Bab 9 🥀

83 9 0
                                    

"Tunggu apa lagi tu, Dhuha? Ni akulah. Aisy Anaqi. Your boyfriend," ucap Aisy Anaqi penuh rasa bangga. Dhuha terus membuka pintu kereta Audi i8 tersebut lalu memboloskan dirinya masuk ke dalam perut kereta.

"Seriuslah? Kau pick-up aku? What a man of service!" Puji Dhuha dengan suara penuh keriangan. Seketika, Aisy Anaqi terpampan melihat kejelitaan Dhuha hari ini. Nampak bergaya seakan-akan businesswoman.

"Aku tahu aku cantik hari ni. Tengoklah girlfriend siapa, kan? Ada orang tu dia handsome tapi dia sedar ke tak yang dia handsome pun tak tahulah," ujar Dhuha apabila Aisy tidak lepas memandang wajahnya. Aisy Anaqi berdehem. Seakan-akan cover.

"Siapalah lelaki tu, ya?" balas Aisy.

Akhirnya, mereka terus ketawa sahaja dengan lawak masing-masing. Pemanduan diteruskan ke lokasi yang ingin dituju.

Aisy Anaqi akan melakukan rakaman bagi rancangan The Singer's. Aisy Anaqi adalah salah seorang yang terpilih selain Haisa. Haisa akan bergandingan dengan Aisy Anaqi hari ini. Mereka akan digandingkan seakan-akan pasangan bahagia.

Sedangkan, Aisy Anaqi sudah menolak berkali-kali tawaran rancangan ini. Dia juga minta untuk tukarkan artis wanita itu kepada orang lain. Tetapi, pihak produksi tidak mengambil kira permintaan penyanyi terkenal itu.

Apabila dia dan Dhuha telah sampai ke lokasi yang ingin dituju, Dhuha mengikut sahaja langkah Aisy Anaqi dari belakang. Rasa gementar cuba dia sorokkan.

"Don't worry. Kau akan sentiasa selamat dalam jagaan aku, Dhuha. Pedulikan apa orang kata dan terus positif," pesan Aisy Anaqi sambil berjalan dengan kedua tangannya diseluk masuk dalam poket.

"Hey, Aisy," tegur Haisa. Seketika dia menjeling ke arah Dhuha yang berada di sebelah kanan Aisy Anaqi. Haisa terus memandang Dhuha atas bawah. Dia menyilangkan tangannya.

"Dah kenapa tengok orang macam tu? Mata tu jaga sikit. Jangan suka-suki nak jeling orang," tegur Aisy Anaqi dengan nada menyampah apabila Haisa menegurnya. Dhuha hanya menelan liur. Kasar betul Aisy.

"Siapa perempuan ni?"

Aisy Anaqi ketawa sinis.

"Dia ada nama. Her name is Dhuha Medina. She's my girlfriend so behave yourself," balas Aisy Anaqi penuh rasa puas. Haisa menghela nafasnya kasar. Dia menjeling Aisy Anaqi tajam dan berlalu pergi ke arah lain.

Haisa berjalan di sebelah Dhuha dan dia sengaja melanggar bahu Dhuha. Tubuh Dhuha terus terkebelakang. Aisy Anaqi serta-merta mendekati Dhuha Medina.

"Tak payah kisah dia tu. Memang nasib aku malang dapat work partner macam dia," keluh Aisy Anaqi. Dhuha hanya mengangguk perlahan.

"Dia..sukakan kau ke?" Soal Dhuha.

Aisy Anaqi menoleh ke arah Dhuha.

"Kau jealous ke girlfriend?" Soalnya kembali. Dhuha berdecit. Dia terus memandang ke arah tempat lain.

"Mana adalah. Aku tanya je. Tak boleh tanya eh?" Balas Dhuha sebelum melabuhkan duduknya atas kerusi. Aisy Anaqi menyimpan senyuman nakalnya. Macamlah dia tidak tahu yang Dhuha agak cemburu sebenarnya.

"Kau cemburu. Aku tahu,"

Dhuha menjelirkan lidahnya.

Dhuha pula tidak henti-henti menyangkal kata hatinya yang mengatakan dia cemburu. Dia tidak mahu cemburu. Aisy layak bersama dengan sesiapa sahaja. Mengapa dia mahu cemburu? Ah, rumit!

𝐌 𝐄 𝐃 𝐈 𝐍 𝐀 𝐐 𝐈

"Baik, Aisy lepas ni senyum dekat Haisa. Senyum tu bagi senyum yang paling gembira sekali. Sama juga dengan Haisa," arah pengarah rancangan realiti ini. Aisy Anaqi hanya mengangguk biasa. Dia mengukir senyuman manis.

Haisa turut sama.

Dhuha yang berada di belakang kamera itu hanya diam memerhati. Dia cuba mengawal rasa tidak selesa dalam hati. Dia tidak mampu menahan rasa cemburunya.

'Dhuha, kawal sikit diri kau. Aisy tu belum jadi milik kau pun. Jangan nak sakit hati sangat!' Marah suara hati Dhuha yang tidak puas itu. Sejurus itu, dia berlalu ke tandas. Bangunan yang dia berada sekarang ini agak besar dan mewah.

7 tingkat dan seni binanya hampir kaca keseluruhannya. Sememangnya taraf Antarabangsa.

Usai keluar dari tandas, Dhuha berjalan ke arah sinki lalu mencuci tangannya sebelum bahunya ditolak kasar oleh seseorang.

Pap!

Belakangnya terlanggar dinding.

"Aduh.." Dhuha mendesis kesakitan.

Damia pula sudah tersenyum jahat dengan tangannya disilangkan. Dia memandang Dhuha dengan penuh dendam. Masih ingatkah dengan Damia Ezelya?

"Pandai kau eh? Kau saja je nak munculkan diri dekat tempat aku bekerja! Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Dhuha?!" Tengking Damia sekuatnya dengan suara nyaring kataknya itu. Siapa yang dapat bayangkan, kau memang cun!

Dhuha berdiri di hadapan Damia.

"Aku? Aku yang tak puas hati dengan kau? Kau yang sepatutnya tanya hati kau tu siapa yang tak puas hati pada siapa!" Tengking Dhuha kembali dengan suara yang lebih garang sehingga terhinjut bahu Damia.

Damia tidaklah tinggi mana. Dia dan Dhuha, Dhuha lebih tinggi dalam ukuran 5 CM. Ketinggian Dhuha ialah 160 CM manakala Damia pula 153 CM.

"Kau jangan nak berlagak, Dhuha! Kau ingat eh, kalau tak kerana parents aku kutip kau dari rumah anak yatim tu dulu, kau dah lama merempat lah kat tepi jalan!" Sindir Damia lagi. Dia sengaja ingin membuat Dhuha hilang kesabarannya.

Pang!

"Jangan kau pernah samakan aku dengan perkataan 'merempat'! Kau manusia jenis apa, hah? Tak percaya ke dengan rezeki Tuhan? Tak percaya dengan rezeki yang Allah akan tetapkan? Kau siapa nak aturkan hidup aku dengan berkata yang aku hanya akan merempat?!" Tengking Dhuha.

Ya, dia sudah hilang kesabarannya yang selama bertahun-tahun dia memendam sendiri.

Damia terjatuh atas lantai.

Sambil memegang pipinya yang pedih. Matanya naik mencerlun wajah Dhuha tetapi bibirnya terdiam seribu bahasa.

"Sekali lagi aku nampak muka taik kucing pakai bedak sejuk kau ni, siap kau aku kerjakan! Jangan ingat yang aku takutlah dengan kau mahupun bapak kau yang tak guna dan berperangai macam syaitan tu! Pergi mampus lah! Hidup pun menyusahkan!" Tengking Dhuha lagi.

Sebelum dia melangkah pergi, dia sempat meludah sebanyak dua kali ke arah Damia.

Sama sepertimana bapa kandung wanita itu telah perlakukan kepada dirinya. Setelah hilang kelibat Dhuha, Damia mula menjerit bagai hilang kewarasan. Dia akan pastikan Dhuha betul-betul merempat!

Bersambung

Moonlight | ✔Where stories live. Discover now