Seduction | 25

5.4K 354 30
                                    

           BUTANG pada remote kunci kereta ditekan, lampu hadapan kereta bernyala sekilas tanda kunci kereta sudah dibuka. Amanda menarik pembuka pintu menggunakan sebelah tangannya manakala sebelah lagi tangan penuh dengan barang hasil beli belah di menara berkembar kebanggaan Malaysia.

Bang!

Terpejam drastik matanya bila pintu itu kembali tertutup buat dia laju memalingkan kepala ke kanan. Kerutan di wajah hilang serta merta berganti dengan senyuman sinis.

Akhirnya wanita ini menunjukkan diri. Situasi ini buat Amanda rasa teruja. Entah kenapa sedangkan Emylia Rose tak pernah wujud dalam rancangannya.

Mungkin... dia tak suka perangai wanita yang tak ada kelas macam Emylia Rose. Sanggup bergaduh dengan kaum sendiri hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu jadi jodohnya... belum tentu juga jodoh Amanda Vierra.

Bila Amanda dah lunaskan dendamnya nanti, ambillah balik lelaki itu. Amanda tidak mahu berebut pun. Jadi, apa yang nak diroyankan? Huh.

Rambutnya yang terlepas dikuak ke belakang.

"Yes?" Soalnya bersahaja. Mata tajam wanita dihadapannya ditatap tanpa perasaan.

"Amanda Vierra?"

"Mhm?"

"I'm Emylia, Daniel's..."

"... ex-girlfriend?" Sambung Amanda bernada menyoal.

Emylia tayang wajah geram. "You memang tak ada maruah ke?" Soal Emylia Rose dengan pandangan jengkel.

"Excuse me?"

"You dah tak laku sangat ke sampai ambil boyfriend orang?" Soal Emylia Rose lagi.

Amanda tersenyum sinis. Tenang.

"Well, boyfriend orang lagi hot. I nak buat macam mana?" Soal Amanda kembali memarakkan api kemarahan Emylia Rose.

Emylia senyum tak percaya. Matanya terbeliak memadang wajah wanita kacukan dihadapannya. Lagi bersahaja riak wanita itu, lagi dia rasa nak bunuh Amanda sekarang juga.

"Macam sial kan perangai kau?"

Makin lebar senyuman Amanda. Dia membuka langkah untuk rapati Emylia. Wajahnya dirapatkan disisi wajah Emylia. "Sial-sial ni juga yang boyfriend kau gilakan..." bisiknya penuh bangga.

"Argh!" Pekik Emylia geram.

Lengan Amanda yang terdedah tanpa lapik dicengkam kuat membuatkan kuku palsunya yang panjang terbenam di kulit lengan Amanda.

"Aku nak kau berambus dari hidup Daniel. Dari hidup aku! Dia pandang kau, cuma sebab kau tergedik dekat dia. Sebab aku tak ada... kalau bukan sebab hubungan aku dengan dia dalam masalah hari tu, muka kau pun dia tak pandanglah perempuan!" Ujar Emylia kasar.

"Kalau aku tak nak?" Soal Amanda tenang meskipun cengkaman di lengannya mula menyakitkan.

Emylia tersenyum sinis. "Aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau! Biar perempuan perangai sundal macam kau ni pupus dari dunia."

Amanda balas dengan senyuman senget. "Buat, kalau kau rasa kau mampu. Kau juga... tak kenal aku siapa, Emylia Rose"

Sekilas, tangan Emylia yang masih mencengkam kuat lengannya dicapai dan sekelip mata tangan wanita itu dilipat ke belakang badannya sendiri.

"Arh!" Erang Emylia.

"Aku tak nak jadikan kau musuh aku. Daniel bukan milik kau lagi, kau buat apa pun dia akan tetap pandang aku. I am not sorry for taking him from you and it's not my fault he's crazy about me. Mungkin, kau tak setanding aku" tangan Emylia dilepaskan dan ditolak kuat agar jauh darinya.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang