Kelopak mata dibuka perlahan. Keadaan sekeliling sangat asing. Bukan hospital dan bukan juga dirumah aku. Aku berada dimana?.Sosok tubuh badan ini sama dengan lelaki tadi! Ya! Dia sedang duduk disebelah katil aku. Seperti dia menjaga aku sehinggalah aku sedarkan diri.
" Kenapa awak buat macam ni? Kenapa saya? Kenapa mesti saya juga yang awak kena culik ni ha?! Idris ada buat salah dekat awak ke sampai saya nak dijadikan mangsa culik-culik ni ha!? " Tidak henti soalan keluar dari mulut aku sehingga nafas aku tidak teratur sudah.
Dia hanya duduk dengan tenang dihadapan aku malah aku pula bagai orang yang beria macam tersakiti sedangkan aku cuma pengsan. Ye ke pengsan? Ye ke aku cuma pengsan?
Terus aku buka selimut ingin melihat aku ni masih berbaju ataupun tidak.
" I don't even touch your skin.. or even your clothes. Your lovely brother told me not too "
Dia berkata seperti itu selepas melihat aku yang gelabah sekiranya berlaku sesuatu pada diri aku. Aku hanya melihat dirinya yang tenang duduk dihadapan aku yang masih gelabah ini. Bila aku semak balik ayat dia. What does it mean? 'your lovely brother told me not too'
Abang aku bersubahat dengan kawan dia ni ke!? Abang yang mana? Siapa? Dan kenapa mesti aku? Kalau aku masih tidak pulang sekarang. Mesti bonda akan risau.
Aku masih diam disitu tanpa sebarang kata. Nak buat apa lagi selain diam. Kalau aku melawan, sudah tentu dia akan menang. Aku yakin dengan andaian aku.
Lelaki dihadapan aku berdiri dan firasat aku mengatakan dia ingin keluar dari bilik ini. Peluang!
Tombol pintu tertutup dan tinggal aku sorang didalam bilik. Terus sahaja aku menggapai telefon pintar milik aku didalam poket.
Aku pelik. Kenapa sudah tiada kata laluan? Aku buka telefon aku dan isi didalam masih sama namun akaun Instagram aku kini di log-in ke akaun yang lain. Aku buka semua media sosial aku.
Susunan yang sama, tiada apa yang berubah selain dari akaun yang kosong tiada apa. Seperti akaun baru, memang akaun baru pun!
Call recent kosong! Nombor telefon ahli keluarga aku pun langsung tiada. Yang ada cuma ' Bilal Haiman '. Ya allah apa ni? Aku bingung dengan keadaan sekarang. Puas aku belek-belek telefon aku sendiri, memang telefon aku tapi kenapa semua hilang. Aku cemas.
Terus aku ingin melangkah keluar dari bilik itu. Tombol pintu itu aku pulas dengan kasar. Kisah apa aku, bukan rumah aku. Kenapa sampai nak kena culik aku. Eih! dia fikir aku penakut ke dengan dia tu.
" Kau nak pergi mana? " Pemilik suara garau itu menyoal aku. Sudah tentulah sebab aku seorang sahaja yang berada disini. Bersama dengan dia sudah tentu.
YOU ARE READING
BELLE AME
Romance▫️ I never regret knowing you, dunia▫️ Anna Zehra atau panggilan keluarga sebagai Dahlia. Dia merupakan satu mangsa yang hampir diperkosa semasa menaiki grab. Ya, aplikasi yang terkenal sekarang itu. Selepas kejadian itu berlaku, hidupnya...