldi dan meletakkan tuala pada bahu, terus pecut ke bilik mandi.

Tak sampai 20 minit aku dah siap mandi. Tanpa membazir masa, aku letakkan lotion pada tangan lalu meratakannya pada badanku. Lepas tu aku ambil baju hoodie serta seluar panjang tracksuit dan menyarungkannya pada badan dengan cepat sebab aku dah sejuk sangat. Badan aku dah getar-getar dengan bibir sekali. Macam duduk dekat salji lak.

Bunyi perut yang meminta untuk diisi membuat aku automatik mengusap perut. " Sabar iya sayang, nanti mama bagi makan." Aku menyanggul rambutku dan meletakkan kunci bilik pada poket. Aku padam semua suis dalam bilik dan mengambil payung yang tergantung di pintu sebab kat luar tu masih hujan tapi tak lah lebat sangat. Mana tau kang nanti aku nak balik tiba-tiba hujan lebat balik. Bak kata perpatah, prepare umbrella before big rain. Eh cam lain lak ni.

Setiba aku dekat dewan makan, aku terus scan sekeliling. " Fuh nasib tak banyak sangat orang, tak lah malu ni makan sorang-sorang." Yalah, kan hari hujan, siapa je yang rajin nak basah-basah pergi dewan makan. Aku tengok lauk yang ada.  " Uish telur dadar campur bawang ngan cili, sedap ni sedap." Aku ambik nasi, kepak ayam dua astu telur dadar satu. Last sekali aku tabur kicap dicampur dengan cili potong dekat atas ayam. Lauk legend ni walapun simple tapi delicious!

Aku order air mineral je sebab dah malam. Tak nak minum benda manis. Lepas bayar semua, aku duduk dekat meja yang aku dan Balqis selalu duduk dulu. Hujung sekali, memang jarang orang duduk situ sebab tempat tu terpencil. Tak malu kalau nak makan. Lebih-lebih lagi kalau ada benda tersekat dekat gigi, senang nak cungkit. Takde orang nampak.

Tengah aku syok-syok menikmati ayam goreng extra crispy aku. Tiba-tiba ada orang berdiri dekat tepi. " Depan Dhia ada orang ke?" Kak Iman tanya dengan pinggannya di tangan kiri dan airnya di tangan kanan.

Aku yang terkejut tersedak isi ayam. " Uhuk,uhuk." Aku menepuk dadaku. Mana tak nye aku terkejut, takde bunyi tapak kaki semua, tiba-tiba muncul muka akak handsome kat tepi.

Kak Iman lantas mengambil botol air mineral yang aku beli tadi lalu membuka penutupnya dan memberikan botol itu kepadaku. " Sabar Dhia, minum ni." Kak Iman menepuk lembut belakang ku.

Aku ambik air tu astu terus aku minum sampai setengah. Fuhh lega tekak aku. Aku mengelap mulutku dengan tisu. " Thank you kak."

"Sama-sama cantik." Aku tahan diri untuk senyum. Okay, sejak dua menjak ni, Kak Iman suka panggil aku cantik. Of course lah kita suka, blushing kitaaa.

" Depan Dhia takde orang kan?" Tanya Kak Iman sekali lagi.

Aku menggelengkan kepala. " Takde-takde akak duduk lah." Kak Iman melabuhkan badannya dekat kerusi di hadapanku. Dalam banyak-banyak kerusi dekat dewan ni, sini juga akak sorang ni duduk. Tak nak duduk dekat sikit ke? Atas riba aku ke?

Krik,krik,krik. Kami berdua masing-masing tengah fokus makan. Aku betul-betul nervous dah ni. Aku dapat lihat tanganku yang tergetar-getar pegang sudu. Harap Kak Iman tak nampak lah, kang malu aku nak hadap muka dia nanti.

Suara Kak Iman memecahkam kesunyian. " Dhia tidur sorang ke malam ni?" Aku rasa Kak Iman dah tau kot Aliya tak tidur sini selama dua malam sebab nak tolong mak dia jaga ayah dia kat hospital.

Akak KomanderTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang