" Kau betul tak nak ikut aku?" Aku tanya Aliya sambil mengikat tali kasut. Memang jarang-jarang aku rajin nak ikut benda macam ni. Tapi hari ni aku rasa bersemangat lak tiba-tiba. Kalau kau suruh aku cuci longkang pun aku cuci sambil tersenyum sendiri.
" Tak nak lah kacau orang dating, nanti aku jadi tiang kat situ." Aliya buat mimik muka sinis mengejek aku.
Dari semalam si betina sundal ni kacau aku. Aku sumbat mulut dia guna stokin aku tiga hari tak basuh tu kang baru tau. " Bukan dating lah, aku teman Kak Iman je, lagipun ramai orang lain situ." Okay to be honest, adalah juga sikit rasa macam pergi dating.
Tok,tok,tok. Mesti tu Kak Iman. Aku ambik tote beg aku lalu aku buka pintu bilik. Kelibat Kak Iman memakai jersey komander berwarna hitam dengan rambut disanggul kemas menyapaku.
Kak Iman sempat menyapa Aliya yang baring di katilnya sebelum bertanya. " Dhia dah?" Aku senyum dan menganggukkan kepala.
Kami berdua berjalan berdampingan menuju parking B, memamg spot akak-akak dan abang-abang komander berkawad. Sebab rancak sangat berborak dengan Kak Iman aku tak nampak ada kereta datang dari arah kanan.
" Dhia!" Kak Iman menarik lenganku kasar menyebabkan aku secara tidak sengaja memeluknya. Masih dalam keadaan terkejut, aku terpaku. Nasib baik tak terkentut lalu terberak.
" Haih, dah tau ni kawasan uni, bawa kereta macam nak mampus." Aku dengar Kak Iman membuka mulutnya kerana tidak puas hati dengan kereta tadi.
" Dhia okay?" Kak Iman menundukkan kepalanya untuk tengok keadaan aku. Aku yang sememangnye tengah speechless, bukan sebab hampir langgar dengan kereta, tapi terpaku sebab terpeluk Kak Iman.
" Okay..." Aku jawap lembut sebab masih dalam keadaan terkejut sambil menanggukkan kepala perlahan. Tanganku masih setia memeluk pinggang Kak Iman. Aku tak tau kenapa tangan aku takleh bergerak. Dia macam dah kena gam gajah kat situ.
Kak Iman mengusap belakang ku perlahan. " It okay Dhia, i'm here." Kak Iman mengeratkan pelukan dan meletakkan dagunya di atas kepala ku.
One way to describe this feeling, safe. I feel safe around her.
Kak Imam merenggangkan pelukan menyebabkan kami berdua bertatapan. Kak Iman tersenyum, menyelitkan rambutku di belakang telinga. " Jom, nanti akak lambat. Tapi kalini, Dhia kena berjalan pegang tangan akak.
Kak Iman mencapai tanganku dan kami berdua berpegang tangan melintasi lintasan belang itu. Tangan Kak Iman setia menggenggam tanganku erat dan sekali sekala mengusap tanganku dengan ibu jarinya sepanjang kami berjalan ke parking.
_________________________________________________
Suasana petang ni rasa segar, tak panas tak juga hujan, dia sederhana je. Suara Cikgu Komander yang memberikan arahan kepada pelajarnya untuk berjalan ke hadapan memenuhi gegendang telingaku. Aku duduk dekat tepi je tengok Kak Iman yang tengah seruis berlatih berkawad. To be honest, muka seruis dia buat aku tak keruan. Damn, why so hot cik iman? Sekali sekala kami berdua bertukar senyuman dan melambaikan tangan.
" Ehem, sorang ke?" Aku toleh ke tepi. Budak ni cakap dengan aku ke. Aku pandang depan aku, belakang aku, kiri kanan aku, kot-kot ada orang. Kang aku pulak yang malu kalau salah jawap.
Aku teragak-agak tunjuk diri sendiri, nak tanya dia bercakap dengan aku ke. Lelaki tu ketawa kecil, " Haah, aku tanya kau lah."