"Annyeonghaseyo, BLACKPINK-imnida." ucap keempat-empat gadis itu serentak. Mereka menundukkan tubuh mereka sedikit tanda menyapa. Wajah mereka dihiasi dengan senyuman manis."Baru sahaja tadi, kita menyaksikan persembahan daripada rookie group iaitu BLACKPINK yang mendendangkan album terbaru mereka dengan lagu berjudul 'BOOMBAYAH'. Jadi boleh perkenalkan diri masing-masing." ulas MC. Kamera pun menukar fokus pada BLACKPINK. Mereka hanya menatap kamera seperti patung. Senyuman kekal di wajah mereka. Apabila melihat tiada respon, MC itu berdehem. BLACKPINK menoleh serentak memandang MC tersebut.
"Perkenalkan diri awak." bisiknya tanpa suara pada anggota BLACKPINK. Mereka mula sedar segala perlakuan mereka tadi dirakam kamera.
Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman kaku. Mereka berbicara melalui mata menentukan siapa yang bersuara dahulu.
"Annyeong--" Belum sempat gadis berambut bangs selesai berbicara, gadis lain memotong.
"Annyeonghaseyo. Saya Jennie, Ratu rapper BLINKS." Jennie membuat gaya pistol di dagu sambil memuncungkan bibirnya. Terdengar sorakan peminat yang menggila kala melihat aksi aegyo Jennie.
"Annyeonghaseyo. I'm Jisoo. I'm okay." Jisoo memperkenalkan dirinya menggunakan tagline yang berjaya mengundang sorakan peminat. Kini, kamera merakam wajah Rose.
Anak matanya kelihatan bergetar memerhati reaksi peminat yang berdiam diri. Dia menipiskan bibirnya sebelum membentuk sebuah senyuman manis.
"Hello, everyone. I'm Rose." Sorakan peminat berkurang. Rose menunduk menatap lantai apabila melihat reaksi peminatnya.
Kini, tiba giliran gadis berambut bangs itu. Dia memasang wajah ceria lalu melambai di skrin. Sorakan heboh peminat kembali kedengaran.
"Annyeonghaseyo. Saya Lisa. Ratu menari kesayangan BLINKS~" Lisa menunjukkan senyuman gigi putihnya. Sorakan peminat menggila.
"Itu dia penangan BLACKPINK. Berdiri di sebelah orang yang hebat amat memenatkan, mari kita berehat sebentar. Nantikan inkigayo music!" MC memberi kata penutup. Keempat-empat gadis itu mula beredar dari pentas. Sepanjang langkah mereka diiringi dengan sorakan peminat.
Jennie menhenyakkan punggungnya kasar di atas sofa. Dia menyilangkan tangannya di dada lalu mendengus kasar. Jisoo mengambil tempat di bersebelahan Jennie.
Dia segera membelek penampilan wajahnya di cermin. Dia mengabaikan Jennie di sebelah yang tidak ubah seperti cacing kepanasan.
"Semua orang keluar! Leave us alone. We have something to discuss." arah Jennie kasar. Dia menatap tajam Lisa. Lisa yang perasan dengan tatapan tajam itu mengalihkan pandangannya. Dia mengeluh di dalam hati. Sudah pasti dia akan menjadi target Jennie.
YOU ARE READING
macaroon ; blackpink
Fanfiction► 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗿𝗼𝗼𝗻🍃 𝙤𝙣 𝙜𝙤𝙞𝙣𝙜 ㅤㅤ⌌ - - - ☁ ㅤㅤ│𝗷𝗲𝗻𝗻𝗶𝗲 𝗸𝗶𝗺 ㅤㅤ│𝗸𝗶𝗺 𝗷𝗶𝘀𝗼𝗼 ㅤㅤ│𝗿𝗼𝘀𝗲́𝗮𝗻𝗻𝗲 𝗽𝗮𝗿𝗸 ㅤㅤ│𝗹𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗼𝗯𝗮𝗻 ⌎ - - - - ❝ 𝗳𝗼𝘂𝗿-𝗹𝗲𝗮𝗳 𝗰𝗹𝗼𝘃𝗲𝗿 𝗵𝗮𝗿𝗱 𝘁𝗼 𝗳𝗶𝗻𝗱 𝗹𝘂𝗰𝗸𝘆 𝘁𝗼 𝗵𝗮𝘃𝗲 ❞ B...