Marissa Receptionist

12.3K 42 3
                                    

Suasana pejabat Malik Constructions Sdn Bhd tenang dan agak lengang dengan kesemua pekerja di dalam syarikat itu sibuk dengan tugasan masing-masing. Hanyalah "Receptionist" yang sibuk melayani panggilan telefon yang sering memecahkan kesunyian itu.Marissa sedang tekun mengemaskini fail berkenaan Projek Pembinaan Jambatan di Pekan M yang diperlukan oleh Dato' Malik pada petang itu. Marissa dengan teliti membelek dan membetulkan lembaran kertas agar kemas dan tersusun rapi di dalam "Ring Folder" itu.

"Mar, dah siap ke fail yang Dato' mintak tu?, Jeffrey pemuda berusia 26 tahun yang merupakan jurutera syarikat berdiri tegak di depan meja Marissa. "Dah nak siap ni, Jeff", Marissa masih lagi tekun dengan kerjanya menjawab tanpa melepaskan pandangan daripada lembaran kertas yang sedang disusunnya. "Mar, tengah hari nanti kita makan sama ye", Jeffrey yang masih belum berpunya itu mula melanjutkan bicara. "Tengoklah Jeff, kalau Mar takde kerja lain bolehlah", Marissa berkias cuba menolak pelawaan Jeffrey. Itu bukanlah kali pertama Jeffrey cuba untuk mengajak Marissa keluar berdua. Namun hati Marissa masih belum terbuka untuk menerima kehadiran jejaka tersebut di dalam hidupnya. "Cukuplah sekadar teman setugas", bisik hati Marissa.

Sesungguhhnya Marissa seorang gadis kampung yang sangat teguh hatinya. Kedatangannya ke Kota K adalah semata-mata untuk mencari nafkah hidup bagi membantu keluarga yang hidup susah di kampung. Cinta pada Marissa bukanlah perkara yang paling penting untuknya ketika ini.

"Ala, Mar ni tiap kali Jeff ajak keluar makan mesti ada je helah". "Kalau Mar tak sudi, baik Mar terus terang je, taklah Jeff tertunggu-tunggu", Nada suara Jeffrey agak kecewa. Kesabarannya makin menipis dengan pelbagai alasan yang Marissa berikan setiap kali dia mengajaknya untuk keluar. "Bukannya Jeff ajak pergi manapun, makan je",. "Takkan itu pun Mar tak boleh tunaikan", Jeffrey meluahkan bait-bait kepedihan yang telah bersarang sekian lama. Sudah setengah tahun Marissa bekerja di syarikat itu namun Jeffrey masih kecewa dengan setiap pelawaannya ditolak oleh Marissa.

"Jeff, boleh tak kalau Jeff jangan kacau Mar sekarang". " Nanti tak siap fail ni, siapa yang kena nanti dengan Dato? Mar kan?", Marissa mula hilang sabar dengan karenah Jeffrey. Jeffrey masih lagi tercegat memandang Marissa. Wajah Jeffrey berubah menjadi kemerah-merahan, amarah yang mula merebak di dalam dirinya meluap-luap. Mahu saja dia melepaskan kemarahannya pada kerusi yang berada di hadapannya. Namun Jeffrey segera menenangkan dirinya dan berlalu meninggalkan Marissa.

"Jeff, maafkan Mar, Mar tidak mampu memberikan harapan tipis padamu", hati kecil Marissa terdetik kesayuan simpati dengan perasaan jejaka tampan itu. "Mar belum bersedia untuk menyerahkan cinta kepada sesiapapun ketika ini melainkan kepada keluarga yang tercinta". Saat itu Marissa hanyut dalam khayalannya, keadaan ayahnya yang sakit-sakit di kampung amat mengganggu emosinya. Ayahnya telah lama sakit dan atas desakan itu jua lah Marissa merantau ke Kota K untuk menyara keluarganya.

"Ehem..Marissa, dah siap fail yang saya minta awak siapkan semalam?", Dato' Malik tiba-tiba membawa Marissa kembali ke dunia nyata. " Dah, dah siap Dato', ini fail tu", Marissa yang tersentak dari khayalnya kelam-kabut menjawab sambil tangannya pantas menyuakan fail kepada Dato' Malik. "Takpelah, Marissa simpan dulu fail tu nanti lepas "Lunch Break" bawa ke bilik saya. "Saya nak balik rumah kejap", Dato' Malik lembut memberikan arahan kepada setiausaha peribadinya itu sambil berlalu pergi.

Ruang pejabat masih lagi kosong hanya Marissa dan Suliza yang bertugas sebagai "Receptionist" di syarikat itu yang berada di dalam pejabat. Pekerja yang lain masih lagi belum kembali dari "Lunch Break" mereka. Tiba-tiba pintu masuk pejabat dibuka dan Dato' Malik melangkah masuk ke dalam pejabat milik syarikat pembinaannya yang telah diusahakan selama 20 tahun itu.

"Marissa, bawa fail yang saya minta ke bilik saya", Dato' Malik yang melihat Marissa sedang duduk menghadap "Laptop" peribadinya bersuara dan melangkah menuju ke biliknya. "Baik, Dato', saya bawa sekarang", Marissa bangkit dai kerusi empuknya dan mengekori Dato' Malik ke biliknya.

Dato' Malik duduk di kerusinya dan mempersilakan Marissa duduk. "Duduklah dulu Marissa", pelawa Dato' Malik. Marissa agak terkejut kerana selama ini selepas menyerahkan fail biasanya Dato' Malik akan membenarkan Marissa keluar dari biliknya dan hanya akan memanggil Marissa melalui interkom sekiranya ada perkara yang beliau perlukan. Marissa melabuhkan punggungnya ke kerusi yang berdepan dengan Dato' Malik. Wajah majikannya yang masih segak bergaya itu tidak melirikkan senyuman pada Marissa yang agak kekalutan.

"Marissa, saya tengok awak macam gelisah saja beberapa hari ni, kenapa Jeffrey kacau awak ye?", Dato' Malik tiba-tiba memulakan bicara sambil matanya mula meneliti fail yang baru diserahkan oleh Marissa. "Bukan saya nak masuk campur urusan peribadi awak, tetapi saya kena prihatin dengan semua anak buah saya", Dato' Malik menyambung bicara yang belum bersambut. Marissa kebinggungan dan semahunya dia tidak ingin meluahkan perasaannya kepada majikannya itu. "Tak adelah Dato', saya dengan Jeff takde ape-ape", Cuma..", bicara Marissa terhenti dan bebanan di jiwanya seolah-olah memaksa airmatanya jatuh bercucuran namun digagahi juga dirinya memandang majikannya itu. Dato' Malik merenung anak gadis yang seusia dengan anak keduanya, Faizal. Tergambar rasa simpatinya pada gadis itu di wajahnya yang berkumis nipis. "Cuma, saya teringatkan keluarga saya di kampung, dah empat bulan saya tak menjenguk mereka", Marissa akhirnya menyambung kata-katanya. "Lagipun ayah saya dah lama sakit, semalam adik saya telefon, dia cakap sakit ayah bertambah teruk", mata Marissa mula berkaca menahan sebak.

"Marissa, kenapa tak bagi tahu saya awal-awal, awak kenalah bagi tahu saya perkara-perkara macam ni", Dato' Malik merasa agak bersalah kerana mengesyaki Jeffrey sebentar tadi dan kini rasa simpatinya terhadap gadis yang dianggapnya macam anak sendiri itu semakin menebal. "Macam nilah Marissa, baik awak ambil cuti untuk beberapa hari dan balik kampung tengok ayah", Dato' Malik dengan nada yang lembut cuba menenangkan Marissa. "Kerja di pejabat ni pun bukan banyak sangat, jadi kalau awak ambil cuti beberapa haripun tak ape". "Tapi, Dato', saya belum boleh balik lagi..?". " Kenapa?", Dato' Malik sedikit terkejut dengan jawapan Marissa. Pantas minda Dato' Malik meneka apa yang sedang bersarang di benak Marissa. " Ambik duit ni buat belanja Marissa balik", Dato' Malik menghulurkan beberapa helai not seratus kepada Marissa. " Tapi, Dato'..", "Takpelah Marissa ambik je, anggap je ni pemberian ikhlas dari saya", Dato' Malik segera memegang jemari Marissa dan menyerahkan not wang kertas kepadanya. Marissa tergamam dengan tindakan Dato' Malik namun dia tidak mampu menolak pemberian Dato' Malik itu. Hati kecil Marissa merasa malu kerana terlepas cakap. Memang Marissa tidak mempunyai belanja untuk balik ke kampung kerana tarikh gaji masih lagi lama. Lagipun setiap kali gaji, Marissa menghantar sejumlah besar gajinya ke kampung dan hanya meninggalkan sedikit untuk dirinya. " Terima kasih Dato', nanti saya bayar", Marissa akur seraya berdiri dan mula beredar dari bilik Dato' Malik.

📒『𝙆𝙤𝙡𝙚𝙠𝙨𝙞 𝘾𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝘼𝙥𝙚 ?』📒Where stories live. Discover now