3

476 37 6
                                    

Tak tau lah ni kali ke berapa aku menguap. Aku memang ngantuk gila dah ni.  Aku pandang Balqis yang memang dah KO kat sebelah. " Bapaklah, terer siot member ku ni. Camtu je dia tidur dalam kelas." Detik ku di hati.

Semester 1 dulu aku suka hari rabu, but this semester is a big no no sebab kelas direct terus dengan kokurikulum. Kau bayangkan kelas pagi, pukul 8-10 astu kelas petang, pukul 2-4. Last sekali kokurikulum, pukul 4:30 petang sampai pukul 6:30 malam. Memang reput lah tulang-tulang aku ni setiap hari rabu.

Untuk semester ni aku tak ikut dah kawad kaki sebab semester lepas dah ikut. Jujurlah ada rasa kecewa di hati sebab takleh nak tengok Komander Iman ku. Tapi yang best nye aku takyah berpanas dah sebab untuk semester ni, aku ambik HDP133 iaitu community service. Duduk dalam kelas je,bincang-bincang astu balik.

Bila sebut pasal Komander Iman baru teringat semalam aku tak jumpa or terserempak dengan Akak Iman langsung selepas peristiwa burger itu. Akak Iman busy sangat ke? Aku belum sempat ucap terima kasih dengan dia lagi. Ada juga rasa rindu nak dengar suara dia. I cannot live without her.

Aku mengeluh dan meletakkan kepalaku di atas meja. " Asal kau? Okay tak?" Balqis menguap dan memalingkan mukanya kepadaku. " Ni mesti kes rindu Akak Komander ni kan?" Balqis mengangkat keningnya sebelah berkali-kali.

Aku mengeluh untuk kedua kalinya. "Diamlah kau, sibuk je gi sambung tidur tu." Aku mengambil pensil tekan dan mencatat benda penting yang madam bagitau dekat depan.

Balqis  membuat muka sedih lalu menepuk bahuku berkali-kali dan mengempalkan tangannya dengan yakin. " Aku sebagai kawan rapat kau tak sanggup tengok kau sedih macam ni, takpe lepas ni nanti kita gi cari dia."

Aku memandangnya. "Dekat mana kita nak cari dia?" Balqis mengangkat keningnya berkali-kali tersenyum sengih. Dah kenapa minah ni tersengih-sengih, jangan plan pelik-pelik dahlah. "Adalah."

"Jangan kata kau na-" Belum abis aku bercakap madam menyelah.

"Dua orang kat belakang tu, dah habis ke bercakap?" Madam menegur aku dan Balqis yang tengah rancak berbincang cara untuk cari Kak Iman. Haa bagus semua orang memalingkan muka ke belakang untuk melihat kami berdua. Aku dan Balqis tersenyum sengeh dan meminta maaf.

Balqis berbisik. " Nanti ku bagitau kau, lepas kelas habis." Aku menganggukkan kepala lalu menumpukan perhatian semula kepada Madam yang tengah mengajar topic 1 untuk course kami. Kali ni kena fokus, kang nanti kena tegur lagi. Malu bhai kalau kena tegur dua kali. Mana aku nak letak muka nanti, dalam mangkuk tandas ke.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kau biar betul qis." Habis je kelas, Balqis menarik tanganku untuk mencari Kak Iman di Parking A. Kenapa parking A? Sebab situlah tempat orang selalu berkawad pada hari rabu. "Kiri kanan kiri, kiri kanan kiri." Banyak nye orang tengah berkawad, mostly semester 1 lah. Aku memberhentikan langkahku dan memusingkan badanku untuk berputar balik. "I don't think this is a good idea."

"Woi budak, jangan nak lari. Peluang dah depan mata dah. Tinggal cari je." Balqis menarik tangan ku untuk mendekati lautan pelajar yang tengah berkawad. Berkawad secara paksa. Takpe dik, demi segulung diploma. Bukan selalu pun  kita ni berkawad.

" So plan dia macam  ni, kita dua pura-pura limpas diaorang astu kita pegi dekat B-mart tu. Acah-acah nak beli barang." Aku menganggukan kepala. Bijak juga eh kawan aku sorang ni, bagus-bagus harapan bangsa dan negara ni.

B-mart dekat parking A ni lah tempat aku dan Balqis selalu habiskan duit dulu. Habis je kawad kitaorang dua mesti akan pergi situ untuk beli ice cream. Kalau tak ice cream, waffle. Memang terbang lah duit tiap-tiap minggu.

Akak KomanderWhere stories live. Discover now