"Boleh tak jangan ikut aku? Aku datang sini sebab aku nak jumpa mama. Bukannya jumpa kau, Clara. Dah, pergi balik," Nada suara Aisy Anaqi dikeraskan. Mengapa sungguh sukar untuk buat Clara mengerti?
"I don't like this attitude of you. Clara bagitahu mama abang yang abang tak layan Clara," Clara melangkah pergi dengan jiwa yang sedih. Hiba kerana Aisy Anaqi seolah-olah tidak suka dengan kehadirannya.
Aisy Anaqi menggeleng perlahan.
Enjin motor dibunyikan.
Dia memecut laju R15 itu membelah jalan raya. Haus pula dia rasa. Seketika dia berhentikan motosikalnya. Telefon pintar berjenama Iphone 14 miliknya dikeluarkan. Nombor Laith Dazel didail.
"Aku nak jumpa kau. Tempat biasa kan?" Soal Aisy Anaqi apabila Laith sudah menjawab panggilannya.
"Datang kafe aku. Sembang sini,"
Aisy Anaqi mematikan panggilan. Tanpa melengahkan masa, dia terus memecut ke kafe milik Laith Dazel. Tidak jauh dari sini. Hanya berbaki 780 M.
𝐌 𝐄 𝐃 𝐈 𝐍 𝐀 𝐐𝐈
"Dhuha! Kau datang sini kejap!"
Dhuha berlari ke arah Syarifah dalam keadaan tergesa-gesa. "Ya, cik Sya. Ada apa?" Soal Dhuha. Rambutnya habis kusut kerana overtime kerja hari ini. Ramai pula pelanggan hari ini. Tidak seperti biasa.
"Kejap lagi bos akan datang. Aku nak kau serve bos kejap lagi. Bos cakap dekat aku, dia ada kawan yang akan datang sekali. So, aku nak kau peka dengan setiap order yang kau dapat nanti. Faham?" Soal Syarifah dengan kasar. Bibir merahnya disengetkan ke kiri melihat wajah kepenatan Dhuha.
"Faham," Balas Dhuha sepatah.
"Ceh, rambut kau ni memang tak reti sikat ke? Dah macam mak lampir dah aku tengok. Mana kekemasan kau? Cubalah kemas sikit diri tu. Jangan nak nampak kotor sangat kot ye pun," Kutuk Syarifah. Dia menunjal dahi Dhuha.
Dhuha mengetap bibirnya.
"Saya minta diri dulu, cik Sya," Dhuha berlari ke arah tandas. Dia mengunci pintu sebaik sahaja selamat masuk ke dalam. Bukan mudah untuk mengharungi segala cabaran hidup.
Begitu banyak pancaroba yang perlu dia tempuhi untuk survive dalam dunia ini. Kekuatan yang mampu dia cari adalah dari dirinya sendiri.
"Jangan nangis, Dhuha..Ya Allah.."
Dhuha memujuk dirinya yang semakin teresak-esak. Terhinjut-hinjut bahunya menangis sambil tangan menekup mulut untuk mengelakkan suara tangisannya didengari.
Di sebalik itu, Laith sudah tiba di kafe besar miliknya ini. Terdapat seorang lelaki di sebelahnya. Tinggi lampai dan berbadan tegap.
Aisy Anaqi.
Sebaris nama yang sama dari tadi.
"Masuklah. Macam tak biasa pula," Pelawa Laith. Dia mengajak Aisy Anaqi melabuhkan duduk mereka di meja paling tepi berdekatan dengan tingkap.
"Ada apa kau nak jumpa aku? Eh sebelum tu, tahniah bro. Berjaya juga kau akhirnya. Penyanyi idaman ramai ni bos!" Puji Laith sebelum dia berjabat tangan dengan Aisy.
Aisy Anaqi masih tidak membuka face mask yang dipakai. Nasib baiklah kafe ini tidak terlalu terbuka. Jika tidak, pasti dia akan dikerumuni ramai peminatnya. Tambahan lagi, wajahnya yang kacak itu sememangnya menjadi idaman para wanita.
YOU ARE READING
Moonlight | ✔
Romance·˚ ༘ 𝓢𝓱𝓸𝓻𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 1 ࿐ཻུ۪۪ "𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧, 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐦𝐢𝐧𝐠." ˚✧ 𝐀𝐢𝐬𝐲 𝐀𝐧𝐚𝐪𝐢 𝐗 𝐃𝐡𝐮𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 ˚✧ "Cinta tak seharusnya memiliki." "Dan pada akhirnya aku masih sendiri." ♪ ost: round and round - He...