Bab 11 🥀

83 9 0
                                    

Dato' Melyani bergegas ke hospital apabila mendapati anaknya, Aisy Anaqi telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan.

Apabila dia sampai, Kak Nini langsung menyapanya. "Dato'..Aisy masih lagi dirawat. Kita perlu berdoa supaya dia baik-baik saja,' ujar Kak Nini. Dia memimpin Dato' Melyani untuk duduk di atas kerusi.

"A-Aisy kenapa, Nini? Teruk ke keadaan anak saya?" Soal Dato' Melyani dengan suara yang tertahan. Tidak. Dia tidak boleh menangis di sini. Dia perlu kuat. Aisya Aqila dan Aisy Anaqi adalah sumber kekuatannya selama ini.

Kak Nini menggeleng perlahan.

"Saya tak tahu nak cakap, Dato'. Keadaan dia boleh dikatakan teruk juga sebab nadi dia lemah sangat ketika dihantar ke hospital tadi. Dia kena langgar lari tapi tak cedera teruk. Nasib baik kami sempat hantar dia, Dato'," ujar Kak Nini. Dato' Melyani perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.

"Saya sentiasa jaga kesihatan anak saya. Saya tak pernah lupa berpesan pada dia untuk jaga diri. Ini kali pertama dia masuk wad kecemasan. Saya memang dah macam orang hilang arah.

Anak perempuan saya, Aisya. Dia masih belajar di Universiti. Saya risaukan dia juga. Nini tahu kan..Aisya pun menderita. Dia ada penyakit anxiety. Saya risaukan anak-anak saya," luah Dato' Melyani. Kak Nini mengangguk faham.

"Jangan risau, Dato'. Aisy dan Aisya akan okay. Jangan pernah berhenti berdoa untuk Aisy. Dato' kena kuat. Aisy perlukan kekuatan Dato' untuk dia survive," pujuk Kak Nini yang tidak lekang memberi kata-kata semangat.

Tiba-tiba, pintu bilik wad kecemasan di hospital swasta ini terbuka luas. Keluar seorang doktor lelaki yang lengkap berpakaian kemas.

"Boleh saya tahu siapa penjaga encik Aisy Anaqi bin Ahmad?" Soal doktor lelaki tersebut. Dato' Melyani mara ke hadapan. Doktor yang dikenali sebagai doktor Ziyad itu menganggukkan kepalanya.

"Menurut apa yang saya rawat, encik Aisy perlu melakukan pembedahan pertukaran jantung dengan segera. Saya bimbang dengan keadaan dia yang masih kritikal sekarang ini takkan mengubah apa-apa," jelas doktor Ziyad. Dato' Melyani mengalirkan air matanya serta-merta.

"Punca encik Aisy jatuh rebah sebelum sampai ke hospital adalah kerana jantung dia tak dapat mengepam darah seperti biasa. Tambahan pula, dia dirempuh dengan kereta yang sedang laju.

Dia juga stres dan itu penyebab badan dia terus shock. Saya harap puan boleh bersabar dengan keadaan encik Aisy yang sedang kritikal. Luka luaran tak teruk tetapi luka dalaman boleh tahan teruk," terang doktor itu lagi.

Kak Nini langsung mencelah.

"Doktor, saya nak bertanya. Boleh kan sekiranya Aisy dipindahkan ke hospital lain? Kerana dia sudah ada penderma jantung di hospital Kanada. Saya harap dia boleh ditukarkan ke sana secepat mungkin," celah Kak Nini. Dato' Melyani memandang Kak Nini dengan wajah yang penuh berharap.

Doktor Ziyad terdiam.

Dia menghela nafasnya perlahan.

"Saya minta maaf. Hospital kami tidak menyediakan pertukaran patient. Jangan risau, saya akan dapatkan penderma yang sesuai mengikut waktu yang cepat. Saya akan cuba selagi saya boleh untuk menyelamatkan encik Aisy," balas doktor Ziyad. Kak Nini mengeluh perlahan.

"Doktor buatlah apa saja. Asalkan anak saya selamat. Dia satu-satunya anak lelaki saya," rayu Dato' Melyani.

Doktor Ziyad mengangguk perlahan.

𝐌 𝐄 𝐃 𝐈 𝐍 𝐀 𝐐 𝐈

Sudah 2 hari berlalu. Dhuha Medina hanya berkurung di dalam bilik. Makanan langsung dia tidak jamah. Apatah lagi menjejakkan kaki keluar rumah. Puas Qisyra memujuknya.

Tok

Tok

Tok

"Dhuha..keluarlah. Cuba bagitahu dekat aku apa yang dah jadi. Janganlah berkurung je. This is not you," ujar Qisyra dari luar bilik Dhuha. Dhuha mengesat air matanya.

Dia menggagahkan kaki untuk keluar dari bilik. Rasa bersalah pula apabila mengabaikan Qisyra sejak dua menjak ini. Padahal, Qisyra tidak tahu apa yang sudah berlaku.

"Haa..keluar pun. Tengoklah muka tu pucat. Mata sembab. Kenapa ni, Dhuha? Cuba ceritakan," pujuk Qisyra sebelum dia pantas memeluk tubuh genit Dhuha. Dhuha menangis lagi.

Dia rasa sangat lemah.

Sangat lemah kerana telah membuang Aisy Anaqi dari dalam hidupnya. Padahal, mereka saling mencintai dan baru sahaja menjalinkan hubungan percintaan.

"Aku rasa diri aku ni tak berguna sangat, Qisy. Aku buang Aisy dari dalam hidup aku," luah Dhuha. Qisyra hanya setia mendengar segala luahan Dhuha. Dhuha bercerita daripada A sampai Z apa yang telah terjadi.

Terkejut Qisyra.

"Dhuha....kenapa kau pendam kesemuanya seorang diri? Kenapa langsung tak bagitau aku?! Aku risaukan kau tau! Aku ingat kau dah kena kacau dengan lelaki mana dah sampai lembik kau dibuatnya. Tak nak makan, tak nak keluar bilik langsung. Aku risau," bebel Qisyra panjang lebar. Punyalah teruk dia overthinking sejak dua hari ini.

"Perempuan mana yang berani sangat kacau kau ni! Dia tu bidadari sangat dah ke?! Kurang ajar betul. Macamlah Aisy tu nak dekat dia. Inilah yang kita panggil tak sedar diri. Ish, geram aku!" Naik seoktaf suara Qisyra setelah mengetahui apa yang Haisa katakan kepada Dhuha.

"Aku..aku bukan nak burukkan sesiapa tapi aku dah tak tahan! Aku dah tak lalu nak hadap kata-kata manusia sempurna macam dia. Bukan dia je. Damia pun kacau aku. On my first day of working!" Luah Dhuha lagi. Qisyra mengepal penumbuk.

"Aku nak jumpa dia!"

Dhuha menahan tubuh Qisyra.

Tiba-tiba, otaknya rasa berpusing.

Tekak rasa loya.

Terus tubuhnya rebah atas lantai.

"Ya Allah, Dhuha Medina!!!" Jerit Qisyra. Panik dibuatnya. Lantas dia memanggil ambulans segera.

𝐌 𝐄 𝐃 𝐈 𝐍 𝐀 𝐐 𝐈

"Dhuha, bertahan! Tolonglah!"

Qisyra menemani katil hospital yang sedang ditolak laju oleh para jururawat. Wajah Dhuha sangat pucat dan kelihatan sangat penat.

"Sabar, Qisy. Kita doa je untuk dia."

Jo menepuk perlahan bahu Qisyra. Qisyra memandang sayu katil hospital Dhuha yang sudah memasuki ruangan emergency room.

Qisyra akhirnya menangis. Dia menekup wajahnya sebelum bahunya terhinjut-hinjut. Jo pula bersandar di dinding dengan wajah kosong tidak bereaksi.

Apalah yang bakal terjadi..

Mengapa semuanya berlaku dalam sekelip mata?

Bersambung

Moonlight | ✔Where stories live. Discover now