Dhuha membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Cahaya yang menembusi kelopak matanya semakin terang.
Dia melihat keadaan sekeliling.
Dia manakah dia sekarang ini?
"Kau dah sedar?" Soal satu suara garau. Kelihatan Aisy Anaqi sedang memotong buah-buahan. Wad yang diduduki Dhuha sekarang ini nampak mewah dan besar.
"Kenapa..aku kat sini, Aisy? Apa dah jadi?" Soal Dhuha kebingungan. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Pipinya juga pedih semacam. Laju tangan kanan naik menyentuh kulit pipi.
"Jangan banyak gerak, Dhuha. Kau tak berapa sihat lagi tu. Sebelum kau nak tahu apa yang dah jadi, kau kena makan dulu buah-buah ni. Bukan senang aku nak potongkan untuk kau," ujar Aisy Anaqi. Face mask yang dipakai terus dibuka. Dia melabuhkan duduknya atas kerusi di tepi katil Dhuha.
Pinggan yang berisikan buah-buahan itu dihulur kepada Dhuha. Dhuha membalas huluran Aisy.
"Kau pergi mana, Aisy? Aku..b-betul tak boleh h-hidup tanpa kau. Aku..aku terseksa. Selama ni aku tipu kau, Aisy. Aku...aku tak bahagia," luah Dhuha secara jujur. Hari itu, soalan Aisy dibiarkan tergantung. Kini, dia telah mendapat jawapan sebenar.
Hati Aisy Anaqi remuk melihat Dhuha menangis. Nampak di wajah gadis itu bahawa dia telah menyimpan seribu duka. Sebelum ini, segala senyuman dan tawa yang diberi hanya menjadi pelindung di sebalik sengsara.
"I know, Dhuha Medina." Balas Aisy.
Dhuha semakin kuat menangis.
"Aku tak suka tengok kau menangis, Dhuha. Dhuha yang aku kenal tak lemah. Dhuha yang aku kenal seorang yang kuat. Mana Dhuha yang dulu?" Soal Aisy Anaqi. Dia cuba menahan sebak. Dhuha cuba berhenti menangis.
"Aisy...tolong jangan tinggalkan aku lagi. Ya, betul. Aku dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Aku dah kena buang, Aisy. Sumpah demi Allah, aku kena buang semalam," Dhuha mengadu kepada Aisy sambil menatap kedua belah mata lelaki itu.
Aisy Anaqi mengetap bibirnya.
Dia berasa marah.
"Aku janji. Aku akan jaga kau. Aku takkan tinggalkan kau lagi lepas ni. Punya susah aku nak jumpa kau, aku takkan sia-siakan kau, Dhuha. Aku akan sentiasa lindungi kau. Just put your trust on me, Dhuha," pujuk Aisy Anaqi lembut sahaja.
"Lepas ni, kau tak payah kerja lagi dekat kafe tu. Aku tahu, kau bukannya kerja. Tapi, kena buli. Lebih baiknya kalau kau jadi PA aku. Ikut aku kemana saja aku pergi," cadang Aisy Anaqi. Dhuha sudah berhenti menangis sepenuhnya.
"Terima kasih, Aisy," ujar Dhuha.
Aisy Anaqi tersenyum manis.
Tangannya disilangkan.
"Tapi, ada satu je syarat. Mudah."
Dhuha mengerutkan dahinya.
Terkelip-kelip matanya.
"Kena bayar ke? Tapi aku tak ada duit. Tangguh bayaran dulu boleh ke?" Soal Dhuha benar-benar polos. Tergelak kecil Aisy Anaqi melihat wajah innocent Dhuha.
"Bukanlah, Dhuha. Jangan comel sangat, boleh?" Dhuha ketawa kecil. "Ye lah tu aku comel. Entah-entah, kau bagi backhanded comment je dekat aku," balas Dhuha sebelum menyuap buah tembikai ke dalam mulutnya.
Aisy berdehem.
"Kahwin dengan aku."
"Itu syaratnya,"
Terbeliak biji mata Dhuha.
"Hah?!" Jeritnya terkejut.
Sekali lagi Aisy Anaqi ketawa besar.
Melihatkan tawa Aisy Anaqi yang semakin rancak itu, Dhuha menjeling tajam ke arah lelaki itu. Boleh pula hal-hal begini dijadikan gurauan.
"Ish, Aisy! Tak baiklah! Kalau tercekik aku tadi, mahu tak arwah aku?" Marah Dhuha Medina. Kali ini sudah melebih. Kecil besar sahaja matanya melihat Aisy. Aisy Anaqi hanya beriak bersahaja.
"Aku gurau, Dhuha. Siapa je aku ni nak ajak kau kahwin. Lagipun, kau mesti tak nak aku, kan?" Serius pula tutur Aisy Anaqi. Saja dia mahu melihat apa respon Dhuha Medina.
Dhuha berdehem.
"M-memang. Kita kan kawan. Tiba-tiba je nak kahwin. S-siapa yang nak," balas Dhuha acuh tidak acuh. Dia juga tidak pasti dengan apa yang dikatakannya. Aisy Anaqi tersenyum kecil. Tetapi, entah mengapa rasa sedih pula.
Bagaikan kena reject.
Sedangkan status mereka hanya 'kawan.' Tidak lebih dari itu. Mengapa pula hendak rasa sedih malah kecewa pula?
"Well, okay. Get ready. Nanti kau kena jadi PA aku. Kerja dengan aku will make your life thousand much better than before." Ujar Aisy Anaqi. Apa yang dia katakan sekarang adalah apa yang akan dia lakukan.
He's a man with his words.
"Baik. Tapi, Aisy..."
Aisy Anaqi yang sudah sedia untuk keluar dari wad itu menoleh ke arah Dhuha semula.
"Aku tak nak tinggal kat sini. Aku nak balik. Please," rayu Dhuha. Sempat dia memuncungkan bibirnya meraih simpati Aisy Anaqi supaya dia dikeluarkan dari hospital ini.
Aisy Anaqi memakai face masknya.
"Tak boleh, Dhuha. Kau pengsan semalam. Doktor kata badan kau kurang air, kurang rehat, kurang darah. So, stay here until the day you can leave comes. Faham, Dhuha Medina?" Pujuk Aisy Anaqi selaku bestfriend sejati yang paling berjaya sekali.
Dhuha mencebik.
"Tak payah nak jadi itik sangat,"
Aisy terus menutup pintu wad.
Tetapi, dia membuka pintu itu kembali. "Aku ada konsert sekejap lagi. Kalau kau nak tengok aku yang kacak ni menyanyi, kau buka tv. Saluran 234. Faham, Dhuha? Okay, wish me luck," Aisy berlalu pergi semula.
Dhuha menghela nafasnya perlahan.
"Si itik ni lah yang jadi bff dia tau!"
𝐌 𝐄 𝐃 𝐈 𝐍 𝐀 𝐐 𝐈
ARENA STADIUM
Suasana sangat meriah sekarang ini. Ramai pengunjung yang hadir untuk memeriahkan konsert Aisy's Moonlight. Konsert khas buat para peminat Aisy Anaqi.
"Aisy, lepas ni masuk stage ya. Kita dah ready semuanya." Ujar Kak Nini, atau Aisy gelarkan dia sebagai 'mak cik spek mata.' Kak Nini bertugas sebagai manager Aisy Anaqi sejak lelaki itu belum menjadi penyanyi lagi.
Semua tentang Aisy Anaqi sudah dia tahu semuanya termasuklah penyakit lelaki tersebut yang dirahsiakan.
"Roger that, kak Nini. Jangan lupa jerit kuat-kuat nama saya. Saya ni kacak tau. Rebutan ramai." Aisy Anaqi semakin ceria dan agak suka buat lawak sejak kebelakangan ini.
Mungkin kerana dia sudah berjumpa Dhuha Medina?
Aisy Anaqi membetulkan kolar bajunya. Dia sudah bersedia untuk naik ke atas stage melalui stage lift.
Sementara itu di bilik wad Dhuha pula, dia sudah bersedia untuk membuka channel yang diberitahu Aisy Anaqi. Alangkah terujanya dia melihat lelaki itu berada di atas stage berhadapan dengan khalayak ramai.
"Tak sangka kau betul-betul dapat capai cita-cita kau, Aisy," Ucap Dhuha perlahan-lahan. Terbit rasa bangga dan gembira dengan apa yang telah Aisy Anaqi capai.
Tok Tok Tok
"Saya ganggu ke?"
Dhuha berpaling ke arah pintu.
Bersambung
YOU ARE READING
Moonlight | ✔
Romance·˚ ༘ 𝓢𝓱𝓸𝓻𝓽 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 1 ࿐ཻུ۪۪ "𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧, 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐦𝐢𝐧𝐠." ˚✧ 𝐀𝐢𝐬𝐲 𝐀𝐧𝐚𝐪𝐢 𝐗 𝐃𝐡𝐮𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 ˚✧ "Cinta tak seharusnya memiliki." "Dan pada akhirnya aku masih sendiri." ♪ ost: round and round - He...