5

494 42 7
                                    

" Arhh stress nye!" Aku mendudukkan diri di depan almari. Tak ku sangka nak pilih baju pun boleh stress ingatkan hafal bab sejarah masa form 5 dulu je boleh buat kita jadi stress. Dah lah rambut belum disikat, make up pun belum aku pakai.

" Pahal kau, dah macam orang sakit mental dah ku tengok, ghisau aku." Aliya yang tengah bersantai baring dekat katil dia melirikku sejenak. Budak nama Aliya ni kan, kalau bab mandi dan bersiap sekejap je. Sumpah, kau kelip je mata sesaat, dia dah siap dah dengan make up on point, dengan kasut dah dipakai. Aku syak dia guna ilmu hitam ni tak pun dia suruh saka dia pakaikan untuk dia tulah laju.

" Aku taktau nak pakai baju apa." Aku membelek-belek bajuku sekali lagi untuk memilih outfit of the days bagi date aku dengan Kak Iman. Sebab tulah aku nak pilih baju yang paling cantik dan sesuai untuk aktiviti arini.

" Meh sini aku tolong." Aliya bangun dari katilnya dan mengeluarkan beberapa helai baju yang dia rasa cantik dan selesa untuk aku pakai. Setelah sekian lama dia berfikir, akhirnya dia telah memilih satu dress berwarna hitam untuk aku pakai. " Nah, yang ni cantik, mesti Kak Iman tergoda nanti." Katanya sambil mengangkat-angkat kening sebelah.

Aku pandang dress itu, biar betul dia nak suruh aku pakai dress tu, kita pergi shopping mall je pun. " Tak nak lah sexy sangat, kita bukan pergi dinner pun, jalan-jalan je." Aliya pandang aku atas bawah lalu mengambil crop top hitam yang ada love dekat tengah-tengah dengan blue jean kepadaku. " Nah yang ni cun."

Aku pandang baju tu lama. "Hmmm, Okaylah, yang ni."

Aku terus tukar baju dan cepat-cepat pakai make up. Make up hari ini simple je, aku pakai concelar untuk tutup mata panda dan jerawatku. Lepas itu, aku lukis kening aku bagi dia rata and lastly aku pakai lip-tint Dazzle Me code coco-cola favouriteku. Aku sembur perfume Bath & Body Work, Candy Winter ku di bahagian pergelangan tangan dan leherku lalu duduk untuk memakai kasut putihku untuk menyempurnakan outfit.

Aku bangun dan melihat diriku di cermin. Cermin-cermin on the world, who the prettiest of them all. " Arh, siapa ni cantiknye, macam orang korea." Aku menjerit seakan terkejut melihat mukaku yang cantik, ayu dan menawan di cermin. Nak tunggu orang puji kita memang lamalah, jadi kita kena puji diri kita.

" Ya Tuhan tolong lah keluarkan jin segala syaitan dalam tubuh kawanku yang bernama Dhia Hayani ini." Aliya membaca doa dengan penuh harapan dan bersungguh-sungguh dekat katil dia. Pap! Aku baling bantal aku tepat dekat muka dia, kurang asam punya roomate. Kalau betul-betul baru dia tau nak gelabah, nanti tak pandai berdoa pun, mesti tiba-tiba pandai berdoa.

" Aduh, sakit bongok." Aliya membaling semula bantal itu dekat aku tapi sempat aku elakkan. Aku balas tindakannya dengan menjelirkan lidah. Baling bantal pun tak tepat, macam mana nak main baling bola.

"Ting." Notification dari phone ku berbunyi. Aku mencapai phone ku di atas katil dan melihat messages yang masuk. Ehh, Kak Iman! Aku buka messages yang dihantar melalui Instagram itu.

Iman: Hi cantik, dah siap ke?

Iman: Sorry akak chat sini sebab taktau no Dhia.

Iman: Akak lupa nak minta

Iman: Nasib baik Dhia tak private Ig

Dhia: Hehe, takpe kak, Dhia pun lupa juga.

Iman: Okie, akak dah dekat bawah ni.

Dhia: Okay, kami otw gi bawah, kejap

Iman: ;) okay cantik!

Aku tersenyum sengeh. Alahai akak sorang ni, sampai Instagram iya cari kita, comellah. Rasa nak gigit je, geram. "Liya, jom Kak Iman dah tunggu dekat bawah tu." Semalam aku bercadang nak pakai grab pergi The Spring Mall astu nanti aku bayar untuk ganti balik jasa Kak Iman tapi Kak Iman tolak. Dia kata dia ada kereta boleh je ambik aku dan hantar aku balik, takdelah bazir duit katanye. Oleh sebab tak sanggup nak tolak, aku iyakan je. Boleh juga guna peluang ni untuk  tengok Kak Iman drive, mesti hensem.

Akak KomanderWhere stories live. Discover now