▫️ I never regret knowing you, dunia▫️
Anna Zehra atau panggilan keluarga sebagai Dahlia. Dia merupakan satu mangsa yang hampir diperkosa semasa menaiki grab. Ya, aplikasi yang terkenal sekarang itu.
Selepas kejadian itu berlaku, hidupnya...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Terasa dingin sahaja udara yang berada disini. Aku terdengar orang bercakap dan ada juga yang menggunakan nada marah. Apa yang berlaku ni? Kenapa aku tak boleh buka mata aku.
Aku cuba sedaya upaya untuk menggerakkan jari jemari aku dan mata aku akhirnya boleh dibuka. Ya allah terang sungguh cahaya disini. Macam lampu doktor nak periksa gigi pun ya juga.
Hanya kelibat bonda sahaja yang aku lihat. Jadi apa yang aku dengar tadi hanya mimpi yang bermain difikiran aku sahaja.
" Ya allah Dahlia anak bonda dah bangun! " Tubuh aku di peluk erat oleh bonda serta merta.
Habis muka aku penuh dengan ciuman yang bonda bagi. Masyaallah bonda. Lia tak mati lagi.
" Bonda risau tahu tak! Kalau bonda tahu jadi macam ni, bonda tak suruh Dahlia keluar. Macam mana boleh jadi macam ni, lia? Bagi tahu bonda, siapa yang gatalteloqnak kacau anak bonda ni ha!? "
Aku dah agak ini akan jadi. Bonda sudah tak henti membebel. Aku melihat Idris setia berdiri disebelah kanan aku. Dia ni abang aku ke bodyguard nak perhatikan aku sepanjang masa.
" Lia, aku minta maaf "
Terus sahaja aku menoleh ke arah Idris. Kenapa dia nak minta maaf? Bukan salah dia pun. Kita semua tak nak semua benda ni berlaku pun.
" ish, tak perlulah. Lia dah selamatkan? Senyumlah! " Aku tergelak kecil dan menyiku lengan Idris. Yelah, takkan nak layan perasaan sedih je.
Tubuh aku kini dipeluk Idris pula. Ya allah, tidak pernah dia menunjukkan emosi dia. Ini adalah sesuatu yang agak menakjubkan!
" eh abang! Lia okay jelah! Ya allah jangan menangis pula! Lia lemah bab pujuk orang ni! " Aku pujuk abang aku yang hati batu itu.
" Dah lah tu Ris, Dahlia dah selamat. Jangan salahkan diri awak tu pula. Sekurang-kurangnya awak dah cuba sehabis baik untuk selamatkan Lia masa tu kan? " Bonda pula cuba memujuk sambil menggosok belakanh badan Idris yang masih tidak leraikan pelukan dari aku.
Baru sahaja tegur dalam hati, dia terus meleraikan pelukannya dari aku. Alhamdulillah aku boleh bernafas, kau bersenam apa bang sampai kau peluk aku macam ibarat besi tengah himpit aku.
" Tapi Ris cuai pergi berborak dengan Bilal. Sepatutnya Ris jalan sekali masa Lia per- " Belun sempat Idris ingin menghabiskan luahannya tentang tadi. Bonda terus memeluk dirinya.
Lembut sahaja bonda mengusap kepala Idris untuk memujuk. Aku pula tersentuh.
" Idris tak boleh nak selalu salahkan diri sendiri. Ambil kesalahan untuk kita lebih berwaspada dimasa akan datang. Okay anak bonda? " nasihat dari bonda selalu jadi ubat kami semua beradik.