06 | LIFE GOES ON

16 3 0
                                    

Keempat-empat gadis duduk diam di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keempat-empat gadis duduk diam di ruang tamu. Fikiran masing-masing melayang memikirkan nasib mereka. Sangat tidak masuk akal!

Mereka tertukar badan. Punca kejadian itu masih misteri. Tiada sesiapa dapat merungkainya. Mahu bertanya kepada siapa? Manager? Jika mahu tinggal di hospital sakit jiwa, cubalah tanya.

"Semak betullah!" Jennie merungut memecahkan keheningan. Dia menolak poni tebal yang menutupi dahinya. Dia berasa rimas kerana rambut-rambut itu menghalang pemandangannya. Lisa berasa cemas melihat kelakuan kasar Jennie terhadap tubuhnya.

"Don't touch my bangs." Lisa memberi amaran. Dia menghunus tatapan tajam pada Jennie. Jennie tersentak dengan keberanian Lisa. Dia menjulingkan matanya ke atas.

"Kau ugut aku?" soal Jennie sinis. Dia membalas tatapan itu tidak kalah tajamnya. Mereka saling bertentang mata dengan semangat yang membara. Masing-masing tidak mahu mengalah. Atmosfera yang mulanya tenang berubah menjadi panas. Bila-bila masa sahaja perang mulut antara dua idol itu bakal meletus.

"Hold up, guys. Kita ada masalah lagi besar berbanding perang korang." Jisoo mengambil langkah pertama meleraikan tautan mata mereka. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Jennie. Jennie masih tidak berpuas hati namun kali ini dia akur. Benar kata Jisoo. Mereka mempunyai masalah yang lebih besar. Jennie menoleh sambil melipat tangannya di dada.

"Err..." Dia kehilangan kata melihat wajah Rose. Dia melirik atas bawah sebelum perlahan mencipta jarak antara dia dan Jisoo. Jisoo mula berasa jengkel dengan perangai rakannya.

"I'm still Jisoo, okay. Tak payah pandang aku macam tu." ujar Jisoo menegur Jennie. Jennie mengangkat keningnya  lalu membalas "In Rose's body."

"Erghh." Jisoo mengerang frustasi. Lagi lama dia melayan kerenah Jennie mungkin dia akan menjadi gila. Jisoo meraup wajahnya cuba menenangkan diri.

"Fine. Aku Jisoo tapi dalam badan Rose. Kita berkumpul kat sini untuk berbincang mencari penyelesaian masalah kita ni. So how?" Jisoo memulakan perbincangan mereka. Dia melirik wajah ahli kumpulannya pantas menunggu pendapat mereka.

"Kita tertukar badan." Suara Rose perlahan menarik perhatian tiga pasang mata itu untuk meliriknya. Dia menunduk merenung lantai menyembunyikan wajahnya dengan rambut panjang gelap Jisoo. Jisoo menatap pemandangan yang sangat tidak biasa. Agak aneh melihat dirinya berbicara. Like a dream.

"We know it, Rosie posie." Jennie berkata sarkastik. Dia mendengus menyiratkan perasaan jengkelnya. Rose semakin menunduk menyembunyikan wajahnya. Jisoo mengetap bibirnya menahan geram. Kenapa ahli kumpulannya tiada satu pun yang berguna?

"Aku rasa kita kena cari penyebab kita boleh tertukar badan untuk cari penyelesaiannya." Lisa memberikan pendapatnya. Dia menatap lurus mata Jisoo. Jisoo masih mengekalkan wajah angkuhnya. Sejujurnya, dia masih tidak suka Lisa tetapi dia memerlukan idea Lisa.

macaroon ; blackpinkWhere stories live. Discover now