Epilog 🥀

271 9 7
                                    

Beberapa Tahun Kemudian

"Selamat pagi Miss Medina!" Sapa pekerja tetap Dhuha Medina. Dhuha tersenyum ceria. "Ya, morning," Balasnya mesra. Siapa sangka, berkat usaha dan sabar Dhuha selama ini, dia berjaya menubuhkan sebuah perniagaan tudung.

Berjenama Moonlight.

Perniagaannya semakin berjaya day by day kerana kualiti tudungnya sangat berbaloi untuk dibeli. Dhuha merupakan salah seorang CEO wanita muda berjaya di Malaysia setelah jenama tudungnya diluaskan ke pasaran luar.

Dhuha melabuhkan duduknya di atas kerusi dalam bilik pejabat yang dibuat khas untuk dirinya. Cermin di atas meja dibelek bagi memastikan wajahnya kelihatan tetap jelita seperti kebiasaan.

Kini, Dhuha sudah berhijab.

Dia merasakan bahawa dengan berhijab dan mendekatkan diri dengan Tuhan akan menyelesaikan segala kesengsaraan hidupnya. Ternyata, benar sekali keputusannya.

Dhuha tersenyum manis.

Bingkai gambar di sebelah cermin turut dicapai. Elok terletak wajah seorang lelaki tampan. Agak-agak siapa, ya?

Sudah tentu Aisy Anaqi.

Gambar itu diambil secara senyap oleh Dhuha menggunakan kamera milik Aisy Anaqi yang kini sudah menjadi miliknya atas pemberian lelaki itu sendiri bertahun yang lalu sebelum ajal menjemput.

FLASHBACK

Aisy kelihatan sedang mengemas barang-barang milik Dhuha sebelum gadis itu ingin pulang ke rumah dari hospital ini.

Ketika ini, Dhuha ditahan di wad selepas insiden dia dihalau dan dibuang keluarga angkatnya.

"Dhuha, kau nak aku letak apa-apa lagi tak? Ke kau nak makan? Aku pergi beli," Aisy menoleh ke arah Dhuha. Dhuha yang sudah siap dengan kamera itu terus menekan butang klik.

KLIK

"Yes! Dapat pun!" Sorak Dhuha.

Aisy Anaqi tersenyum sinis.

Ceh, konon gambar aib lah tu?

"Alah, kau ni. Setakat gambar kacak macam tu takkan dapat dijadikan gambar aib ya. Tolong take note," ujar Aisy Anaqi penuh rasa bangga. Kamera polaroid miliknya itu terus mengeluarkan gambar yang ditangkap oleh Dhuha tadi.

"Biar aku simpan gambar ni," ujar Dhuha. Dhuha tersenyum puas melihat gambar itu. Aisy Anaqi pula relaks sahaja bercekak pinggang. Dhuha menghulurkan kamera itu kembali.

Aisy tersenyum kecil.

"Ambillah terus. Kau suka kan?"

Dhuha terkejut. Matanya tercelik luas.

"Betul ni?!" Dhuha teruja.

Aisy Anaqi mengangguk laju. Dia meramas kasar rambut Dhuha sehingga kusut.

"Aisy!!" Jerit Dhuha geram.

"Jangan comel sangat boleh tak, Dhuha Medina?" Aisy Anaqi masih ketawa melihat Dhuha membetulkan rambutnya kembali sambil kaki terjengket-jengket untuk melihat pantulan dirinya di cermin yang berada tinggi itu.

Mereka berdua terus ketawa.

Bukan selalu bergurau begini.

END OF FLASHBACK

Dhuha tersenyum manis.

"Aisy, Aisy. Cute betul perangai," ujar Dhuha sambil mengusap frame gambar Aisy Anaqi itu. Jujur, dia rindu. Tetapi, dia juga perlu kuat. Kuat untuk dirinya sendiri.

Moonlight | ✔Where stories live. Discover now