Sofa dihadapan aku tampak sangat selesa. Aku terus baringkan tubuhku dan menghiraukan saja siapa yang ada disitu. Aku penatlah dengan tragedi tadi. Dah buat salah, minta maaf dekat orang yang salahkan diri aku. Boleh faham tak berapa complicated- nya aku nak explain masalah yang aku hadap tadi.
" kot ye pun, cabut lah tudung lepas tu gi mandi. Kotor kotor dah baring. Bau belacan sofa tu " Tegur abang sulong aku, Hadi Faiq.
Aku hanya buat-buat tidak dengar. Penat otak memikirkan tentang kejadian tadi. Alangkah bagusnya kalau aku memilih untuk duduk dirumah saja. Masa tidak boleh undur, ingat tu Anna.
" DAHLIA!! " pantas sahaja aku angkat punggung aku. Gila tak bangun. Bonda punya merajuk jangan bawa main. Selagi kau tak pujuk, selagi tu dia akan diam.
" ye yeeeeee datang ni " balas aku dengan suara malas. Aku agak penat, entah kenapa.
Mesti pelik nama aku Anna Zehra, mana datangnya Dahlia?. Biasalah, orang tua-tua kalau anak selalu sakit masa bayi. Maksudnya tidak sesuai dengan nama. Macam nama tu terlalu berat nak dibawa. Ha lebih kurang macam tu la. Terus tukar nama panggilan ke Dahlia. Dan mereka cakap lepas tukar nama panggilan tu alhamdulillah aku dah tak selalu demam. Entah la, macam mitos pun ya juga.
" Pergi dekat Friends store dan beli barang yang bonda dah tulis. Dahlia cantik hari ni " terselit sekali dengan pujian.
" Bonda, ni dah dikira rasuah ni. Dahlia nak buat ikhlas, bonda nak rasuah Dahlia dengan pujian pula. Terima kasih jelah untuk pujian. Dahlia tahu Dahlia memang cantik " Lagi, angkat bakul sendiri lagi.
Bonda hanya mampu menggelengkan kepalanya. Aku tersengih melihat reaksi bonda.
Aku tepuk belakang kepala Idris Aisar. Saja nak beritahu, jangan tiru aksi ini. Sangat tidak mempunyai akhlak yang sopan.
.
" Jom! kau bawa kereta, aku tak ada lesen " Semudah abc aku mengarah dia.Mudah nak diarah sebab dia jenis memang tidak pernah melawan. Benda merepek pun dia buat kalau disuruh. Ha! aku rasa dia ni adik beradik dengan lelaki petang tadi. Dua-dua saling tak tumpah, beku dan menggerunkan! tapi abang aku lagi kacak lah!
Aku hanya memandang jalan yang penuh dengan kereta. Lagi beberapa minit sampailah. Idris hanya fokus pada memandu.
" Abang! kau belanja aku bueno boleh tak? adik kamu yang cantik manis lagi rupawan ni tengah tak berharta " wajah comel ditayang. Dia sikit pun tak toleh untuk melihat wajah comel aku ni.
" israel, beli coklat lain " setepek sungguh israel dia.
Aku malas nak fikir pasal coklat dan kembali senyap semula.
YOU ARE READING
BELLE AME
Romance▫️ I never regret knowing you, dunia▫️ Anna Zehra atau panggilan keluarga sebagai Dahlia. Dia merupakan satu mangsa yang hampir diperkosa semasa menaiki grab. Ya, aplikasi yang terkenal sekarang itu. Selepas kejadian itu berlaku, hidupnya...