BELLE AME | 005

33 5 0
                                    

Kafe yang sama, lagi pun kafe ini sahaja paling dekat dengan perumahan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kafe yang sama, lagi pun kafe ini sahaja paling dekat dengan perumahan aku. Lagi pun memang sudah biasa kalau aku ingin mengisi masa lapang lepas baru sahaja post video baru di youtube.


Lambat sangat pula kopi yang aku order tapi tidak mengapalah, baru sekali lambat nak complaint macam-macam pula aku ini. Teruk!


Sambil-sambil melihat suasana diluar. Aku juga tertangkap seorang lelaki sedang memerhatikan aku. Cuba untuk berfikiran baik, mungkin hanya perasaan aku yang berkata sebegitu.


Makin tidak selesa pula aku duduk disini. Aku patut beredar? ataupun tidak? Kalau rasa tak selamat memang kena pergilah.


" Ya allah otak kau ni pun Anna. " Kepala aku sendiri diketuk perlahan.


Aku mengangkat punggung aku dari kerusi. Mungkin air tadi aku hanya mahu bungkuskan sahaja. Tidak jadi pula mahu minum disini. Aku rasa tak sedap hati.


Baru sahaja niat nak beredar. Aku tidak tahu sama ada aku terlanggar orang itu kerana aku terlalu memikirkan sesuatu ataupun dia yang terlanggar aku kerana aku bangun secara tiba-tiba.



" Ya Allah! Maaf! Saya tak perasan! Ya Allah baju awak kotor dah ni! Maafkan saya! " Tidak kisahlah salah siapa. Lagi sekali, aku nak minta maaf.



Banyak kali aku tunduk meminta maaf dan banyak kali juga aku cuai setiap hari. Apa yang malang sangat aku ni Ya Allah.


" please jangan pegang baju I "


Allah, terkejut aku dengar suara perempuan yang aku langgar tadi.


" Tak apa, tahu you  tak sengaja. Kalau minta ganti rugi pun.. urmm "


" mesti you  tak mampukan.. "


Dia memandang aku atas bawah sebanyak dua kali. Aku mati kata-kata terus. Tiba-tiba je minah ni. Baru keluar dari hospital sakit mental ke?


" Maafkan saya " suka hati dialah nak pandang aku macam mana pun. Aku dah minta maaf dan tidak perlu nak memanjangkan lagi masalah.

BELLE AMEWhere stories live. Discover now