BAB 14

682 48 8
                                    

HUMRA mempelawa Trisha masuk ke dalam rumah. Pagi tadi gadis itu sudah menelefonnya mahu memberitahu yang dia mahu datang ke rumah. Kata Trisha pagi tadi, dia mahu melawat Puan Aileena sekaligus mahu melepak dengan Humra di sini.

"Jemputlah masuk Trisha," pelawa Humra seraya menarik lengan Trisha agar masuk ke dalam rumah.

"Mama kau mana?"

Anak mata Trisha mencari kelibat Puan Aileena di ruang tamu tetapi wanita itu tiada di situ.

"Mama aku ada dekat atas berehat. Kenapa? Kau nak berborak dengan dia ke?"

Humra dengan Trisha melabuhkan duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu.

"Eh tak! Aku tanya je, tak apalah biar mama kau berehat. Nanti-nantilah aku jumpa dia dekat atas."

Humra mengangguk. "Kau duduklah dulu. Aku nak buat air sekejap. Jangan kau segan pula, buat je ni macam rumah kau. Macamlah kau tak biasa datang sini," ujar Humra seraya bangun dari duduk. Mahu membuat air untuk menjamu Trisha.

"Baiklah mak cik." Trisha mengangguk lalu menghantar langkah Humra pergi ke arah dapur menggunakan ekor matanya.

Sebaik saja kelibat Humra sudah menghilang. Dia duduk bersandar di atas sofa. Menghilang rasa penat. Trisha suka datang ke sini. Bila datang ke sini segala penat lelahnya akan hilang tanpa dia sedar. Dia selalu datang ke sini kalau ada masa terluang. Hari ini dia kembali datang ke sini kerana mahu melepak dengan Humra memandangkan hari ini hari cuti. Nak ajak Kayla datang sekali, wanita itu sudah bersuami. Jadi dia datang seorang ke sini. Nasib baik Humra ada untuk hilangkan bosan dia. Walaupun duduk melepak di rumah saja dia sudah bersyukur kerana ada teman untuk berborak dan berkongsi masalah. Dia bersyukur di pertemukan dengan Humra. Sekarang dia sudah ada dua orang sahabat yang memahami dan baik seperti Humra dan Kayla.

Mata terpejam mahu menghilangkan rasa resah di relung hatinya. Fikirannya saat ini kusut. Satu keluhan berat terbit di mulutnya.

"Berat sangat keluhan terbit dari mulut kau tu. Ada masalah ke?" soal Humra yang tengah menatang dulang. Dia yang baru keluar dari dapur dapat mendengar keluhan berat dari Trisha.

Gelas yang berisi air oren dan pinggan yabg berisi kek coklat dihidang di hadapan Trisha.

"Jemputlah minum," pelawa Humra lalu melabuhkan duduk di sebelah Trisha.

Trisha mengangguk. "Terima kasih," ucap Trisha lalu meneguk air oren yang dibuat Humra.

Humra memerhati wajah Trisha. Wajah gadis itu seperti ada masalah saja.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Trisha hairan.

"Kau ada masalah ke?"

Soalan dari gadis itu Humra tidak jawab. Malah dia yang menyoal gadis itu.

"Tak adalah." Pantas Trisha menggeleng kepala.

"Iya ke?"

"Betullah."

"Tapi aku dapat rasakan yang kau ada masalah. Janganlah segan dengan aku Trisha. Kalau kau ada masalah, kau ceritalah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau. Atau kau tak anggap aku ni kawan kau? Itu yang kau tak nak kongsi masalah kau dengan aku?"

Humra berpeluk tubuh. Nadanya seakan-akan kedengaran merajuk. Tapi dia tak merajuk pun. Sengaja nak bagi gadis itu rasa serba salah.

"Mana adalah, kau ni janganlah fikir macam tu."

"Kalau kau tak nak aku fikir macam tu, kau cerita dekat aku sekarang. Aku tahu kau ada masalah. Cepat cerita dekat aku."

Trisha mengeluh sebelum menceritakan masalahnya dekat Humra.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now